Afgan berada di Kuala Lumpur 17 November

Saturday, November 15, 2008


Lagu Terima Kasih Cinta nyanyian penyanyi muda dari Indonesia, Afgan sudah mencetus fenomena di kalangan peminat muzik tempatan. Afgan yang dianggap sebagai penyanyi muda yang mempunyai aspirasi yang tinggi dalam bidang seni, kini mempunyai sebab untuk berada di Malaysia bagi memperkenalkan dirinya.

Dia dilihat sebagai penyanyi pelapis dari negara seberang itu untuk meneruskan tradisi kegemilangan muzik Indonesia di negara ini.

Berdasarkan rekod pencapaiannya, Afgan sebetulnya mempunyai potensi yang cukup hebat untuk memperluaskan pengaruhnya ke peringkat yang lebih luas.

Dia bukan hanya tahu menyanyi, sebaliknya, Afgan juga mempunyai bakat menghasilkan melodi yang indah dan lirik yang puitis.

Sehubungan itu, syarikat produksi Metadome Sdn. Bhd., mengambil inisiatif membawa anak muda itu bertemu peminat-peminatnya di sini.

Afgan bakal berada di Kuala Lumpur bermula 17 November ini untuk mempromosikan albumnya.

Penyanyi yang juga terkenal dengan lagu Entah itu bakal mengadakan persembahan istimewa kepada peminat-peminatnya.

Untuk itu, Metadome menawarkan peluang keemasan pada peminat-peminat Afgan untuk memenangi jemputan bagi menghadiri majlis pelancaran album Afgan, Confession No. 1 yang akan dilancarkan pada 17 November ini.

Kepada peminat-peminat Afgan yang ingin menyaksikan kehebatan dan kelunakan suara Afgan, anda perlu membeli album Afgan secara eksklusif pada hari tersebut dan anda juga perlu menghubungi talian 012-648 7187 pada hari ini bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang.

Siapa tahu anda mungkin jadi pemenang bertuah untuk menyaksikan Afgan beraksi secara live di depan mata anda!

Jangan tunggu lagi, pastikan anda menghubungi nombor telefon berkenaan untuk menjadi tetamu istimewa Afgan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI