Filem Budak Kelantan

Saturday, November 15, 2008


Apakah perasaan kita apabila seorang gadis yang dicintai 'dikorbankan' kepada seorang lelaki yang jahat? Mungkin tiada siapa yang sanggup melakukannya. Tapi itulah antara isu yang dipaparkan dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh.

Dalam filem ini, pengorbanan itu dianggap sebagai tanda cinta dan kasih. Walaupun kadang-kadang tidak masuk akal, tapi ia sebenarnya mengangkat persoalan cinta apakah yang lebih besar selain cinta sesama manusia.

Filem Budak Kelantan tidak membariskan nama besar dalam dunia lakonan. Antara pelakonnya ialah Danny X-Factor, Bienda, Wan Asrufaizal Kamaruzaman dan Md Ezyndy Abd Aziz. Mereka melakonkan setiap karektor dengan bersahaja tetapi meninggalkan impak yang sangat besar.

Ceritanya mungkin berlegar-legar dikalangan budak Kelantan di sekitar ibu negara. Namun, begitu isu yang diangkat oleh Wan Azli bersifat umum. Ia mengenai bagaimana kecelaruan hidup golongan muda dalam memilih kejahatan dan kebaikan, pegangan agama selain memahami erti sebenar nilai kasih, cinta dan sayang.

Filem Budak Kelantan yang ditayangkan menerusi 30 panggung di seluruh negara sejak 30 Oktober lalu, sudah membuat kutipan kasar RM800,000 sehingga tayangan 11 Oktober, satu pencapaian agak sederhana.


Info Filem Budak Kelantan

Penerbit: Puad Onah

Pengarah: Wan Azli

Penulis: Wan Azli (Lakon layar)

Pelakon:
Danny (Buchek)
Bienda (Che Nor)
Mohd Asrulfaizal (Jaha)
Md Eyzendy Libokbong

Krew:
Pacai (Muzik)

Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2008
Format : 35mm

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI