Lirik Pesanan Buat Kekasih - Spring

Friday, August 22, 2008

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

2 Komen:

Nur Ede on 29 April 2010 at 15:09 said...

nak komen apa... tq ngan lirik2 lagu nie

nenek Tganu

Anonymous said...

ermm...thnx f0r da nice w0rd~

Post a comment

 

ZONFINITI