Showing posts with label Sinopsis. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts

Sinopsis Cicakman 3 (Synopsis)

Tuesday, March 03, 2015 0 Komen

Sinopsis Cicakman 3 (Synopsis)

Cicakman 3 mengisahkan Man yang tidak matang dalam hal rumah tangga, menyebabkan Linda mengambil keputusan menuntut cerai.

Masalah rumah tangganya semakin rumit dengan kehadiran Inspektor Adam yang juga rakan sekolahnya apabila dia cuba merampas Linda daripada Man.

Namun, kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya.

Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa dimiliki itu sangat teruja untuk menjadi superhero. Pun begitu, kehadiran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana adanya hero baru, Super-Bro.




Pelakon Cicakman 3

Watak utama - Zizan Razak

Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Rykal Iskandar dan Yus Jambu.

Cicakman 3
In "Cicakman 3", Zizan replaces Saiful Apek as the hero in the film series. This time around, Cicakman has to defend his hero title as there is a new hero called 'SuperBro' in the City of Metrofulus.

Teman Lelaki Upahan Sinopsis - kisah gadis bongkak

Tuesday, March 03, 2015 0 Komen

Teman Lelaki Upahan Sinopsis

Teman Lelaki Upahan mengisahkan Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin), gadis bongkak yang terdesak untuk mencari teman lelaki supaya harta milik bapanya, Datuk Azham (Rahim Omar) tidak jatuh ke tangan ibu tirinya, Datin Izzati (Zarynn Min).

Hubungan Kyra dan bapanya sudah lama berantakan sejak ibunya, Alina (Fazlina Ahmad Daud) pergi meninggalkan mereka.

Pelbagai usaha dilakukan Datuk Azham untuk memperbaiki hubungannya dengan Kyra, tetapi tidak berjaya.

Teman Lelaki Upahan Sinopsis

Dengan meletakkan syarat iaitu Kyra mesti membawa seorang calon teman lelaki yang boleh menjadi suami kepada Kyra, Datuk Azham berharap lelaki itu dapat melembutkan hati Kyra dan me-nyatukan keluarga mereka semula.

Segala-galanya bermula apabila berlaku insiden kecil di Restoran The Spice milik Ezwan Lutfi (El) menyebabkan El terbabit dalam rancangan gila Kyra Lydia.

El sudah menumpahkan mi kari pada pakaian mahal milik Kyra. Pada mata Kyra, El adalah seorang lelaki yang sederhana dan tidak punya apa-apa tanpa mengetahui hakikat sebenar bahawa El datang daripada keluarga yang berada.

Kyra berasakan El adalah calon yang tepat untuk dipergunakan selepas dirinya dikecewakan teman lelakinya, Haider (Fikhree Bakar) dan sebagai ganti rugi bagi pakaian yang dirosakkan oleh El.

El pada mulanya tidak mahu membantu Kyra kerana berasakan Kyra seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Bagaimanapun, selepas Kyra menjanjikan sebuah banglo putih di tepi pantai yang sudah lama menjadi idaman El, dia bersetuju.

Perasaan benci yang terlalu kuat dikatakan mampu bertukar menjadi sayang. Dalam diam mula terbit rasa cinta di hati kedua mereka.

Kerana ego yang menebal, El dan Kyra hanya memendam perasaan dan masih terus berpura-pura memainkan peranan masing-masing.

Adakah El akan berjaya meruntuhkan ego dan menundukkan sikap bong-kak Kyra Lydia? Ikuti kesudahan Teman Lelaki Upahan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang hanya di TV3.

Sinopsis Istikharah Cinta, drama slot Akasia TV3

Thursday, January 08, 2015 0 Komen

Sinopsis Istikharah Cinta, slot Akasia TV3

Drama Istikharah Cinta 28 episod mengisahkan Airil yang kini bergelar duda tidak menyangka pertemuan dengan Dina di sebuah restoran membawa satu perubahan besar dalam hidupnya dan Dina.

Semuanya berlaku hanya gara-gara mereka terpaksa berkongsi meja. Kali kedua bertemu di Pulau Langkawi, Dina yang baru putus cinta dengan Hanafis, berkongsi kisah suka dukanya dan ini merapatkan lagi hubungan antara Airil dan Dina.

Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya dengan Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarga. Jauh di sudut hatinya, Hanafis tidak dapat melupakan Dina.


Bermula kisah cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam-diam menaruh perasaan kepada Airil. Sementara itu, bekas isteri Airil, Aiza sudahpun memulakan hidup baru bersama suaminya, Dr Rizal.

Namun sangkaannya meleset. Dia mula sering membeza-bezakan Airil dan Dr Rizal hingga menyebabkan rumah tangga Aiza mula bergolak.

Aiza kian sedar, bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermulalah kisah cinta mereka.

Airil berharap dapat memperisterikan Dina. Namun Airil tidak pernah berterus terang dengan statusnya sebagai seorang duda.

Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara sebenar? Adakah dia dapat menerima hakikat itu?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil mulai rimas dengan Aiza yang mencari dan mengganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina.

Cukupkah kasih sayang dan cinta mereka untuk saling mempercayai kesetiaan masing-masing?

Ikuti kesudahan drama bersiri Istikharah Cinta yang sedang hangat ditayangkan di TV3.

Istikharah Cinta menemui penonton pada jam 7 malam setiap Isnin hingga Khamis, drama terbitan Orangetree Production itu dilakonkan oleh Zul Ariffin (Airil), Nonny Nadhirah (Aiza), Syazwan Zulkifli (Hanafis), Nizen Ayob (Dr Rizal), Lia Natalia (Alisya), Falisha Crossley (Juliza), Azizul Ammar (Taufiq), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Aziz) dan Zarina Zainuddin (Datin Amnah) serta penampilan istimewa Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina.

Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan (Akasia TV3)

Monday, June 23, 2014 0 Komen

Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan (Akasia TV3)

Kerana Terpaksa Aku Relakan mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.

Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi. Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah.

Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah.

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Kerana Terpaksa Aku Relakan sebuah drama bersiri arahan oleh Azma Aizal Yusof dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda (Indah Halina) di samping pelakon-pelakon popular tanah air seperti Amar Baharin (Tajul Razin/ Zen), Dian P. Ramlee (Datuk Safiyah), Syafik Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asraf (Tajul Zahin), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), dan Afzan (Saiful).

Sinopsis Paku lakonan Aishah Ilias dan Johan

Tuesday, February 04, 2014 0 Komen

Sinopsis Paku

Paku mengisahkan Fahmi dan Riana yang terpaksa berpisah kasih kerana Rania meninggal dunia kerana terkena runtuhan kondominium Highland Towers. Rania pergi meninggalkan Fahmi buat selama-lamanya.

Fahmi yang amat mencintai Rania tidak dapat menerima hakikat itu, setiap hari hatinya diruntun derita kerana asyik terkenangkan arwah isterinya sehingga dia sanggup bertemu bomoh untuk menghidupkan semula Rania.

Percubaan mereka berjaya dan Rania kembali ke rumah menyambung semula hidupnya bersama Fahmi dan mereka dikurniakan anak.
Hidup Fahmi turut berubah kerana tiada lagi ayat suci al-Quran kedengaran di rumahnya dan dia juga tidak boleh bersolat. Namun selepas dia beristerikan pontianak, rezekinya semakin murah sehingga dia dinaikkan pangkat.

Pun begitu, yang salah tetapi salah di sisi agama dan masyarakat. Lalu sejauh manakah Fahmi dapat bertahan untuk terus hidup bersama isteri pontianaknya itu? Untuk mengetahui apakah yang berlaku pada mereka, jangan lupa tonton Paku di lakonan hebat Johan dan Aishah.

Filem seram Paku dibintangi  Aishah Ilias, Johan Asari, Wan Hanafi Su, Zaidi Omar, Sidik Hussin, Kamal Adli, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diana Johor dan Diddy Hirdy.

Sinopsis Miranda lakonan Dazrin dan Fasha

Tuesday, February 04, 2014 0 Komen

Sinopsis Miranda lakonan Dazrin dan Fasha

Miranda mengisahkan Miranda (Fasha) yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas berlaku satu insiden yang hampir meragut maruahnya. Setibanya dia kota metropolitan itu, Miranda menumpang di rumah bapa saudaranya, Datuk Shukri (Eizlan Yusof), buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar (Dazrin) dan Melly.

Miranda
Isterinya, Datin Rina (Zila Bakarin) walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura menyesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya.

Pelakon Miranda: Fasha Sandha,Dazrin, Mardiana Alwi, Zila Bakarin, Datuk Eizlan Yusof, Fauzi Nawawi, Adrea Abdulah, Roy Azman dan Nor Albaniah.

Sinopsis filem Balistik + Official Video

Monday, December 30, 2013 0 Komen

Sinopsis filem Balistik

Balistik mengisahkan Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan profesional yang mendirikan rumah tangga dengan Salina (Rita) rakannya yang membesar bersama di rumah anak yatim. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Rykarl (Rykarl).

Saga menghilangkan diri bersama Rykarl selepas mencederakan Salina. Ditakdirkan, mereka bertemu semula enam tahun kemudian. Sebagai ibu, Salina ingin menuntut hak ingin mendapatkan semula Rykarl.

filem balistik

Pada masa sama, Saga menjadi buruan kumpulan gangster dan polis. Suami Salina iaitu Nizam yang bertugas sebagai inspektor polis, turut memburu Saga.


Pelakon Balistik: Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Jack Lim, Gan Mei Yan, Jeff Chin dan Jason Phang.


Trailer Balistik

Balistik Sinopsis - Filem lakonan Rosyam Nor

Tuesday, December 10, 2013 0 Komen

Sinopsis Balistik

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Gaya hidupnya yang berisiko tinggi memaksa Saga berpisah dengan isterinya, Salina (Rita Rudaini).

Selepas enam tahun terpisah, Saga bertemu semula dengan Salina yang kini menjadi isteri kepada Inspektor Nizam (Adi) yang juga teman baik Saga ketika mereka dibesarkan di rumah kebajikan. Kerana terikat dengan undang-undang, Inspektor Nizam berbelah-bahagi untuk menumpaskan teman baiknya itu, manakala Saga terpaksa menuruti arahan ketuanya untuk membunuh pegawai polis itu.

Pelakon Balistik: Datuk Rosyam Nor, Datuk Rahim Razali, Susan Lancaster, Jason Phang dan Tania Hudson serta pelakon kanak-kanak, Rykal Iskandar

Sinopsis The Stolen Years + Official Trailer Video

Friday, November 01, 2013 0 Komen

Sinopsis The Stolen Years

The Stolen Years mengisahkan pasangan baru berkahwin, He Mann dan Xie Yu terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas bercium ketika memandu.

Selepas He Mann sedar daripada koma, dia terkejut selepas mengetahui lima tahun telah berlalu dan dalam tempoh tersebut, dia dan suami telah pun bercerai.

Walaupun masih mahukan suaminya, He Mann pada masa yang sama dalam usaha untuk memulihkan ingatannya. Dia pindah ke rumah bekas kekasihnya dan berusaha untuk merampas daripada teman wanitanya itu.

The Stolen Years

Genre: Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 14 November 2013
Bahasa: Chinese
Pengarah: Barbara Wong
Pelakon: Bai Baihe, Joseph Chang, Christine Fan, Amber An 

Sinopsis Thor: The Dark World + Trailer Video

Friday, November 01, 2013 0 Komen

Sinopsis Thor: The Dark World

Thor berjuang untuk menyelamatkan kesemua Nine Realms dari musuh bermisteri yang lebih tua dari alam semesta sendiri. Suatu kaum yang tidak dikenali dan diketuai Malekith ingin membalas dendam dan menggelapkan alam semesta.


Apabila berdepan dengan musuh yang tidak boleh ditewaskan Odin dan Asgard, Thor mesti bersatu semula dengan Jane Foster. Dia harus mengembara dalam satu misi berbahaya yang akan memaksanya membuat pengorbanan mutlak.


Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Alan Taylor
Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Natalie Portman, Anthony Hopkins, Stellan Skarsgard, Idris Elba, Jaimie Alexander, Kat Dennings, Christopher Eccleston, Ray Stevenson, Zachary Levi, Rene Russo, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Tadanobu Asano

Sungkyunkwan Scandal Sinopsis (drama bersiri Korea Selatan)

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Sinopsis Sungkyunkwan Scandal

Sungkyunkwan Scandal mengisahkan seorang gadis pintar, Kim Yoon Hee lakonan Park Min Young yang terpaksa memikul tanggungjawab besar menanggung perbelanjaan seluruh keluarganya.

Yakin terhadap sistem pendidikan mampu mengubah nasib hidupnya, Yoon Hee mengambil peluang menyamar diri sebagai pelajar lelaki dan melanjutkan pengajian sebagai salah seorang pelajar Sungkyunkwan.

Apatah lagi, demi tanggungjawab pada keluarga yang dipikul selepas kematian bapa, Yoon Hee nekad mahu menggantikan adik lelakinya yang sakit dengan berusaha menyertai Sungkyunkwan.

Sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang hanya membenarkan pelajar lelaki mengambil peperiksaan, penggambaran Sungkyunkwan Scandal dihasilkan berlatar belakang era Dinasti Joseon.

Zaman itu, golongan wanita tidak diiktiraf dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan. Justeru, secara tidak langsung peranan wanita boleh dianggap ditindas sewenang-wenangnya.

Sungkyunkwan Scandal Sinopsis
Sungkyunkwan Scandal

Bagaimanapun, bersandarkan kebijaksanaan dimiliki, Yoon Hee berusaha menjual kertas jawapan peperiksaan kepada bakal pelajar Sungkyunkwan.

Namun dia tersalah langkah apabila bertemu Lee Soon Joon (Park Yoo Chun) yang cuba menangkapnya kerana tindakan tidak bermoral itu.

Namun, walaupun tindakan Yoon Hee itu menyalahi undang-undang, menyedari bakat dimilikinya membuatkan Soon Joon pula berusaha memujuk Yoon Hee untuk menyertai Sungkyunkwan tanpa menyedari dia adalah wanita.

Terus menjadi sahabat baik, ia tetap tak mampu menghindar perasaan cinta yang hadir dalam hati mereka. Pun begitu, demi membantu menyembunyikan identiti Yoon Hee, ia memaksa Soon Joon memendam perasaan.

Sebagai jejaka daripada keluarga berada, Soon Joon yang berwajah tampan juga bersikap angkuh. Bahkan selain itu diketengahkan juga kisah Yoo Hee melayani kerenah rakan-rakan lelakinya yang tersendiri seperti Gu Yong Ha (Song Joong Ki) yang sering terbabit dengan pelbagai masalah.

Malah, Yoon Hee juga terpaksa berhadapan dengan tingkah laku rakan sebilik yang beremosi, Moon Jae Shin (Yoo Ah In). Walaupun sering berbeza pendapat, persahabatan mereka berempat tetap erat terjalin.

Terus mewarnai plot kisah kehidupan empat empat sekawan yang bersungguh-sungguh mengejar cita-cita masing-masing di Sungkyunkwan, dimuatkan juga elemen cinta yang lucu dan mencuit hati.

Barisan pelakon Sungkyunkwan Scandal: Park Min Young, Park Yoo Chun, Yoo Ah In dan Song Joong Ki

Love You Mr Arrogant Sinopsis Drama Bersiri TV3

Tuesday, October 01, 2013 0 Komen

Love You Mr Arrogant

Drama siri terbaru, Love You Mr Arrogant bermula 25 September 2013 di TV3.

Drama siri yang diadaptasi daripada novel hasil karya seni, Aliesha Kirana ini diterbitkan Primeworks Studios dan diarahkan Eoon Shuhaini manakala skripnya gabungan Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob.

Drama berantai 26 episod ini membariskan pelakon yang mampu menjiwai watak dengan berkesan seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz dan Aishah Illias.

Mengisahkan Zaara yang mempunyai impian yang sama seperti gadis lain iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya.

Namun, impiannya musnah sebaik saja terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang begitu asing dalam hidupnya, Irham.

Disebabkan ingin terlepas daripada genggaman Sherry, bakal menantu pilihan ibunya, Irham memaksa Zaara menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Tambahan pula, Irham turut diarah oleh bapanya, Tan Sri Zahir untuk berkahwin dalam masa terdekat jika tidak mahu syarikat Irham Holdings jatuh ke tangan sepupunya, Hadry.

Irham sememangnya tidak mahu syarikat yang dibangunkan keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan sanggup melakukan apa saja demi mempertahankannya.

Demi sebuah janji, Zaara reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tanpa cinta, Zaara rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya daripada dipijak jejaka bongkak itu sewenangwenangnya.

Namun Zaara tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau- bilau melayan kerenah Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Ujian perkahwinan

Malam pertama pernikahannya, dia diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya.

Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra daripada Puan Sri Maryam, ibu mentuanya manakala Sherry turut membenci dirinya.

Tanpa sedar Zaara mula jatuh cinta pada suaminya biarpun dia masih tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Keadaan bertambah rumit apabila Faisal, rakan sepejabat Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa berusaha mendekatinya.

Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.

Irham juga mendapat berita Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk.

Puan Sri Maryam meminta Irham menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry.

Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat, Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya.

Adakah Irham akan menurut hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu? Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Love You Mr Arrogant setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.


Sinopsis Novel : Biar Mereka Tahu (Raden Puteri)

Tuesday, March 26, 2013 0 Komen

Sinopsis Novel : Biar Mereka Tahu

Novel Biar Mereka Tahu mengisahkan gadis bernama Qishtika yang dikurniakan anugerah istimewa oleh Tuhan apabila dapat mengetahui sesuatu kejadian akan berlaku di dalam keluarganya menerusi mimpi aneh.

Bagaimanapun, kebanyakan cerita daripada mimpinya itu tidak dipercayai oleh ibu bapanya. Hanya teman rapatnya, Syazee, menjadi tempat luahan rasa selama ini.



Semuanya bermula apabila dia mendapat mimpi aneh menggambarkan datuknya akan pergi buat selamanya dalam tempoh tiga hari. Khuatir dengan mimpinya itu, dia menceritakan segalanya kepada ibu dan bapanya.

Dianggap merepek, setiap butir ceritanya dianggap omong kosong dan langsung tidak masuk akal. Dia berkali-kali cuba meyakinkan mereka namun usahanya hanya sia-sia walaupun tiga hari selepas itu mimpinya menjadi nyata.

Walaupun terkejut, bapanya individu paling keras menolak kisah Qishtika apabila dia mendapat mimpi neneknya yang dipanggil Tok Perempuan pula bakal meninggal dunia.

Lebih mengejutkan, Tok Perempuannya menyembunyikan satu rahsia besar apabila pernah mengamalkan sihir sepanjang riwayatnya. Justeru, Qishtika harus memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya agar mereka tidak ditimpa masalah lain selepas ketiadaan neneknya itu.

Berjayakah dia meyakinkan ahli keluarganya mengenai kisah mimpinya itu? Selami jiwa gadis ini, rasakan kehangatan derita dan amati ketekunannya dalam menerima anugerah luar biasa ini.

Judul: Biar Mereka Tahu
Penulis: Raden Puteri
Penerbit: Al Dente Books
Harga: RM34.90

Sinopsis Johnny Bikin Filem

Friday, January 27, 2012 0 Komen

Sinopsis Johnny Bikin Filem
Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero.

Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny.

Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny. Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret.

Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.

Sinopsis Johnny Bikin Filem

Sinopsis Tentang Dhia lakonan Nora Danish - Ako Mustapha

Thursday, November 10, 2011 0 Komen

Sinopsis Tentang Dhia, TV3 bermula 9 November 2011

Tentang Dhia mengisahkan sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan dan dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.


Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.

Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.

Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.

Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.

Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.

Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Drama terbaru Tentang Dhia bakal mengisi slot Akasia di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3 bermula 9 November ini.

Sinopsis Drama Jiwa Lara lakonan Aaron Aziz, Fauzi Nawawi dan Neelofa

Wednesday, September 14, 2011 0 Komen

Sinopsis Drama Jiwa Lara

Slot Samarinda TV3 dari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menayangkan drama Jiwa Lara yang mengisahkan persengketaan cinta lakonan hebat barisan pelakon ternama seperti Aaron Aziz, Fauzi Nawawi dan Neelofa.

Kisah cinta tiga segi antara Zaman, lakonan Aaron, Jiwa (Fauzi) dan Lara (Neelofa) ini terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd arahan Heykal Hanifah yang memuatkan 25 episod. Skrip hasil tulisan Mahizan Husain itu nyata sebuah kisah percintaan menyayat hati.

Barisan pelakon lain membintanginya seperti Faezah Elai, Khairil Anwar dan Mohd Kamarulzaman Taib (Che Kem).

Jiwa Lara adalah persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an hingga kini yang tidak berkesudahan.

Zaman, seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis menyembunyikan diri di ladang getah. Suatu hari, Zaman dilanggar kereta yang dipandu Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Namun, hasrat itu dihalang anaknya, Lara.

Seorang yang licik, Zaman pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan saja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan bekerja di ladang itu.

Sinopsis Drama Jiwa Lara

Bagaimanapun, Jiwa yang turut bekerja di ladang itu menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai keperibadian lelaki itu. Jiwa mencintai Lara dan hubungan mereka akhirnya retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman.

Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman tetapi cintanya tetap masih teguh menjadi milik Jiwa. Suatu hari, Marini yang juga anak gadis tunggal Fakir pulang dari luar negara. Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya seorang penjual bunga demi mengahwini Marini.

Apakah berlaku seterusnya? Ke manakah Jiwa menghilangkan diri? Apakah Lara dapat menerima cinta Zaman dan sejauh manakah kehadiran Marini mampu menggugat cinta Zaman pada Lara? Konflik percintaan hebat ini ada jawapannya.

Sudu & Garpu Sinopsis: 18 September 2011

Wednesday, September 07, 2011 0 Komen

Sinopsis Sudu & Garpu: 18 September 2011, 10.00malam

Sudu & Garpu mengisahkan tentang Alya, 25 tahun, seorang lepasan Universiti dan masih mencari pekerjaan. Alya yang kerap menghabiskan masa berbual di laman sosial langsung tidak membantu ibunya, Puan Kamariah. Suatu hari, Alya mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur sebagai Eksekutif Pentadbiran di sebuah syarikat insuran. Di Kuala Lumpur, Alya tinggal bersama Farah, rakan sekerjanya. Mereka berjiran dengan Andy dan Rosli.

Alya sering bertikam lidah dengan Andy manakala Farah semakin hari semakin rapat dengan Rosli. Tanpa pengetahuan Alya dan Andy, mereka sebenarnya teman rapat di laman sosial, Alya menggunakan nama samaran “Jelita”, Andy pula menggunakan nama “Handsome”. Apakah yang berlaku selepas itu?


Pelakon Sudu & Garfu: Fauzi Nawawi, Siti Saleha, Kat Mentor, Saiful Apek, Alana Amir, Fadhilah Mansor, Munir.

Sudu & Garfu terbitan Nafalia Corporation Sdn Bhd.

Sinopsis & Trailer Filem Raya Tak Jadi

Wednesday, August 31, 2011 1 Komen

Sinopsis & Trailer Filem Raya Tak Jadi
Raya Tak Jadi mengisahkan Shuib dan Bob yang terjumpa sekujur tubuh di dalam bonet teksi dipandu Shuib. Lebih mengejutkan mereka, tubuh terkujur itu sebenarnya juru umum rasmi Hari Raya atau Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Bimbang dengan nasib raya yang mungkin tak jadi kerana ketiadaan juru umum itu, mereka mula bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian supaya raya tetap diumumkan seperti kebiasaan.

Trailer Video Raya Tak Jadi



Poster Raya Tak Jadi

FILEM: Raya Tak Jadi
ARAHAN: Saiful Apek
PELAKON: Saiful Apek, Datuk Jalaludin Hassan dan Johan Raja Lawak
GENRE: Komedi
TAYANGAN: 15 September 2011

Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta lakonan Gambit, Trailer Karipap Karipap Cinta

Sunday, August 07, 2011 0 Komen

Sinopsis Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.

Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

Poster Karipap Karipap Cinta

Pelakon Utama Karipap Karipap Cinta
Gambit Saifullah : Ali (Pelakon Utama)
Melia Aimellia : Sarah (Pelakon Utama)
Eman Manan : Dato' Razali Bunari (Pelakon Pembantu)
Sani Sudin : Bart Rasta (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari : Ibu Sarah (Pelakon Pembantu)
Patrick Teoh : Uncle Hong (Artis Jemputan)
Chef Wan : Chef Wan (Artis Jemputan)
Ery Zukhairi : Amran (Pelakon Pembantu)

Trailer Filem Karipap Karipap Cinta

Facebook Karipap Karipap Cinta: http://www.facebook.com/pages/Karipap-karipap-Cinta-The-Movie/133362746700906

Sinopsis Kasih Alia Slot Akasia TV3

Monday, August 01, 2011 0 Komen

Sinopsis Kasih Alia Slot Akasia TV3

Kasih Alia menceritakan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Sheila Rusly sebagai isteri pertama mempunyai anak iaitu Qausar dan Yatt (kakak Qausar). Manakala Zairina Zainoordin sebagai isteri kedua. Qausar (lakonan Shaarnaz) sebagai anak bongsu kepada Shiela Rusly dan abang tiri kepada Alia (lakonan Fida). Feeya seorang pelakon baru akan memegang watak sebagai Intan iaitu seorang yang agak jahat dan gedik. Kisah di dalam drama ini diisi dengan babak sedih, lucu dan penuh kasih sayang.

Lagu OST Kasih Alia bertajuk Teriakan Kalbu dinyanyikan oleh Fida

Poster Kasih Alia

Pelakon Kasih Alia Slot Akasia TV3
Sharnaaz, Irma Hasmie, Fida Ibrahim, Sheila Rusly, Zarina Zainoordin, Yatt Haryati, Iqram Dinzly dan Feeya (Dj Era).

 

ZONFINITI