Menara Condong Teluk Intan diisytihar Warisan Kebangsaan Malaysia

Sunday, March 01, 2015

Menara Condong Teluk Intan diisytihar Warisan Kebangsaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara rasmi Menara Condong Teluk Intan sebagai Warisan Kebangsaan.

Pengumuman itu sekali gus merintis usaha lebih giat dalam mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi menjadikan menara tersebut sebagai salah satu warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Jam yang terdapat pada menara ini juga merupakan lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana wujud hasil sumbangan derma daripada penduduk tempatan pada ketika itu.
Advertisement

“Malah, Menara Condong ini juga menjadi salah satu tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Perak seperti mana The Leaning Tower of Pisa yang menjadi kunjungan pelancong di Itali,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan tersebut di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Yang hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI