Lirik lagu Engkau Yang Ku Cinta - Achik Spin

Thursday, September 30, 2010 0 Komen

Lirik lagu Engkau Yang Ku Cinta - Achik Spin

Sering kau tanyakan cintaku dimana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya

Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini

Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan

Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar-benarnya

Usah kau tanyakan cintaku dimana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati.. kecilku…

Gambar Azwan Ali dan Ezlynn

Thursday, September 30, 2010 0 Komen

Azwan Ali pose tetek ngan Diva Ular Ezlynn ! Vazz

Gambar Azwan Ali dan Ezlynn

The Iron Lady drama terbaik

Thursday, September 30, 2010 0 Komen

Buat julung kalinya, majlis anugerah Golden Awards dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dari kalangan Cina tempatan yang memberi sumbangan kepada perkembangan hiburan Malaysia.

Menariknya, acara ini dibawakan secara langsung menerusi stesen ntv7 selaku penganjur yang dipancarkan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lalu.

Lebih sekadar acara penyampaian trofi kepada pemenang, pengiktirafan cukup bermakna kerana ia menjadi platform penggiat seni seperti produser, pelakon dan kru belakang tabir berkumpul.

Istimewanya, acara ini turut menyaksikan artis antarabangsa dari Hong Kong hadir memberikan sokongan.

Sebanyak 19 anugerah dipertandingkan. Anugerah ini diberikan kepada artis dan program berbahasa Cina termasuk berita, majalah, hiburan dan drama yang disiarkan menerusi ntv7.

Tentunya, kategori utama iaitu Drama, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik menjadi perhatian tetamu yang hadir pada malam itu.

Untuk Drama Terbaik, keputusan memihak kepada The Iron Lady.

Aktor Melvin Sia yang membintangi drama Romantic Delicacies menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik manakala kategori wanita diberikan kepada Yeo Yann Yann yang menunjukkan lakonan mantap menerusi The Iron Lady.
Click Here

Yann Yann berkata, dia cukup menghargai anugerah yang diterima yang dianggap sebagai perangsang untuk pencapaian lebih baik pada masa akan datang.

“Saya rasa amat bertuah untuk menerima anugerah ini. Ia memberi pengiktirafan pada sumbangan saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Turut mencuri perhatian, kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik dimenangi Ernest Chong menerusi My Kampong Days manakala Seck Fook Yee (The Iron Lady). Bagi kategori Pelakon Baru Terbaik diberikan kepada Yise Loo (Goodnight DJ).

Untuk kategori Bukan Drama menyaksikan penyampai Owen Yap mengungguli dua anugerah iaitu Hos Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik serta Hos Program Variety dan Hiburan Terbaik.

Anugerah Hos Program Majalah Terbaik dimenangi Chan Wei Wei manakala Cherly Lee menerima anugerah Hos Program Realiti Terbaik.

Pada acara kemuncak pula, pelakon Melvin Sia dan Debbie Goh meraih undian tertinggi penonton untuk anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Popular. Begitu juga, penonton memilih drama The Iron Lady sebagai pemenang yang layak untuk anugerah Drama Paling Popular.

Memberi kenangan pada malam itu, aktres veteran yang cukup popular iaitu Lai Meng menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumba­ngannya lebih setengah abad. Kehebatan aktres berusia 83 tahun ini memang tidak dapat dinafikan apatah lagi sejak zaman siri Empat Sekawan.

Dalam pada itu, beberapa artis tempatan dan antarabangsa diberi peluang sebagai penyampai anugerah antaranya, Fish Leong, Nicholas Teo, Jac Wu, Thomas, Jack dan Chen Jia Kai. Kesemua 19 pemenang menerima trofi dan wang tunai RM5,000.


Senarai pemenang:

Anugerah Khas:

Pencapaian Sepanjang Hayat - Lai Meng

Kategori Drama:

1. Drama Terbaik - The Iron Lady
2. Pelakon Lelaki Terbaik - Melvin Sia (Romantic Delicacies)
3. Pelakon Wanita Terbaik - Yeo Yann Yann (The Iron Lady)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Ernest Chong (My Kampong Days)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Seck Fook Yee (The Iron Lady)
6. Pelakon Baru Terbaik - Yise Loo (Goodnight DJ)
7. Lagu Tema Drama Terbaik - The Iron Lady (Penyanyi: You Di)

Kategori Bukan Drama:

1. Program Berita dan Hal-ehwal Semasa Terbaik - Siasat Mandarin (Kes Pekerja Asing)
2. Hos Berita dan Hal Ehwal Semasa Terbaik - Owen Yap
3. Program Majalah Terbaik - My Home
4. Hos Program Majalah Terbaik - Chan Wei Wei (Finding Angels)
5. Program Realiti Terbaik - Ultimate Power Group
6. Hos Program Realiti Terbaik - Cheryl Lee (Project Superstar 3)
7. Program Variety & Hiburan Terbaik: Double Triple Or Nothing
8. Hos Program Variety & Hiburan Terbaik: Owen Yap (Deal Or No Deal)

Kategori Pilihan Penonton:

1. Drama Paling Popular - The Iron Lady
2. Pelakon Lelaki Paling Popular - Melvin Sia
3. Pelakon Wanita Paling Popular - Debbie Goh
4. Hos/Penyampai Bukan Drama Paling Popular - Gary Yap

Oleh Elrafaei Sapi


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Kamarudin (Kamal) pemain bass kumpulan Saturnine

Thursday, September 30, 2010 0 Komen

Pembunuhan tragis jutawan produk kecantikan, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga mangsa lain benar-benar mengejutkan masyarakat. Antara mangsa kejadian ialah individu bernama Kamaruddin Shansuddin, 44, yang lebih dikenali sebagai Kamal di kalangan artis tempatan.

Namun beberapa hari selepas itu barulah terbongkar cerita, Kamarudin sebenarnya pemain bass kumpulan Saturnine yang popular sekitar 1990-an. Allahyarham juga bekerja sebagai jurutera bunyi di Kings Studio yang begitu terkenal di kalangan artis terutamanya kumpulan rock tempatan.

Banyak artis terkenal seperti Ella, Amy Search dan Ramli Sarip serta kumpulan rock seperti XPDC menggunakan khidmat Allahyarham. Sehubungan itu, rakan-rakan dalam industri mengadakan majlis tahlil buat Allahyarham di Kings Studio, Petaling Jaya baru-baru ini.

Majlis yang diketuai Imam Surau Al-Ihya Ul-Falah, Sungai Kayu Ara, Haji Abdul Manan ini berlangsung selepas Maghrib dan dihadiri rakan kenalan Allahyarham terutamanya pemuzik, komposer dan otai rock antara­nya Ramli Sarip, M Nasir, Aris Ariwatan, Zuar XPDC, Ramli MS dan ramai lagi. Turut hadir kumpulan Kristal yang menjadi artis terakhir bekerjasama dengan arwah.

Sesuatu yang menarik, pemberitahuan mengenai majlis ini dibuat hanya dari mulut ke mulut dan menerusi SMS kawan kepada kawan namun tetap mendapat respon yang positif daripada semua kenalan Allahyarham sekali gus membuktikan Kamal seorang yang disenangi ramai pihak ketika hayatnya.

Dua sahabat arwah dalam Saturnine, Ahmad Zairi Ariffin dan Aznan Alias atau Nan ketika ditemui berkata, kehilangan arwah yang kemudiannya ditemui dalam keadaan tragis memang mengejutkan. Setiap kali membaca paparan berita mengenai pembunuhan tersebut di akhbar, mereka pasti akan sebak.

“Kami sukar terima kenyataan dia meninggal dalam keadaan begini. Kali terakhir saya berjumpa dia ialah sebelum bulan puasa. Memandangkan dia adalah kawan lama, kalau tak jumpa pun saya akan tanya perkembangan dia menerusi telefon. Masa kehilangan dia dulu, kami dah tercari-cari ke mana dia pergi. Apabila gambar dan namanya keluar dalam akhbar, kami terkejut,” kata Nan.

“Mulanya saya tak percaya Kamal akan terima nasib begini kerana orangnya ceria dan periang. Dia tak pernah datang jumpa kawan-kawan dengan muka masam. Dia boleh berkawan dengan sesiapa saja tanpa masalah. Kami ingatkan kehilangannya kerana dia pergi bercuti tapi rupanya dibunuh dengan kejam,” kata Zairi pula.
Mereka turut bersimpati dengan nasib anak-anak Allahyarham kerana Kamal adalah sumber pendapatan utama keluarganya dan meminta agar pembunuh kejam empat mangsa ini akan dihukum seadil-adilnya.

Rody Kristal memberitahu Allahyarham memang baik kerana sanggup turun padang untuk memantau proses pembikinan album terbaru mereka berjudul Rockafella 2. Malah dia bertungkus lumus mencari bunyi yang terbaik untuk rakaman album ini biarpun rakaman berjalan lewat malam.

“Saya bekerja dengannya dari album pertama hingga keempat dan mendapati budi bahasanya sangat baik dan tak pernah nak tinggikan suara. Orangnya memang ceria setiap masa. Kali akhir bertemunya, arwah datang untuk pantau rakaman album kami selepas Tarawih. Ketika itu arwah pakai jubah putih dan agak pendiam berbanding sebelumnya. Dia juga dah kurang bergurau.

“Saya tak tahu pasal kehilangannya tapi apabila keluar gambar, saya kenal itu adalah Kamal. Masa itu saya rasa hari raya seolah-olah hilang serinya,” jelasnya yang menerbit­kan album terbaru bersama komposer Bong.

Pemilik Matahati Productions yang juga majikan Allahyarham, Hussien Ali menjadi penganjur untuk majlis ini. Dia yang mengenali Allahyarham sejak 1987 semasa rakaman album anaknya Ruhil, berkenan dengan cara Kamal bekerja dan mengamanahkan Allahyarham untuk menjaga studionya di Kings Studio.

“Kamal boleh tunggu studio dari jam 9 malam hingga 5 pagi dengan sabar. Susah hendak cari pekerja sepertinya yang berdedikasi. Selepas kehilangannya, saya hantar mesej SMS pada Kamal tapi tak berjawab. Pada malam keluar berita mengenai pembunuhannya, saya terduduk. Macam mana nak hidup tanpa pekerja yang bagus sepertinya.

“Majlis ini diadakan dengan kerjasama kawan-kawan arwah yang bawa sendiri makanan untuk jamuan selepas tahlil. Saya merancang nak buat satu konsert tribute buat arwah di Istana Budaya untuk kumpul dana kepada anak-anaknya,” katanya yang sebak apabila bercakap mengenai perkara itu.

Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Biodata Profil Norliana Samsudin

Thursday, September 30, 2010 0 Komen

Biodata Profil Norliana Samsudin



NAMA SEBENAR: Norliana Samsudin
TARIKH LAHIR: 25 September 1984
ASAL: Yong Peng, Johor
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pengarah
FILEM: Selamat Pagi Cinta, Histeria, Shh... Dia Datang, 7 Perhentian, MamiJarum Junior, Main-Main Cinta dan Adnan Sempit
DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu’Lu dan 3 Janda, Suri Bakawali
ALBUM: Yana Ceria (2004)

Ahli Perniagaan Menang Loteri RM48 Juta

Thursday, September 30, 2010 0 Komen

Seorang ahli perniagaan telah memenangi wang tunai sejumlah RM47.82 juta yang merupakan cepumas loteri atau jackpot terbesar di Malaysia.

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd berkata, cepumas tertinggi sebelum itu adalah RM20.9 juta yang dikeluarkan pada Disember 2008.

Difahamkan, ahli perniagaan yang berusia 50an itu mengetahui kemenangan tersebut menerusi laman web Sports Toto pada malam Selasa selepas keputusan diumumkan.

“Dia tidak percaya tentang berita itu sehingga tergamam untuk seketika sebelum meminta isterinya mengesahkan kemenangan itu berulang kali,” kata jurucakap Sports Toto dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan amat gembira sehingga tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah wang tunai daripada ibu pejabat Sports Toto di Kuala Lumpur.

Difahamkan, ahli perniagaan itu merupakan pengikut setia bagi Sumpreme Toto 6/58 sejak permainan itu dilancarkan pada 20 Mac.

Kebiasaannya dia bertaruh sebanyak RM20 bagi setiap permainan yang memberikannya 10 peluang untuk mendapatkan cepumas.

Nombor kemenangannya adalah 8, 11, 19, 22, 54 dan 55 yang kesemuanya dipilih secara rawak dan berkomputer.

“Pasangan itu berkata mereka tidak hanya menggunakan wang kemenangan itu untuk mereka sendiri bahkan akan menyalurkan sebahagiannya kepada badan kebajikan.

“Mereka juga mahu membantu orang di sekeliling terutama adik-beradik yang tidak kukuh dari segi kewangan dan mereka yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan,” kata jurucakap Sports Toto itu lagi.

Sports Toto pada bulan lalu telah menawarkan dua kemenangan terbesar dengan cepumas berjumlah RM17.55 juta.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu My Eks - Baron Soulmates

Wednesday, September 29, 2010 0 Komen

Lirik Lagu My Eks - Baron Soulmates

Jangan kau sentuh aku
Jangan kau cium aku
Karena pintu hatiku terluka

Kau cinta pertamaku
Cinta yang tak akan terlupakan
Tak pernah terpikir berakhir seperti ini

[*]
Pernah ku mencintaimu
Saat ku masih bahagia
Tapi kau kecewakan
Kau berikan noda akan cinta kita

[**]
Pernah ku mengagumimu
Hanya kaulah dihatiku
Tapi itu dulu saat kau tak pernah sakitiku
Your my eks

Jangan kau ucapkan cinta
Dan jangan kau harap ku kembali
Karena semua sudah hancur dihati ini

Back to [*]

Pernah ku mengagumimu
Hanya kaulah dihatiku
Tapi itu dulu saat kau tak duakan diriku

Kau takkan terlupakan
‘kan selalu tersimpan dihati ini

Back to [*][**]

Your my eks your my eks
Your my eks your my eks
Your my eks your my eks

Kisah hidup pencipta laman Facebook dibuku

Wednesday, September 29, 2010 0 Komen

Kehidupan pencipta rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg, bukan saja difilemkan tetapi kini akan dipaparkan dalam bentuk komik dengan tajuk ‘Mark Zuckerberg; Pencipta Facebook’.




Penerbit Bluewater Productions berkata ia akan mengeluarkan komik berbentuk biografi itu Disember depan. Penulisnya, Jerome Maida, berkata kehidupan jutawan berusia 26 tahun itu kisah amat menarik.
“Mark ditawarkan banyak wang pada usia muda dan menolak semua tawaran itu kerana dia tahu dia mempunyai matlamat lebih tinggi daripada bekerja untuk orang lain,” kata Maida.

“Bill Gates menawarkan Mark sejuta dolar ketika beliau masih di sekolah tinggi supaya bekerja untuknya, dan Mark menolak tawaran itu. Berapa ramai pelajar sekolah tinggi boleh mendapat tawaran seumpama itu? Berapa ramai pula mempunyai keyakinan untuk menolak dan cuba berusaha sendiri? Tidak ramai, itupun kalau ada. Tetapi itulah yang dilakukan Mark,” tambahnya.

Tokoh lain dalam siri Bluewater termasuk bintang remaja Justin Bieber, bintang bola sepak England, David Beckham, Lady Gaga dan Taylor Swift.

Pengumumannya dibuat beberapa hari sebelum tayangan filem The Social Network 1 Oktober ini. Awal bulan ini, majalah Forbes menyenaraikan Zuckerberg sebagai orang ke-35 paling kaya di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan AS$6.9 bilion (RM22 bilion). – Reuters


Terlalu bebas punca remaja lari rumah

Sunday, September 26, 2010 0 Komen

Hampir saban hari laporan remaja lari rumah dilaporkan media. Kehilangan yang disangka membabitkan pihak ketiga, tetapi akhirnya ditemui di rumah rakan. Apakah ini bukti pengaruh rakan, cinta monyet atau gelojak hati muda sehingga sanggup membelakangkan keluarga? Wartawan RAJA NURFATIMAH MAWAR MOHAMED, menyelami gejala itu bersama artis muda, Liyana Jasmay, bagi mendapatkan pandangannya.



Apakah yang terlintas di hati anda sebaik membaca kisah remaja lari rumah?
Keadaan hari ini cukup membimbangkan. Sebagai remaja, saya melihat isu pelajar lari rumah dan mengikut teman lelaki hingga nasib malang dirogol tidak seharusnya didiamkan saja. Keluarga perlu mengambil berat soal anak remaja. Dan sekolah pula perlu menerapkan nilai moral dalam diri pelajar.

Pada pandangan anda, apakah ini disebabkan pengaruh rakan sebaya, kekasih atau semata-mata gelojak hati muda? Apakah ia turut berkaitan sikap ‘cuba dulu, sesal kemudian’?

Bagi saya, pengaruh rakan ada benarnya, tapi persekitaran rumah memberi kesan terhadap diri seseorang. Apa pun, semuanya bermula dari rumah dan persekitaran. Ibu bapa seharusnya ambil tahu dengan siapa anak-anak berkawan dan ke mana mereka pergi. Terlalu memberi kebebasan menjadi salah satu punca. Remaja mudah tertekan, terpengaruh dan perasaan memberontak cukup menebal dalam jiwa. Tetapi saya bertuah perhubungan dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan baik sangat rapat dan mereka mempengaruhi hidup saya.

Tidakkah ia turut membuktikan betapa kuatnya pengaruh rakan berbanding ibu bapa?
Sebenarnya bukan pengaruh kawan saja, televisyen dan media massa juga memainkan peranan. Remaja mudah percaya apa saja yang dibaca dan ditonton. Tanpa perhatian keluarga, mereka bebas melakukan apa saja. Mereka tidak fikir baik, buruknya. Jadi, bagi saya keluarga sihat menjana kehidupan yang bahagia.

Pernahkah anda berdepan pengalaman rakan mengalami masalah sama? Pernahkah anda sendiri menghadapi situasi terpaksa memilih antara mengikut rakan atau mengutamakan keluarga?

Saya bersyukur tidak pernah melalui kebebasan begini. Walaupun saya punya ramai rakan yang kehidupan mereka tidak sebaik hidup saya, ada yang dari keluarga berpecah belah tetapi saya syukur, kawan-kawan saya punya keperibadian yang baik. Hubungan kami kuat dan tidak berlandaskan perasaan. Mungkin juga kebanyakannya dari kalangan mereka yang berpelajaran, jadi fikiran setiap mereka berbeza. Syukur.

Apakah yang sering anda lakukan jika berdepan masalah?

Jika ada masalah, mama orang pertama saya akan luahkan. Ya, emosi harus diluahkan dan sebagai orang tua, mereka bersedia menerima dan memaafkan. Anak-anak memang sangat ‘fragile’ dan mereka akan melakukan kesilapan.

Apa peranan keluarga bagi mengekang masalah ini?

Ibu bapa patut menjadi pendengar yang baik, memahami dan menyelami isi hati dan jiwa anak. Adik beradik pula patut bersatu dan saling menyokong. Bagi mereka yang tiada tempat untuk mencurahkan perasaan, carilah medium lain untuk meluahkannya. Contoh seperti menulis, tuliskan segala nukilan hati dan perasaan. Make something out of it!

Masalah remaja lari rumah turut mencetuskan persoalan mengenai peranan sekolah. Apa yang boleh dilakukan pihak sekolah?

Pihak sekolah seharusnya mempunyai persekitaran yang bagus untuk belajar. Selain itu, pelajar yang bermasalah dan liar pula perlu menghadiri kelas kaunseling atau sekurang-kurangnya ambil berat soal mereka. Kita tidak tahu, mungkin ada antara mereka punya masalah di rumah dan mereka ke sekolah hanya untuk memberontak. But make sure it works.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Fakta Menarik Tentang Baju Daging Lady GaGa

Sunday, September 26, 2010 0 Komen

Acara MTV Video Music Awards 2010 memang sudah berakhir. Namun, ia masih meninggalkan kesan buat semua pemenang mahu pun penonton yang telah menyaksikannya secara siaran langsung dari Nokia Theater, Los Angeles, pada 13 September lalu.



Paling meninggalkan kesan ialah apabila penyanyi serta penghibur paling kontroversi di abad ini, Lady GaGa mengenakan baju dagingnya ke acara muzik hiburan yang boleh dianggap cukup berprestij itu.c Sehingga, ia telah mendatangkan kemarahan di kalangan kelompok pembela serta pencinta haiwan, PETA atau People for the Ethical Treatment of Animals.

Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu dioerbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

Teks Oleh Ellyna Ali


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Bekerja sendiri : Tip mahu berdikari jana pendapatan

Saturday, September 25, 2010 0 Komen

Selepas bekerja lebih kurang 10 tahun, akhirnya Alisa memikirkan sudah sampai masanya beliau menceburi bidang pekerjaan lain. Dengan pengalaman dan kenalan yang Alisa peroleh sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, beliau ingin menceburi bidang kewartawanan sebagai wartawan bebas.

Mari kita lihat pada beberapa pengaturan kewangan yang perlu disediakan sebelum kita mengambil keputusan untuk bekerja secara persendirian.
Sewaktu menjamu hidangan teh pada suatu petang, Alisa bertanya ayahnya sama ada ayahnya pernah terfikir bekerja secara persendirian semasa kerjayanya. Adam terkejut dengan pertanyaan itu tetapi menjawab beliau pernah memikirkannya, malah lebih daripada sekali.

Tetapi atas sebab beliau memperoleh pendapatan yang baik dan agak selesa dengan kerjanya, Adam mengetepikan hasrat itu. Sebenarnya, Adam berasa takut untuk bekerja bersendirian kerana beliau baru saja mendirikan rumah tangga dan mempunyai banyak komitmen seperti pinjaman rumah dan kereta yang perlu dijelaskan.

Lagipun, Adam menjelaskan bahawa ibunya sedang mengandung Alisa pada ketika itu dan beliau berfikir agak berisiko berbuat demikian pada masa itu. Jadi, Adam mengambil sikap berhati-hati dan terus bekerja hinggalah dia bersara.

Alisa tidak sabar bertanya ayahnya sama ada beliau terasa kesal dengan keputusannya, lalu ayahnya menjawab tidak. Adam amat menyukai kerjanya kerana beliau dibayar untuk melakukan apa yang digemari. – yakni mengurus kewangan!
Bagaimanapun, Adam memberitahu Alisa bahawa jika beliau bercadang untuk berbuat demikian, Alisa perlu tahu mengenai ‘4P’ untuk menjadi seorang usahawan, sesuatu yang Adam dengar daripada rakan baiknya, seorang usahawan.

Keghairahan

Adam menasihati anaknya bahawa jalan ke arah kejayaan lebih mudah jika Alisa ghairah dalam apa yang dilakukannya. Pendek kata, setiap pagi anda beria-ria pergi ke kerja dan betul-betul menikmati apa yang anda lakukan dan anda seolah-olah lebih bertenaga semasa menghadapi cabaran.

Adam dapati bahawa kebanyakan usahawan yang berjaya sangat ghairah dalam apa yang mereka lakukan. Malah apa yang mereka lakukan membayangkan diri mereka yang sebenarnya!

Mengikut petikan Richard Carlson: “Perkara-perkara yang lazimnya dianggap mustahak adalah penting, tetapi soalnya di sini adalah tahap kepentingannya. Kejayaan, kesempurnaan, pencapaian, wang, pengiktirafan – anda dapat memiliki kesemuanya tetapi ia bukanlah segala-galanya. Malah, tanpa adanya rasa ghairah dan perasaan menghargai kehidupan, ia tidaklah mendatangkan makna yang seberapa.”

Pengorbanan

Setakat manakah anda sanggup berkorban untuk menjadi usahawan yang berjaya? Adam dapati ramai orang muda cuma ingin menjadi bos mereka sendiri tetapi tidak sanggup bekerja keras dan membuat pengorbanan.

Sebenarnya, anda mungkin perlu bekerja lebih keras lagi dalam tahun-tahun yang awal dan tanggapan bahawa anda akan mempunyai lebih banyak masa buat diri anda atau keluarga anda adalah salah. Pengorbanan perlu dibuat untuk segala-galanya dan untuk menjadi usahawan yang berjaya, juga memerlukan banyak pengorbanan.

Rancang

Dalam apa jua yang anda lakukan, anda harus ‘rancang kerja anda, dan laksanakan rancangan anda’. Malah, ini lebih penting lagi apabila membabitkan rancangan dan strategi perniagaan yang disusun dengan baik.

Anda harus ketahui bagaimana anda akan menghasilkan wang dan dapat meramalkan perbelanjaan perniagaan dan keperluan modal anda. Anda juga perlu menyelesaikan segala kemusykilan apabila anda dijangka untuk mendapat semula harga pulangan modal dan mempunyai pelan kontingensi, jika berlakunya perkara yang di luar dugaan.

Kita biasanya dengar mengenai klise, ‘orang tidak merancang untuk gagal, mereka cuma gagal untuk merancang!’.

Jumlah pokok atau modal

Akhir sekali, sumber-sumber kewangan anda adalah penting. Sebahagian besar perniagaan memerlukan komitmen modal yang besar dan anda mesti memastikan bahawa anda mempunyai dana tambahan yang secukupnya.

Pertama sekali, pastikan anda mempunyai sumber-sumber kewangan yang mencukupi untuk memenuhi perbelanjaan tetap anda selama antara enam hingga 12 bulan. Kemudian, anda perlu menganggarkan perbelanjaan modal awalan yang diperlukan untuk membuka kedai anda dan untuk menjalankan perniagaan.

Seterusnya, aliran tunai perniagaan anda, sekurang-kurangnya harus mampu menanggung semua kos menjalankan perniagaan seperti sewa, gaji, utiliti dan yang paling penting, boleh membayar si piutang tepat pada masanya.

Ada beberapa cara untuk memperoleh dana – minta sedekah, buat pinjaman atau menggunakan tabungan anda! Sudah pasti bergantung pada diri sendiri mungkinlah pilihan terbaik tetapi bukan semua orang yang berkemampuan.

Biasanya orang meminjam daripada keluarga dan rakan mereka atau institusi kewangan. Selidiklah terlebih dulu untuk memperoleh terma-terma kewangan yang terbaik dan ada sebilangan insentif atau pinjaman mudah yang ditawarkan oleh kerajaan bagi jenis-jenis perniagaan tertentu. Memang ada manfaatnya sekiranya anda ada kawan yang bekerja sebagai akauntan ataupun pegawai bank!

Kata-kata Hikmah

ALISA berfikir mengenai ‘4P’ yang ditekankan oleh ayahnya dan sudah pasti beliau mempunyai keghairahan dan sanggup berkorban untuk mencapai sasarannya.

Bagaimanapun, Alisa masih perlu berfikir mengenai rancangan perniagaannya dan menghitung semua perkara yang berhubung kait dengan kewangan bersama ayahnya.

Dan bagi ‘P’ yang keempat, ada kemungkinan besar Alisa akan memohon pinjaman daripada ayahnya, kalau bukan ayahnya dari siapa lagi! Dalam apa jua keadaan, usahanya memerlukan sedikit modal dan dia beranggapan jika Alisa mampu mengekalkan kos overhed yang rendah, beliau dapat mengusahakannya.

Inilah masanya!

Bagaimana dengan anda? Adakah terlintas di fikiran anda untuk menjadi bos sendiri sejak kebelakangan ini? Ini tentunya saranan yang menarik tetapi seperti kebanyakan perkara di dalam hidup kita, ada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Fikirlah mengenai ‘4P’ yang disebutkan di atas sebelum anda mengemukakan surat peletakan jawatan anda dan apabila anda sudah membuat keputusan, teruskan dengan semangat membara untuk mencapai kejayaan, bos!

Nasihat Ayah:

# Penuh bersemangat dalam segala yang anda lakukan.
# Sanggup berkorban untuk kecapi kejayaan.
# Rancang kerja anda dan perinci rancangan anda.
# Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menyara kehidupan anda pada tahun-tahun permulaan.


Kes Khalwat: Saksi Tidak Niat Aibkan Norman Hakim

Saturday, September 25, 2010 0 Komen

Seorang saksi tegas mengatakan bahawa dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan bukan mahu mengaibkan pelakon Norman Hakim dan Memey apabila membuat aduan mengenai pasangan itu berkhalwat kepada pejabat agama serta media.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.

Menjawab soalan Pendakwa Syarie, Mohamad Nazri Basrawi, Mohd Yusri berkata, tujuan sebenar dia berinteraksi dan memberitahu media berhubung pasangan itu didakwa selalu kelihatan bersama di premis pejabat Norman ialah untuk mengelakkan mereka diaibkan sebelum Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat sebarang tindakan.

“Apabila saya berinteraksi dengan media selepas mereka ditangkap adalah untuk menegakkan kebenaran. Saya tidak tahu perbuatan saya memberitahu media selepas prosiding bermula di mahkamah adalah salah. Tanggungjawab saya besar dan berat dalam menegakkan kebenaran. “Mereka (Norman dan Memey) tidak serik dan masih ulang perbuatan sama dan jiran marah kepada saya. Saya hubungi media, saya tidak tahu ia salah dan saya minta maaf. Apabila mereka masih ulang perbuatan sama, saya buat apa yang saya rasa sepatutnya sebagai umat Islam,” katanya.

Menurutnya, selepas melihat pasangan itu masih mengulangi perbuatan sama, dia membuat aduan kepada pejabat agama bagaimanapun kecewa apabila tidak mendapat tindak balas sepatutnya.

“Saya ada membuat tujuh hingga lapan aduan pada hari berbeza di pejabat penguat kuasa, bagaimanapun sedih kerana mereka mengatakan sibuk dengan operasi lain dan pelbagai alasan lain. Saya tidak boleh berbuat apa kerana mereka mengabaikan aduan saya.

“Saya berani mengatakan pasangan itu dan abang Norman menipu ketika memberi keterangan di mahkamah kerana saya lihat dengan mata sendiri perbuatan mereka selama setahun lapan bulan sebelum mereka ditangkap. Saya bukan ada sikap ‘busybody’ (menjaga tepi kain orang) tetapi saya perlu menjalankan tanggungjawab saya,” katanya. Menjawab soalan Mohamad Nazri, Mohd Yusri yang pejabatnya bersebelahan dengan pejabat Norman mendakwa Memey bukan pekerja di syarikat itu.

Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 8 Oktober ini.

Sejarah Yahudi di Madinah

Wednesday, September 22, 2010 0 Komen

Bangsa Arab dan bangsa Yahudi masing-masing masih menyimpan perasaan curiga mencurigai sehingga hari ini. - Gambar hiasan

SEJARAH memberikan kita fakta bahawa Nabi Muhammad SAW, satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk antara kaum Arab dan Yahudi di Madinah.

Namun tugas itu sebenarnya bukan satu kisah kejayaan yang dicipta dalam masa sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa.

Baginda sentiasa berusaha untuk menyatupadukan kedua-dua kaum itu supaya dapat hidup bersama dalam sebuah negara dan ia sangat sukar untuk dilakukan kerana setiap kaum itu mempunyai pelbagai kerenah dan tabiat-tabiat yang sukar untuk dikikis demi untuk hidup bersatu.

Tetapi dalam ruangan kali ini, mungkin kita perlu mengetahui dengan lebih jelas mengenai sejarah kedatangan Yahudi ke Yathrib atau Madinah.

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mubarakfuri dalam buku Sirah Nabawiyyah yang menjadi rujukan utama untuk ruangan ini.

Mubarakfuri meletakkan kaum Yahudi Madinah sebagai kelompok kaum ketiga yang menetap di bandar itu.

Iaitu selepas kelompok bangsa Arab Muhajirin (penduduk Arab beragama Islam yang berhijrah dari Mekkah) dan kelompok bangsa Arab Ansar (penduduk Arab, penduduk asal Yathrib).

Pada asalnya orang Yahudi datang atau berhijrah ke Hijaz atau Semenanjung Arab semasa zaman penindasan oleh kerajaan Asyria dan Rom dahulu kala.

Pada hakikatnya mereka lebih tepat dikenali sebagai bangsa Ibrani dan setelah berada di Hijaz mereka mula melalui cara kehidupan seperti orang Arab dari aspek pakaian, bahasa dan peradaban.

Sehinggakan nama-nama kabilah dan individu mereka turut menggunakan bahasa Arab. Akhirnya mereka dapat menjalin hubungan perkahwinan dan persemendaan dengan bangsa Arab.

Akan tetapi mereka sangat berpegang dengan dengan keagungan sebagai bangsa Yahudi yang menyebabkan mereka tetap sombong dan bangga diri sebagai bangsa tersebut.

Iaitu fakta mengenai bangsa Yahudi yang tidak akan berubah yang sehingga hari ini menjadi identiti bangsa itu.

Justeru, mereka tidak menyerap ke dalam kehidupan seperti orang Arab secara total.

Ini kerana mereka menganggap bangsa Arab sebagai sangat lekeh sehingga mereka menggelarkan bangsa itu sebagai "masyarakat Ummi" yang bererti primitif dan sangat ketinggalan.

Malah lebih teruk lagi mereka turut menganggap bahawa harta benda orang Arab adalah harus untuk mereka. Atau lain perkataan boleh dirampas sesuka hati atau boleh mendapatkannya dengan apa cara sekalipun.

Ini sebagaimana yang diakui sebagaimana yang tercatat dalam al Quran yang bermaksud: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi (Al Imran ayat 75)."

Sebagaimana yang dipertahankan oleh Yahudi sehingga hari ini, bangsa Yahudi di Tanah Arab ketika itu juga tidak mempunyai kemahuan atau minat untuk menyebarkan agama yang menjadi pegangan dan kepercayaan mereka selama ini.

Al Mubarakfuri menyebutkan paling besar bekalan agama yang bangsa itu miliki hanyalah berkisar dalam konteks al-Fa'il (sempena baik), ilmu hitam atau sihir, meniup tali, jampi mentera dan seumpamanya.

Disebabkan itu mereka beranggapan dan mendabik dada bahawa merekalah, bangsa yang paling memiliki ilmu, kemuliaan, kepimpinan dan kerohanian yang tinggi.

Maka atas sebab itukah Yahudi sebagaimana hari ini adalah bangsa yang sangat mahir dalam soal pekerjaan dan kehidupan.

Tetapi sebagaimana sejak zaman sebelum kedatangan Islam itu lagi, bangsa Yahudi diakui sangat mahir dalam soal pekerjaan terutamanya perniagaan dan kehidupan mereka yang lain-lainnya.

Mereka menguasai perniagaan terutamanya bijirin, kurma, minuman arak dan tekstil atau pakaian.

Mereka sangat giat melakukan perniagaan dengan mampu mengimport masuk pakaian, biji-bijian dan arak selain mengeksport buah-buah kurma yang bermutu tinggi dari Yathrib.

Maka dalam dunia perniagaan bangsa Yahudi akan mengambil keuntungan daripada para peniaga dan pembeli terutama dari bangsa Arab secara berlipat kali ganda sebagai satu cara penindasan dari aspek ekonomi.

Bagi memburukkan lagi keadaan bangsa Yahudi mempelopori dan menjuarai perniagaan berasaskan riba.

Antara caranya, mereka memberikan kepada para pembesar-pembesar Arab dengan pinjaman wang dan harta benda supaya para ketua terutamanya ketua-ketua kabilah Arab tersebut mendapat sanjungan, penghormatan dan kemuliaan terutama di kalangan penyair dan mendapat nama baik di kalangan para pengikut.


Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Kisah Islamik : Huzaifah pengintip yang pintar

Wednesday, September 22, 2010 0 Komen

Semasa Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah.

Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.

Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah.

"Wahai Nabi Muhammad, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.

Nabi Muhammad tidak menghalang dan berkata: "Pergilah kamu pulang ke rumah."

Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.

Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.

Pada malam itu, Nabi Muhammad pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.

Nabi Muhammad sampai di khemah Huzaifah. Huzaifah pada ketika itu tidak mempunyai pakaian dan senjata dan hanya mempunyai sehelai cadar milik isterinya yang dibawa bersama dalam perang Khandak itu. Cadar itulah yang digunakannya menutupi sebahagian badannya.

Semasa Nabi Muhammad berada di hadapannya, beliau masih berada dalam keadaan berlutut di lantai khemah. Lalu Nabi Muhammad bertanya: "Siapakah kamu?"

Huzaifah menjawab: "Saya ialah Huzaifah. Maafkan saya kerana tidak dapat berdiri melihat Nabi Muhammad kerana badan saya menggigil kesejukan dan saya malu kerana badan saya tidak berpakaian lengkap."

Nabi Muhammad berkata: "Bangun Huzaifah. Kamu perlu pergi ke khemah musuh. Kemudian kamu pulang dan beritahu saya berita mengenai pihak musuh."

Sebelum Huzaifah berangkat ke khemah musuh, Nabi Muhammad sempat berpesan: "Selepas kamu melihat apa yang dilakukan oleh pihak musuh, cepat-cepat kamu pulang ke khemah kita. Jangan kamu buat tindakan sendiri."

"Baiklah," jawab Huzaifah.

Selepas mendapat arahan itu, Huzaifah bangun dan terus menuju ke khemah musuh. Pada ketika itu Huzaifah tidak mempunyai kelengkapan senjata dan tidak berpakaian lengkap.

Semasa Huzaifah mahu pergi ke khemah musuh, Huzaifah terdengar Nabi Muhammad mendoakan keselamatannya. Selepas Nabi Muhammad berdoa, Huzaifah menjadi berani dan kesejukan badannya hilang serta merta.

Huzaifah mempercepatkan langkahnya menuju ke khemah musuh. Sampai sahaja di tempat musuh, beliau melihat tentera musuh sibuk memanaskan badan masing-masing kerana kesejukan malam. Tentera musuh mengelilingi unggun api.

Pada malam itu, angin bertiup kencang. Terdengar tentera musuh menjerit memberitahu "Lari..., lari..." Masing-masing di antara musuh itu berkemas dan mahu pulang.

Angin kencang menyebabkan batu-batu berterbangan dan binatang yang mereka bawa juga mati akibat terkena batu-batu itu. Khemah mereka juga turut musnah.

Pada masa itu juga, Huzaifah ternampak ketua panglima perang pihak musuh, iaitu Abu Sufian. Beliau asyik memanaskan dirinya bersebelahan unggun api.

"Ini peluang saya menghapuskan Abu Sufian," kata Huzaifah sambil tangannya memegang anak panah bagi memanah Abu Sufian.

Sedang Huzaifah menarik anak panah itu, Huzaifah teringat pesanan Nabi Muhammad tadi. Beliau tidak harus bertindak sesuka hati. Tiba-tiba, pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh masuk ke kawasan khemah mereka. Pihak musuh berjaga-jaga selepas mendapat tahu ada pengintip datang ke tempat mereka.

Mereka diarahkan supaya memegang tangan orang di sebelah mereka bagi mengetahui siapakah sebenarnya pengintip itu. Pada ketika itu Huzaifah mendapat satu idea. Beliau segera memegang tangan musuh itu. Kemudian Huzaifah berkata kepada orang di sebelahnya: "Siapakah kamu?"

Musuh di sebelahnya menjawab: "Kamu tidak kenal kami berduakah? Kami berdua ini satu kumpulan dengan kamu juga." Huzaifah terselamat daripada diketahui oleh musuh bahawa beliau sebenarnya adalah pengintip.

Selepas itu, Huzaifah segera pulang ke khemah tentera Islam. Semasa dalam perjalanan pulang, Huzaifah terserempak dengan 20 orang. Semua memakai serban.

Mereka berkata kepada Huzaifah: "Sampaikan berita kepada Nabi Muhammad bahawa Allah membantu kamu semua mengatasi musuh. Kamu semua tidak perlu risau lagi dengan serangan musuh itu."

Huzaifah segera mendapatkan Nabi Muhammad di khemahnya. Sampai sahaja di khemah, Huzaifah melihat Nabi Muhammad bersembahyang. Ada selempang kecil menutupi sebahagian badannya.

Selesai Nabi Muhammad sembahyang, Huzaifah segera membuat laporan yang dilihatnya dari pihak musuh. Huzaifah juga menceritakan detik-detik cemas apabila pihak musuh mengetahui bahawa ada penceroboh mengintip kegiatan mereka.

Nabi Muhammad tersenyum lebar mendengar cerita Huzaifah. Selepas habis bercerita, Nabi Muhammad menyuruh Huzaifah baring bersebelahannya.

Inilah ketaatan Huzaifah kepada Nabi Muhammad. Segala arahan yang disuruh oleh Nabi Muhammad diikutinya tanpa bantahan. Oleh yang demikian kita juga seharusnya taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Badrul Muhayat cerai isteri talak satu

Wednesday, September 22, 2010 0 Komen

KAJANG 22 Sept. - Mahkamah Rendah Syariah Kajang hari ini mengesahkan lafaz cerai talak satu pelakon dan model, Badurl Muhayat terhadap isterinya, Julia Daud.




Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Lirik Lagu Hari-Hari Hari Raya - Ana Raffali

Wednesday, September 22, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Hari-Hari Hari Raya - Ana Raffali



Hari Raya lambat lagi
Hatiku terasa rindu
Ku terbayang warna-warni
Baju kurung dan baju melayu

Aroma enak di dapur
Melambai padaku
Untukku tambah pada pinggan
Berbalang-balang kuih
Yang keras aku buat
Dan ku tahu kau tetap akan makan

Paling penting pada Hari Raya
Kita takkan bergaduh
Kau simpan egomu
Ku simpan egoku

Jika hari-hari Hari Raya
Pasti kita akan lebih bahagia
Tak perlu marah-marah pada dunia
Jika hari-hari Hari Raya

Hari Raya belum sampai
Dan kita baru saja bergaduh
Cukup sukar nak berdamai
memang mudah untuk buat bodoh

Beraneka e-kad raya
Melambai padaku
Untuk ku isi dan hantarkan
Dan diantaranya ada satu untukmu
Kau buatku marah jadi ku batalkan

Hari-hari bukan Hari Raya
Kita pasti bergaduh
Kau tayang egomu
Ku tayang egoku

Jika hari-hari Hari Raya
Pasti kita kan lebih bahagia
Tak perlu marah-marah pada dunia
Jika hari-hari Hari Raya


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Ana Raffali - Hari-Hari Hari Raya Lirik

Wednesday, September 22, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Hari-Hari Hari Raya - Ana Raffali

Hari Raya lambat lagi
Hatiku terasa rindu
Ku terbayang warna-warni
Baju kurung dan baju melayu

Aroma enak di dapur
Melambai padaku
Untukku tambah pada pinggan
Berbalang-balang kuih
Yang keras aku buat
Dan ku tahu kau tetap akan makan

Paling penting pada Hari Raya
Kita takkan bergaduh
Kau simpan egomu
Ku simpan egoku

Jika hari-hari Hari Raya
Pasti kita akan lebih bahagia
Tak perlu marah-marah pada dunia
Jika hari-hari Hari Raya

Hari Raya belum sampai
Dan kita baru saja bergaduh
Cukup sukar nak berdamai
memang mudah untuk buat bodoh

Beraneka e-kad raya
Melambai padaku
Untuk ku isi dan hantarkan
Dan diantaranya ada satu untukmu
Kau buatku marah jadi ku batalkan

Hari-hari bukan Hari Raya
Kita pasti bergaduh
Kau tayang egomu
Ku tayang egoku

Jika hari-hari Hari Raya
Pasti kita kan lebih bahagia
Tak perlu marah-marah pada dunia
Jika hari-hari Hari Raya

20 video terbaik YouTube ditayang di New York

Tuesday, September 21, 2010 0 Komen

Video-video kreatif dalam YouTube akan disenarai pendek kepada 20 video untuk ditayangkan di Muzium Solomon R. Guggenheim, New York Oktober ini.

Sebanyak 125 video daripada 23,000 video kreatif yang dihantar dari 91 negara ke YouTube telah disenarai pendek buat masa ini untuk tayangan sulung tahunan itu.

'Video Kreatif Tahunan YouTube' merupakan carian video tertinggi dalam laman web popular milik Google Inc..

Kumpulan kurator dari Muzium Solomon R. Guggenheim di New York telah memilih video itu dan ia akan dimainkan di kios-kios di muzium Guggenheim di New York, Berlin, Bilbao, Sepanyol dan Venice, Itali bermula hari ini.

Juri termasuk pembuat filem, Darren Aronofsky dan artis visual, Takashi Murakami sekali lagi akan menyenarai pendek senarai itu kepada 20 video dan kemudiannya akan ditayangkan di Muzium Guggenheim, New York pada 21 Oktober ini.

"Adalah semakin jelas menunjukkan video-video kreatif ini penting kepada YouTube. Ia sebahagian daripada asas kepada apa yang dilakukan oleh laman web itu yang sehingga kini masih belum benar-benar diraikan," kata pengarah pemasaran YouTube, Anna Bateson.

Pemilihan video dibuat secara bebas daripada video yang dicipta oleh mereka yang terkenal sehinggalah daripada hasil kerja pelajar dan amatur.

Antara video yang dipilih ialah video muzik OK GO 'This Too Shall Pass' yang menampilkan perkakas Rube Goldberg, mesin rumit yang direka untuk melakukan tugasan mudah. - AP

Istana Beckingham akan dijual Beckham

Tuesday, September 21, 2010 0 Komen

David dan Victoria Beckham dikatakan akan mengiklankan kediaman tujuh bilik milik mereka (Istana Beckingham) untuk dijual kerana mereka memutuskan untuk menetap di Amerika Syarikat.



Pasangan terbabit juga sudah meminta ejen hartanah untuk menilai harga kediaman di Sawbridgeworth, Hertfordshire itu. Mereka membeli hartanah yang berkeluasan 24 ekar berkenaan pada 1999 dengan harga STG2.5 juta (RM12 juta). Menurut sumber yang rapat dengan dua selebriti itu, Victoria dan Beckham berhasrat untuk menjual kediaman itu tetapi belum diiklankan di pasaran.

Pasangan itu juga dikatakan menghabiskan sebanyak STG18 juta (RM86.4 juta) untuk mengubah suai kediaman berkenaan sepanjang mereka menginap di situ. Kediaman itu dilengkapi kolam renang terbuka dan tertutup, rumah haiwan peliharaan, studio rakaman, bilik snuker, gimnasium dan gelanggang tenis.

Selain itu, terdapat juga tiga taman berlainan konsep iaitu taman tasik, romantik dan hiasan bernilai STG10,000 (RM48,000) dibina berdekatan binaan astaka dengan lantai marmar dilengkapi kemudahan barbeku yang bernilai STG70,000 (RM336,000). Difahamkan hartanah milik keluarga Beckham itu dianggarkan bernilai STG125 juta (RM600 juta). Mereka berhasrat untuk berhijrah ke Los Angeles dan menetap di sana kerana anak mereka, Brooklyn, 11, Romeo, lapan, dan Cruz, lima, lebih gemar tinggal di Los Angeles.

Keluarga itu berpindah ke Los Angeles tiga tahun lalu sejak Beckham menyertai kelab bola sepak LA Galaxy dan mereka sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Los Angeles. Pasangan itu juga sudah mempunyai sebilangan besar rakan selebriti termasuklah Tom Cruise, Katie Holmes, Eva Longoria serta Kate Beckinsale.


Victoria, 36, dikatakan akrab dengan Eva Longoria dan dia sering keluar makan malam bersama Eva di restoran Maze milik temannya, Gordon Ramsay pada malam minggu. Bekas penyanyi kumpulan Spice Girl itu pernah menulis di laman blog Twitter: "Hari ini saya keluar makan malam bersama Eva Longoria yang tampil anggun memakai salah satu koleksi musim gugur pakaian rekaan saya." Beckham dan Victoria mengambil keputusan untuk menjual kediaman mereka di Sawbridgeworth selepas mereka mengupah beberapa akauntan untuk mengaudit pendapatan dan perbelanjaan mereka selama ini. Kumpulan akauntan berkenaan mendapati Victoria dan Beckham membelanjakan ratusan ribu untuk kos penginapan mereka sebelum ini. Mereka sepatutnya boleh berjimat dengan menetap di satu tempat saja.

Pasangan terbabit juga dikatakan memiliki kediaman di Beverly Hills yang bernilai STG11juta (RM52.8 juta), di samping rumah percutian di Perancis serta sebuah apartmen mewah di Dubai. Mereka berpendapat mengekalkan kediaman di Britain hanyalah satu pembaziran. Menurut satu sumber pula, Victoria dan Beckham bercadang untuk membeli sebuah rumah di Chelsea atau Belgravia untuk dijadikan rumah persinggahan apabila mereka pulang ke Britain. Victoria dilaporkan sering ke London untuk menguruskan perniagaan pakaian rekaannya. Baru-baru ini, dia menyelesaikan beberapa urusan di London sebelum ke New York untuk pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan koleksi rekaan terbarunya. Beckham pula yang cedera dan tidak dapat bermain tinggal di Los Angeles bersama anak-anak mereka. Beckham mempunyai tiga tahun kontrak bersama LA Galaxy yang menjanakan pendapatan STG12 juta (RM57.6 juta). - Agensi


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Sinopsis Bola Cinta, TV2, jam 9 malam

Thursday, September 16, 2010 0 Komen

Drama bersiri Bola Cinta mengetengahkan kisah cinta remaja dan sukan bola sepak menemui penonton TV2, jam 9 malam. Diarahkan Jo Yusof, siri 13 episod ini dilakonkan Shahz Jaszle, Memey Suhaiza, Ainul Aishah, Aidil Aziz, Rosnah Johari, Rahim Jailani dan Hafidzuddin Fazil.

Siri dalam bentuk definisi tinggi (HD) ini diterbitkan Natalia Corporation Sdn Bhd dengan kerjasama Latin Media Corporation (Amerika Syarikat) dan Worldwide Rights Corporation Sdn Bhd.

Sinopsis Bola Cinta

Kisah bermula dengan seorang pemuda, Haziq (Shahz Jaszle), tersenarai sebagai pemain bola sepak yang bakal menandatangani kontrak dengan kelab profesional tempatan, Wira FC.

Satu hari, dia dicabar rakan yang baru dikenali dalam pasukan itu untuk mencium pipi gadis lincah, Fiza (Memey Suhaiza).

Dengan hati yang berat Haziq melakukannya. Fiza yang terkejut dengan perbuatan itu menampar mukanya sekuat hati.

Selepas insiden itu, rakannya membuka rahsia yang Fiza ialah anak pemilik Wira FC, Datuk Rahman (Hafidzuddin Fazil).

Menyedari kesilapannya, Haziq memohon Fiza tidak memberitahu kejadian itu kepada bapanya, yang pasti akan menutup peluangnya bermain bersama Wira FC. Kisah Haziq dan Fiza sampai ke telinga kekasih Fiza, Jamal (Aidil Aziz), yang juga kapten pasukan Wira FC. Haziq dibelasah Jamal sehingga terlantar di hospital.

Fiza yang kesal dengan insiden itu melawat Haziq di hospital untuk memohon maaf. Dalam diam Fiza jatuh hati pada Haziq.

Jurulatih pasukan, Bahar (Rahim Jailani), memberikan laporan cukup baik mengenai prestasi Haziq kepada Datuk Rahman. Yakin dengan kemampuannya, Haziq akhirnya terus bersama Wira FC. Anak perempuan Bahar, Reena (Ainul Aishah), sering mengikuti latihan di padang. Kehebatan Haziq yang sentiasa dipuji ayahnya menimbulkan perasaan cinta di hati Reena terhadap jejaka ini.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Marion kecewa disindir bakal abang ipar

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen

Pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, kesal dengan tindakan bakal abang iparnya, SM Faisal SM Nasimuddin yang membuat pelbagai kenyataan kurang manis tentang dirinya di laman sosial Twitter sehingga menjadi topik bualan umum.




Marion (gambar) menganggap tindakan Faisal itu sebagai tidak profesional kerana beliau sepatutnya berjumpa dengannya jika mempunyai masalah berhubung rancangannya mengahwini Nasaruddin pada Disember ini.

Antara tweet yang didakwa menyindir beliau ialah: Minah sendiri buat pengumuman di surat khabar, terdesak sangat ke?

Tweet itu diteruskan dalam bentuk pantun lima kerat iaitu:

Adab Asia megah berzaman Jumpa bincang pun belum Hormat semua yang tua dihiraukan Berlagak angkuh berita dilaung Rugi ini generasi hadapan

"Saya agak kecewa dan kurang puas hati dengan sikap beliau yang menyindir saya secara terang-terangan menerusi Twitter selepas saya membuat pengakuan terbuka untuk mengahwini adiknya.

"Kalau beliau ada masalah dengan saya, boleh jumpa terus dan berbincang tetapi bukan dengan cara seperti ini, jika sekalipun beliau ada tentangan mengenai hubungan kami," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran program realiti, The Biggest Loser Asia musim kedua di Putrajaya Marriot Hotel di sini semalam.

Sunat Berpuasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen

Hadith :

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
(Muslim)

Huraian:


1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.

2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.

3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sekolah Harapan bagi pelajar hamil

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai 'sekolah harapan', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.-Bernama


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Memey - Norman bertunang

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen


Teka-teki hubungan aktor popular, Mohd Norhakim Zaidon (Norman Hakim), 34, dan pasangannya, dramatis jelita, Memey Suhaiza Suhaimi akhirnya termeterai apabila mereka memutuskan untuk bersatu atas tali pertunangan di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, semalam.

Mengenepikan kes khalwat mereka yang masih berjalan di mahkamah sejak dua tahun lalu, pasangan ini tekad mengambil keputusan untuk bertunang, dengan Norman menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Memey.

Bagaimanapun kedua-dua pihak enggan berkongsi soal wang hantaran.

Menyarung persalinan gaun petang berwarna rona putih dengan sentuhan mekap tipis, Memey kelihatan cukup anggun dan berseri di hadapan keluarganya serta rombongan Norman sebanyak 13 kereta dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Menurut Memey, 22, pertunangan ini bagai melepaskan segala tekanan dan rasa kecewa yang selama ini bersarang di hatinya selepas terpaksa berdepan dengan pelbagai persepsi orang sekeliling atas kontroversi yang berlaku antara mereka berdua.

“Jujurnya memang penat sebenarnya selama ini. Bukan kerana mendengar kata-kata nakal orang, sebaliknya terlalu letih mengharungi segala dugaan yang datang menimpa tidak henti. Syukurlah abang (Norman) sentiasa menyokong dan memberikan motivasi buat saya terus berdiri.

“Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami,” katanya.

Lain bagi Norman pernah gagal dalam perkahwinannya dengan aktres, Abby Abadi menyifatkan kehadiran Memey dalam hidupnya ibarat pelengkap yang mengisi kekosongan di hatinya sejak dua tahun lalu.

Mengenali Memey selama dua tahun lebih, Norman yang 12 tahun lebih tua mengakui jatuh cinta pada gadis manis itu sejak setahun setengah yang lalu.

“Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan,” katanya.

Cincin emas putih bertatahkan berlian di sarungkan ke jari manis Memey oleh bakal ibu mentuanya, Kamariah Kamal.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Biodata Fizz Fairuz

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen

Biodata Fizz Fairuz


NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon dan Usahawan Restoran
STATUS: Bujang

Penyalahgunaan internet bakal kena tindak tegas- SKMM

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

SKMM berkata pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita atas talian yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain.

"Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tindakan turut diambil untuk mendakwa pesalah di mahkamah dengan persetujuan Peguam Negara selain tindakan diambil ke atas kandungan dan aktiviti di internet berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan dan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing. — Bernama

Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Kelantan Baru

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari.



"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini (semalam)," katanya.

Gambar Pertunangan Memey dan Norman

Wednesday, September 15, 2010 0 Komen


Ibu Norman Hakim, Kamariah Kamal menyarungkan cincin pertunangan di jari Memey Suhaiza pada majlis pertunangan pasangan tersebut di Felda Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi, Johor, 13 Sept. Kedua-dua pelakon itu sebelum ini heboh selepas mereka ditangkap kerana berkhalwat di sebuah pejabat di Kuala Lumpur. - Utusan/NASIRRUDDIN YAZID



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Lirik Lagu Astrid - Asik Aja

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Asik Aja Astrid

Pusing aku tujuh keliling
Karena ulahmu aku hampir sinting
Aku tak tahan selalu kau duakan
Mendingan kita putusan, kita bubaran

Kar'na tanpamu aku baik-baik saja
Dan tanpamu aku bahagia
Kar'na tanpamu sungguh ku merasa lega
Dan tanpamu ku masih bisa tertawa

Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta
Ku asik aja, ku sih asik aja, ku asik aja

Berulang kali engkau ku maafkan
Tapi kau selalu khianatiku
Aku tak tahan selalu kau duakan
Mendingan kita putusan, kita bubaran

Kar'na tanpamu aku baik-baik saja
Dan tanpamu aku bahagia
Kar'na tanpamu sungguh ku merasa lega
Dan tanpamu ku masih bisa tertawa

Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta
Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta

Semua salah (semua salah)
Khianatiku (khianatiku)
Bukan salah (bukan salah)
Bila kini aku (bila kini aku)
Tak lagi cinta (tak lagi cinta)

Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta
Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta

Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta
Ku asik aja, ku sih asik aja
Ku asik aja, walau tak punya cinta

Al-Quran dihina depan Rumah Putih

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.

Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.

Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah.

Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”
Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.

“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.

Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agens

Angelina Jolie tiada kawan rapat

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Beliau adalah seorang wanita paling cantik di dunia dengan pasangannya yang amat didambakan wanita, dikurniakan anak-anak yang comel, kerjaya yang bergemerlapan dan jutaan wang dalam bank.



Namun satu perkara yang tidak dimiliki Angelina Jolie ialah rakan baik yang dapat berkongsi suka dukanya.

Aktres berkenaan mendedahkan perkara itu kepada pemberita CNN, Sanjay Gupta, menerusi satelit dari Pakistan. Beliau menaikkan profil mangsa banjir menerusi peranannya sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Apabila ditanya bagaimana beliau menangani tekanan emosi tugasnya, Jolie membuat pengakuan bahawa satu-satunya rakan yang boleh dibawa berbincang ialah pasangannya, Brad Pitt.

“Saya bercakap dengan keluarga dan Brad, beliau mahu tahu sebanyak mungkin mengenai isu terbabit dalam setiap kunjungan,” kata Jolie. – Agensi



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Kegeringan berpanjangan Tuanku Ismail Petra perlukan pengganti

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra yang gering sejak lebih setahun lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika selepas siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.
Click Here
"Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra, sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

"Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya pada sidang media di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu.

Pada tengah hari tadi, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua ahlinya iaitu Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’Ishah Putri.

Aiseri berkata, Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu selepas Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.
"Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya.

Katanya, antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli Majlis Pangkuan Raja bagi negeri.

"Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. - Bernama


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.


Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya

Nash terkejut, sedih tragedi menimpa bekas isteri

Monday, September 13, 2010 0 Komen

“Saya terkejut dan terkilan apabila membaca akhbar pagi tadi (semalam) mengenai penemuan mayat rentung itu, tetapi saya tetap berdoa mayat terbabit bukan dia,” kata penyanyi dan bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, Nasharuddin Elias atau Nash, 50.



Beliau bertambah terkejut dan sedih apabila dimaklumkan mayat itu disahkan polis sebagai mayat Sosilawati.

Nash menyifatkan bekas isterinya itu baik dan tidak mempunyai musuh ketika bergelar suami isteri.
“Saya dapat tahu mengenai penemuan mayat itu semasa baca akhbar sebelum bertolak ke Sabah pagi tadi (semalam) dan tidak menduga itu mayat beliau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, ketika berita mengenai kehilangan Sosilawati disiarkan di akhbar, beliau ada menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui perkembangannya, namun panggilannya tidak dijawab.

Nash berkata, mangsa mempunyai hubungan baik dengan keluarganya, namun selepas bercerai sejak 26 Mei tahun lalu, mereka tidak berhubung lagi.

Sementara itu, suami Sosilawati ketika dihubungi Berita Harian berkata, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan buat masa ini, selagi keputusan ujian atau bukti di tempat kejadian belum mengesahkan mangsa adalah isterinya.

Dengan nada sugul, beliau menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah dan menerima dengan reda sekiranya seorang mangsa terbabit ialah isterinya.

Bagaimanapun, beliau yang juga seorang ahli perniagaan warga Indonesia dan berusia lingkungan 40-an meminta identitinya tidak didedahkan kepada umum.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti

Edry Yakin Magika Kutip RM4 Juta

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Buat pertama kalinya, Edry Abdul Halim cuba memecah tembok industri perfileman tempatan dengan melakukan eksperimen menerusi filem Magika yang akan ditayangkan di pawagam mulai 23 September ini. Pengarah filem berusia 34 tahun itu dengan beraninya juga meletakkan Magika sebagai kayu pengukur sama ada filem ‘seni’ seperti itu mampu menarik perhatian penonton atau tidak. Jika gagal mencapai sasarannya untuk mengutip RM4 juta sebagai pulangan, Edry menganggap dia perlu berhenti ‘berangan’ untuk membikin filem seperti itu sebaliknya memfokuskan kepada filem ‘komersial’.



“Sebolehnya saya tak mahu membuat filem yang terlalu mengejar komersial sebaliknya cuba menyeimbangkan antara nilai komersial dan seni dalam sesebuah filem itu.

“Dari sudut seni yang saya sentuh dalam Magika adalah genre Melayu Muzikal dan fantasi yang tiada dalam filem lain. Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan elemen komersial dengan memperkenalkan ramai pelakon terkenal, banyak muzik dan elemen janaan imej berkomputer (CGI),” katanya kepada mStar Online. Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.

Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana kini sedang rancak dimainkan di corong-corong radio. Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

Edry yang berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang gubahan muzik yakin dengan kualiti yang ada dalam filem ini. Malah dia turut mencabar penonton agar mengubah citarasa mereka.

“Saya bukan nak ‘angkat bakul’ tetapi saya tetap hendak katakan filem ini bagus bukan disebabkan saya atau Diana Danielle. Saya yakin filem ini boleh mencapai RM4 juta.

“Filem ini disasarkan kepada semua peringkat umur dan boleh ditonton oleh satu keluarga. Walaupun filem ini lebih berkisar kepada budaya Melayu, saya rasa dengan konsep 1Malaysia, golongan bukan Melayu pun boleh faham cerita ini,” ujarnya. Katanya, filem tersebut dijangka akan ditayangkan di 60 buah pawagam tanah air.

Secara ringkasnya, Magika mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama Magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi. Sewaktu berada di Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja. Antara cerita dogeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan.

“Kami sedang menyiasat mengenainya sama ada motif adalah masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Berdasarkan pengakuan empat daripada lapan suspek yang ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk, Sosilawati bersama tiga individu lain mati dibunuh sebelum dibakar dan abu mayatnya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Pengakuan itu merungkai penemuan empat mayat di lokasi kejadian pada Sabtu namun masih belum dipastikan ia adalah Sosilawati dan lain-lain berikutan Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia kini masih menjalankan siasatan.

Berhubung wang tunai RM4 juta yang dipercayai dikeluarkan mangsa bagi membeli sebidang tanah di Pulau Pinang sebelum mereka dilaporkan hilang, Mohd Bakri berkata, polis akan menyiasat mengenainya.

Ini kerana katanya, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek yang ditahan.

“Namun kemungkinan dipercayai berkaitan dengan urusan jual beli tanah,” kata Mohd Bakri.

Selain Sosilawati, tiga individu terbabit adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Gambar Hari Ini

Monday, September 13, 2010 0 Komen


Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting, Ahad.

Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib di Banting. - FotoBERNAMA

Pengasas empayar kosmetik Sosilawati, pernah toreh getah

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Hari ini genap 12 hari sejak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang secara tiba-tiba bersama tiga lagi individu iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank.
Berita kehilangan pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu bukan saja mengejutkan masyarakat pada ketika umat Islam menghitung hari menyambut Aidilfitri malah menarik minat yang bukan sedikit terhadap perkembangan terbaru kehilangannya.

Walaupun Sosilawati dikenali ramai apatah lagi beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kumpulan Lefthanded, Nasharuddin Elias atau Nash, tetapi tidak ramai yang mengetahui betapa berliku perjalanan wanita ini sebelum mampu membina empayar syarikat kosmetik sendiri seterusnya bergelar jutawan.

Sosilawati adalah anak keenam daripada 14 adik beradik hasil perkahwinan Allahyarham bapanya, Lawiya Abdullah Yusof serta ibunya, Yatmah Abdul Rahman, 80.

Bapanya yang juga seorang buruh kasar turut mempunyai seorang lagi isteri, Ruminah Wasidin dan tujuh lagi anak bersama isteri keduanya itu.

Menerusi adik ketujuhnya, Rosnani Lawiya, 45, antara saudara kandung paling rapat dengannya berikutan jarak usia yang hampir, segala jerih-perih Sosilawati, seorang anak kelahiran Kampung Sri Menanti, Sri Medan untuk ke puncak jaya dikongsi bersama untuk tatapan semua.

Rosnani berkata, kakaknya itu tidak pernah menyimpan cita-cita menjadi seorang jutawan mahupun seorang yang dikenali ramai apatah lagi membina empayar kosmetiknya sendiri.
“Hanya satu yang Kak Wati idamkan dan sering disebut-sebutkannya sejak di usia remaja, iaitu mahu membantu keluarga dan membantu mereka sedaya upaya. Dulu di kampung, kami antara keluarga orang susah tetapi hidup gembira seadanya.

“Ketika itu setiap kali musim raya tiba, Kak Wati selalu mengatakan kepada saya jika beliau mendapat kerja yang bagus nanti, dia akan membelikan semua ahli keluarga kami pakaian baru serta cantik seperti yang dipakai jiran tetangga,” katanya kepada Berita Minggu.

Disebabkan tekad kuat untuk membantu keluarga, Rosnani berkata, kakaknya sanggup belajar semula di sekolah swasta selepas gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu.

Beliau berkata, kakaknya turut mengajaknya yang juga gagal dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk mengambil semula peperiksaan berkenaan di sekolah swasta.

“Bagi menampung perbelanjaan, Kak Wati dan saya akan menoreh getah seluas lima ekar (dua hektar) milik penduduk kampung, setiap kali selepas pulang kelas di bandar semata-mata bagi membayar tambang bas RM20 sebulan untuk ke kelas selain kos yuran.

Rosnani berkata, Sosilawati kemudian bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar daerah ini selama satu setengah tahun selepas berjaya menyelesaikan pelajaran di sekolah swasta terbabit sebelum bertukar haluan sebagai seorang kerani kaunter di sebuah hotel di sini.

Katanya, genap usia 20 tahun, kakaknya mengambil keputusan meninggalkan daerah ini untuk merantau ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan berjaya mendapat pekerjaan sebagai setiausaha kepada pengurus sebuah bank di ibu kota.

“Ketika bekerja itulah, Kak Wati bertemu jodoh dengan pengurus bank berkenaan ketika berusia 21 tahun dan sempat melahirkan enam anak hasil perkongsian hidupnya sebelum berpisah 12 tahun kemudian.

“Detik perpisahan itulah bermulanya Kak Wati dalam dunia kosmetik, apabila berjinak-jinak sebagai jurujual kosmetik dari rumah ke rumah bagi menyara anaknya. Saya masih ingat lagi Kak Wati menceritakan dia terpaksa menebalkan muka mengetuk pintu dari rumah ke rumah bagi menjual produk kosmetik diedarkannya itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kakaknya itu sudah berjaya dalam hidup, beliau tidak pernah sekalipun meninggi diri serta melupakan asal-usul serta janjinya untuk membantu keluarga.

"Kak Wati seorang yang penyayang, lembut dan tidak pernah membanggakan diri malah menunaikan janjinya dulu untuk membantu setiap ahli keluarga kami. Apa yang paling mengharukan kami adik beradik ialah beliau pernah mengatakan dia tidak mahu melihat kami hidup susah di saat rezekinya dimurahkan Tuhan.

"Kak Wati tidak pernah kedekut menghulur bantuan termasuk wang ringgit malah sanggup memberi peluang pekerjaan serta perniagaan kepada kami supaya kami adik beradik dapat mengubah kehidupan kami sepertinya," katanya.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Penyelam cari bukti pembunuhan Sosilawati

Monday, September 13, 2010 0 Komen

Pasukan penyelam Polis Marin hari ini menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.

Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu.

Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Polis hari ini mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Operasi polis itu menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku. – Bernama


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Sultan Johor murka kes 'duit raya' RM1 juta

Sunday, September 12, 2010 0 Komen

Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikatakan cuba memberi ‘hadiah’ wang tunai lebih RM1 juta kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail di Istana Tanjung dekat Muar, malam Khamis lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam, apabila lelaki berusia awal 50-an itu yang mendakwa mewakili seorang ahli perniagaan memohon perkenan bertemu baginda bagi menyampaikan 'hadiah' berkenaan.

Setiausaha Majlis Jemaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata beliau dititahkan Sultan Ibrahim untuk berjumpa lelaki itu bagi mengetahui tujuannya.

“Tuanku menitahkan saya untuk berjumpa lelaki itu dan dalam pertemuan berkenaan, lelaki terbabit memberitahu dia membawa hadiah daripada seorang ahli perniagaan iaitu dua beg untuk baginda dan keluarga baginda.

"Dia kemudian memaklumkan kepada saya, dua beg itu mengandungi wang tunai berjumlah RM1.01 juta untuk dihadiahkan kepada Tuanku sebagai perbelanjaan sempena Aidilfitri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahim berkata, selepas mengetahui tujuan lelaki itu, beliau menghadap Sultan Ibrahim dan memaklumkan mengenai hasrat Datuk terbabit untuk berjumpa baginda.
“Apabila dimaklumkan, Tuanku murka dan menitahkan saya supaya membuat laporan polis kerana menganggap tindakan 'Datuk' itu menghina institusi Diraja dan cuba menyogok Tuanku,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan polis yang tiba sejurus menerima laporannya, menahan lelaki itu.

Difahamkan, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat SPRM negeri untuk disoal siasat.

Abdul Rahim berkata, insiden itu menunjukkan Sultan Ibrahim tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba me-lakukan perbuatan tidak bermoral dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan polis Johor yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan menerima laporan pihak istana mengenai perkara itu namun kes terbabit sudah diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah menerima laporan mengenai kes ini dan mengikut protokol, ia per-
lu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut," katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Baru-baru ini, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 31 dan 33 tahun kerana dipercayai menjadi dalang dalam kes penyamaran serta menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dalam laman sosial Facebook.

Bulan lalu, baginda Sultan dilaporkan murka terhadap tindakan sebuah parti politik menggunakan gambar baginda dalam poster pada majlis ceramah di Batu Pahat.

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Hooray Raya - Aizat Lirik

Sunday, September 12, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Hooray Raya - Aizat



Hati ini mengira
Detik ku tinggal segala... di kota
Telah lama ku tiada
Kini kembali semula... di desa

Chorus
Mengenang indah tika takbir bergema
(Sayu mula terasa)
(Bunyi mercun berdentum)
Ibu ayah saudara
Kan kulepaskan segala

Hooray Raya
Ku sambut kau tiba
Hooray Raya
Oh...ohhhh

Wajah ibu tersayang
Senyuman berair mata.... gembira
Bersyukurku padaNya
Menyambut Syawal berdua... berdua

Ulang Korus

Hooray Raya!
Ku sambut kau tiba
Hooray Raya!
Oh...ohhh

 

ZONFINITI