Bayar cukai pendapatan dengan kad kredit, debit mulai Mac 2015

Tuesday, March 03, 2015

Bayar cukai pendapatan dengan kad kredit, debit mulai Mac 2015

Pembayar cukai kini boleh membayar cukai pendapatan mereka menggunakan kad kredit, debit dan American Express yang dikeluarkan oleh institusi perbankan di negara ini.

Perkhdimatan terbaharu itu boleh dibuat menerusi portal Bayar Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan melayari laman web https://byrhasil.hasil.gov.my. mulai hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkhidmatan terbaharu itu merupakan inisiatif terkini LHDN dengan kerjasama institusi perbankan Maybank bertujuan memastikan urusan pembayaran cukai pendapatan lebih mudah dan pantas.

"Melalui kaedah itu, LHDN turut mensasarkan bilangan transaksi pembayaran cukai pendapatan secara dalam talian akan meningkat kepada 25 peratus berbanding hanya 13.2 peratus daripada 7.53 juta transaksi bayaran cukai yang direkodkan pada tahun 2014,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran sambutan Hari Hasil ke-19 dan pelancaran Hasil4U 2015 di sini hari ini.

Pada majlis itu juga, Ahmad Maslan turut melancarkan program Cinta Malaysia yang menampilkan pengacara terkenal sebagai ikon iaitu Datuk Aznil Nawawi. - KOSMO!

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI