Jasmine tetap berentap dalam Gadis Melayu 2

Sunday, August 16, 2009

Agaknya semua orang sudah tahu tentang gambar-gambar kurang sopan salah seorang peserta program realiti yang sedang berlangsung di TV9, Gadis Melayu 2.

Peserta itu bernama Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail, 21. Terdapat lebih lapan keping gambar disertakan termasuk Jasmine sedang bercium dengan seorang perempuan dan merokok.

Ramai orang mengutuk pelakuan Jasmine yang dilabel tidak selari dengan matlamat program tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan Jasmine tidak akan disingkirkan daripada program tersebut kerana kesilapan masa lalunya.

"Jasmine tahu gambar itu tersebar luas. Tapi dia pun tak boleh buat apa. Itu gambar lama dia. Kami tidak akan singkirkan dia daripada Gadis Melayu kerana itu kisah silam.

"Mana tahu program ini mampu membantu dia menjadi lebih baik," kata teman Diva yang turut memaklumkan Jasmine sedikit tertekan tetapi masih berazam untuk terus kekal dalam program tersebut.

Petikan: Diva (Kosmo)

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI