21 Jump Street di 8TV

Saturday, November 15, 2008


Drama bersiri remaja yang popular sekitar tahun 1990-an, 21 Jump Street kembali mengubati rindu penontonnya apabila 8TV menyiarkannya semula setiap Sabtu, bermula malam ini, jam 11.45 malam.

21 Jump Street adalah sebuah drama bersiri yang dimajukan oleh Fox Network. Drama bersiri ini diterbitkan oleh Stephen J. Cannell Productions yang pernah menerbitkan drama bersiri seperti The A-Team dan The Rockford Files.

Pelakon drama bersiri ini termasuklah Johnny Depp sebagai Officer Thomas “Tom” Hanson Jr., Holly Robinson sebagai Officer Judith “Judy” Anne Hoffs, Dustin Nguyen sebagai Officer Douglas “Doug” Penhall dan Frederic Forrest sebagai Captain Richard Jenko.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim menyatakan pendapatnya mengenai program TV terbaru ini;

“21 Jump Street adalah antara satu lagi drama bersiri menarik dari tahun 90-an. Drama ini juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Best Drama Series (Televisyen) untuk Imagen Award (1988) dan Aktor Muda Terbaik bagi Anugerah Artis Muda 1988), kami pasti drama bersiri ini akan diminati oleh penonton kami,” katanya

“Penonton kami akan dapat menghayati drama tersebut kerana masalah dan isu yang ditonjolkan dalam drama tersebut mengelilingi kehidupan para remaja,” tambah Kim lagi.

Drama bersiri 21 Jump Street adalah pusat operasi sekumpulan pegawai polis yang membabitkan pakar dalam su yang membabitkan remaja. Setiap ahli pegawai polis Jump Street dipilih kerana paras rupa mereka yang muda seperti pelajar sekolah menengah dan kolej.

Oleh kerana paras rupa tersebut, ini membenarkan mereka untuk beroperasi secara rahsia di kawasan yang sukar ditembusi oleh pegawai polis biasa untuk beroperasi tanpa disedari.

Plot drama bersiri ini berputar dikalangan seperti penyalahgunaan alkohol, penyalahgunaan dadah, isu perkauman, AIDS, penderaan kanak-kanak dan gangguan seksual.

Dipenuhi dengan plot-plot yang menarik, jangan lupa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan anda dan tontonilah 21 Jump Street mula pada 15 November 2008 jam 11.45 malam di 8TV yang juga boleh ditontoni menerusi saluran 708 di Astro.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI