Putera Arab saman Michael Jackson lesapkan AS$7 juta

Tuesday, November 18, 2008


Seorang putera Bahrain hari ini mengheret Raja Pop, Michael Jackson ke mahkamah kerana dakwaan melesapkan AS$7 juta sebagai pendahuluan membuat album yang langsung tidak diterbitkan.

Peguam bagi Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa berkata, anak guamnnya itu membayar Michael wang pendahuluan bagi kos perbelanjaan membuat rakaman bersama dengan putera itu yang juga seorang penulis lagu amatur.

Michael pula mendakwa wang yang diberi itu sebagai 'hadiah'.

Al Khalifa, 33, akan memberi keterangan di Mahkamah Diraja London, esok.

Peguam Michael, Robert Englehart berkata, beliau akan memohon supaya keterangan anak guamnnya diambil menerusi persidangan video dari Los Angeles.

Peguam Al Khalifa berkata, putera raja itu pertama kali bercakap dengan Michael, 50, menerusi telefon ketika penyanyi itu sedang menghadapi perbicaraan di California berikutan kes penahanannya pada 2003 atas dakwaan meliwat kanak-kanak.

Penguam Bankim Thanki berkata, Al Khalifa mahu bekerjasama dengan Michael untuk melonjakkan semula kerjaya dalam bidang penerbitan lagu.

Thanki berkata, bayaran pertama yang diberi Al Khalifa’s ialah AS$35,000, yang digunkan untuk mejelaskan bil utiliti Michael di kediamannya di Neverland.

Selepas Michael didapati tidak bersalah terhadap tuduhan liwat itu pada Jun 2005, Al Khalifa menambah bayaran kepadanya sebanyak AS$2.2 juta bagi kos guaman. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI