Pengantin Baru - Ashraf Daniel Sinclair dan Bunga Citra Lestari

Thursday, November 13, 2008

Pelakon Mohamed Ashraf Daniel Sinclair, 28, dan isterinya, penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, yang melangsungkan pernikahan Sabtu lalu, tiba di Kuala Lumpur, petang semalam.

Pasangan tersebut diterbangkan dari Jakarta dengan pesawat peribadi yang ditaja khas, selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor pada pukul 4.50 petang.

Kedua-dua mereka yang bercinta sejak setahun lalu kelihatan berseri-seri sebaik keluar daripada pesawat sambil ditemani rakan-rakan artis seperti Sazzy Falak dan Syed Azmir.

Ketika ditemui wartawan, Bunga yang ditanya mengenai pernikahannya berkata, hidupnya kini bertambah bahagia dan bersyukur kerana segala perjalanan majlis pernikahannya berjalan lancar.

Jumaat ini, majlis resepsi di pihak keluarga Ashraf akan berlangsung di The Saujana Kuala Lumpur Hotel, Subang.

Keesokannya, satu majlis tertutup akan diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Petaling Jaya, khusus untuk keluarga terdekat Ashraf.

Pasangan pengantin baru ini juga akan hadir di studio TV3 untuk ditemubual secara langsung pada 18 November ini dalam program WHI. Sementara program Nona akan sekali lagi memaparkan liputan khas majlis resepsi mereka di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di The Saujana dan Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara.

Bagi mereka yang ingin melihat bagaimana pasangan itu membuat persiapan perkahwinan mereka di Jakarta dan juga di Kuala Lumpur, paparan eksklusifnya akan menemui penonton juga menerusi program Nona iaitu pada 30 November depan.

Program dan waktu tayangan

# Wanita Hari Ini (WHI) - 12 November , Rabu, 12 tengah hari
(sedutan khas majlis akad nikah di Jakarta )

# Nona - 16 November, Ahad, 2 petang
(Liputan khas majlis akad nikah dan resepsi di Jakarta )

# WHI - 18 November, Rabu, 12 tengah hari
(temubual di studio secara siaran langsung)

# Nona - 23 November, Ahad, 2 petang
(Liputan khas majlis resepsi di Kuala Lumpur)

# Nona - 30 November , Ahad, 2
(Edisi Istimewa Persiapan & majlis perkahwinan)

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI