Batman saman Batman

Friday, November 14, 2008

Datuk Bandar Batman di Turki menyaman pengarah filem terbaru Batman: The Dark Knight iaitu Christopher Nolan dan syarikat Warner Bros bagi mendapatkan royalti filem berkenaan.

Datuk Bandar dari parti pro-Kurdis, Masyarakat Demokratik, Huseyin Kalkan, menuduh penerbit filem Batman menggunakan nama bandar itu tanpa kebenaran, lapor agensi berita Variety.

“Hanya ada satu Batman di dunia; penerbit Amerika menggunakan nama bandar ini tanpa memaklumkan kepada kami,” katanya.

Katanya, kejayaan filem itu memberi kesan psikologi kepada penduduk bandar itu sehingga meningkatnya kes pembunuhan dan kadar bunuh diri di kalangan wanitanya.

Datuk Bandar itu berusaha mengumpul bukti yang didakwanya akan menunjukkan bandar Batman wujud lama sebelum watak hero ciptaan Bob Kane dalam komik keluaran DC Comics diperkenalkan pada 1939.

Jurucakap Warner Bros dalam kenyataannya berkata mereka hanya menyedari dakwaan ini menerusi laporan media dan masih belum menerima sebarang saman. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI