Pelajar maut dipukul batang besi

Monday, June 16, 2014

Pelajar maut dipukul batang besi

Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi dalam satu pergaduhan dipercayai dengan seorang lelaki 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan serius di bahagian peha kanannya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 10.40 malam memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.

"Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut," katanya.

Mohd Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman awam dan Trafik negeri Selangor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini petang ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek.

Katanya, lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatanmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI