Gadis goda lelaki gatal kemudian panggil kawan samun

Tuesday, March 03, 2015

Gadis goda lelaki gatal kemudian panggil kawan samun

Tiga lelaki termasuk dua penjawat awam, dan seorang gadis di bawah umur yang melakukan peras ugut dan samun berkawan terhadap lelaki berhidung belang ditahan di sini Sabtu lepas.

Kedua-dua penjawat awam dalam lingkungan 30-an bersama lelaki berusia 40-an dan gadis berusia 17 tahun itu ditahan di dua tempat berasingan di sekitar bandaraya ini selepas polis menerima aduan daripada salah seorang mangsa pada 19 Februari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kumpulan itu menggunakan gadis berkenaan, yang merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek lelaki itu, untuk memerangkap mangsa.

Mereka mensasarkan mana-mana tempat penginapan, sebelum suspek lelaki menyerbu meminta wang ganti rugi dan menyamun barangan mangsa.

"Pengadu kes berjumpa gadis itu di sebuah pub di Jalan Ipoh, dan membawa gadis itu ke sebuah hotel di Kepong Baru lebih kurang pukul 6 pagi selepas gadis itu memaklumkan bahawa beliau menyukainya dan bersetuju untuk tidur bersama.

"Pada pukul 7.15 pagi seorang daripada suspek lelaki mengetuk pintu dan menunjukkan kad warna merah sambil mengenalkan diri sebagai polis," katanya. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI