Teman Lelaki Upahan Sinopsis - kisah gadis bongkak

Tuesday, March 03, 2015

Teman Lelaki Upahan Sinopsis

Teman Lelaki Upahan mengisahkan Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin), gadis bongkak yang terdesak untuk mencari teman lelaki supaya harta milik bapanya, Datuk Azham (Rahim Omar) tidak jatuh ke tangan ibu tirinya, Datin Izzati (Zarynn Min).

Hubungan Kyra dan bapanya sudah lama berantakan sejak ibunya, Alina (Fazlina Ahmad Daud) pergi meninggalkan mereka.

Pelbagai usaha dilakukan Datuk Azham untuk memperbaiki hubungannya dengan Kyra, tetapi tidak berjaya.

Teman Lelaki Upahan Sinopsis

Dengan meletakkan syarat iaitu Kyra mesti membawa seorang calon teman lelaki yang boleh menjadi suami kepada Kyra, Datuk Azham berharap lelaki itu dapat melembutkan hati Kyra dan me-nyatukan keluarga mereka semula.

Segala-galanya bermula apabila berlaku insiden kecil di Restoran The Spice milik Ezwan Lutfi (El) menyebabkan El terbabit dalam rancangan gila Kyra Lydia.

El sudah menumpahkan mi kari pada pakaian mahal milik Kyra. Pada mata Kyra, El adalah seorang lelaki yang sederhana dan tidak punya apa-apa tanpa mengetahui hakikat sebenar bahawa El datang daripada keluarga yang berada.

Kyra berasakan El adalah calon yang tepat untuk dipergunakan selepas dirinya dikecewakan teman lelakinya, Haider (Fikhree Bakar) dan sebagai ganti rugi bagi pakaian yang dirosakkan oleh El.

El pada mulanya tidak mahu membantu Kyra kerana berasakan Kyra seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Bagaimanapun, selepas Kyra menjanjikan sebuah banglo putih di tepi pantai yang sudah lama menjadi idaman El, dia bersetuju.

Perasaan benci yang terlalu kuat dikatakan mampu bertukar menjadi sayang. Dalam diam mula terbit rasa cinta di hati kedua mereka.

Kerana ego yang menebal, El dan Kyra hanya memendam perasaan dan masih terus berpura-pura memainkan peranan masing-masing.

Adakah El akan berjaya meruntuhkan ego dan menundukkan sikap bong-kak Kyra Lydia? Ikuti kesudahan Teman Lelaki Upahan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang hanya di TV3.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI