Pencarian Gadis Melayu Di TV9

Monday, November 17, 2008



Gadis Melayu merupakan sebuah program realiti TV terbitan TV9. Program ini menemui penonton pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam dan telah bermula sejak 16/10/2008.

Program ini bertujuan untuk mencari seorang gadis yang berketurunan melayu, mewarisi sifat-sifat dan tradisi masyarakat melayu serta mempunyai kebijaksanaan akal fikiran. Seramai 10 orang gadis melayu yang akan dipilih untuk menyertai program ini.

Gadis-gadis ini akan diuji menerusi sesi pembelajaran yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kemahiran berkomunikasi, penjagaan diri dan penampilan, masakan, seni mempertahankan diri dan kebudayaan.

Peserta-peserta program ini ialah NurAishah Zainal berasal dari Alor Gajah, Melaka), Ayunaliza Atan (Johor Bahru), Efi Norfiani Aris Setiawan (Cheras, Selangor), Noor Afzan Mohd Afzul Khan (Kota Kinabalu, Sabah), Wan Fariza Mustafa (Kuantan, Pahang) dan Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan).

Turut layak sebagai finalis Gadis Melayu ialah penyanyi yang popular dengan irama tradisional, Zehra Zambri (Klang, Selangor), Siti Nurashikin Mohd Noor (Sg.Petani, Kedah), Khairul Noormaidah Zali (Kuantan, Pahang) dan Nurul Khusna Uma (Kuantan, Pahang).

Setiap orang daripada mereka akan dihakimi oleh 3 orang juri tetap iaitu Toh Puan Noraini, Prof. Dr. Nik Safiah Karim dan Ustazah Siti Nor Bahyah. Program ini dihoskan oleh pelakon dan pengacara terkenal Fahrin.

Pada akhir program ini seorang daripada 10 gadis melayu ini akan dinobatkan sebagai GADIS MELAYU dan menjadi ikon kepada TV9.

Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, pakej percutian, barang kemas Habib Jewels, barangan elektrik dan produk kecantikan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI