Esok 1 Ogos Umat Islam Seluruh Malaysia Berpuasa

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1 Ogos 2011 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.


Pada 26 Julai lalu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumumkan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa dan moga segala ibadat kita diredai Allah.

Umat Islam mula berpuasa esok

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Umat Islam mula berpuasa esok

Pusat cerapan di beberapa negara Islam sebulat suara bersetuju anak bulan Ramadan tidak dapat dilihat petang semalam dan bermakna umat Islam mula puasa esok.

Timbalan pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi, Sharaf Al-Sufyani, berkata pihaknya mengadakan upacara melihat anak bulan petang semalam di bawah seliaan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung adalah institusi khas yang diberi kuasa memutuskan tarikh permulaan puasa di Arab Saudi.

Beliau berkata, upacara melihat anak bulan juga dilakukan di Al-Hada, Taif. Di Bahrain, persatuan astronomi negara itu dalam kenyataan yang dikeluarkannya, juga melahirkan pandangan sama.

“Kami meramalkan, anak bulan Ramadan tidak dilihat pada petang Sabtu, sebaliknya akan kelihatan pada petang Ahad. Berikutan itu umat Islam akan menunaikan ibadat puasa pada Isnin,” kata kenyataan itu.


Di Ireland, pejabat Majlis Perayaan dan Penyelidikan Eropah di Dublin berkata, umat Islam di Eropah menyambut Ramadan Isnin.

Majlis itu meramalkan anak bulan Ramadan dapat dilihat dengan jelas pada petang Ahad di sebahagian Afrika Utara, Semenanjung Arab dan Amerika Utara.
Sementara itu di Makkah, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais menggesa umat Islam menunaikan ibadat puasa dengan cara dan semangat yang disarankan di dalam kitab suci al-Quran. – Agensi

Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.


Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. ~ Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas

Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Malaysia Tahun 1432H/2011M

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jakim.

Sila download PDF

Hidangan sotong menari heboh di Youtube

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.

Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.

Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.

Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali.

Maut Akibat Duduk Terlalu Lama Depan Komputer

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat, lapor sebuah akhbar semalam.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.


Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

Ashraf Hafiz dikebumi sebagai seorang lelaki

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.


Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

~ Kosmo

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni. - Bernama


Dato' Syed Ahmad Jamal Biography
Dato' Syed Ahmad Jamal was born in Bandar Maharani, Muar, Johor in 1929. He received his primary and secondary education in the Malay and English medium respectively in Johor Bharu. His higher education was gained abroad - Chelsea School of Art (1951-1955), Institute of Education, London University (1955-1956), School of Art Institute Chicago (1963-1964) and University of Hawaai, Honolulu (1973-1974).

Dato Syed Ahmad Jamal, the Malaysian National Art Laureate, has won acclaim and prizes locally and internationally. He won 1st prize in the Johor Art exhibition (1950), Summer Competition - Chelsea School of Art London (1954), Federation Art Competition - Kuala Lumpur (1962), and the National Bank of Malaysia Mural Competition. Dato' Syed Ahmad Jamal has contributed greatly towards Malaysian Art - in his teachings, writing and role as art curator, his service as as board member and committee members of art related organistions, particularly that of the Malaysian National Art Gallery. For his vast contribution, Dato Syed Ahmad Jamal was awarded the National Art Award in 1995 by the Malaysian Government, which honours him as a National Artist.

Lirik Lagu Melakar Inspirasi - Lagu Rasmi MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Melakar Inspirasi - Lagu Rasmi MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA

Di sini bersemi perjuangan murni
Membina generasi muda Felda
Mengorak langkah menuju ke puncak jaya
Kamilah pewaris bangsa yang berjaya

Cabaran pasti akan tiba
Kami kan tetap harunginya
Demi bangsa dan agama

(Ulang)

Di sini bermula perjuangan kita
Meniti perjalanan ranjau berduri
Setia luhur hikmah dan juga berbudi
Lahirkan rasa ikhlas setulus hati

Tempuhi hari demi hari
Menjadi rakan inovasi
Menyemai bakti budi

Berilmu, berbudaya dan berketrampilan
Ikrar kami
Mendaki ke puncak jaya
1belia 1Malaysia

Bersamamu
Majlis Belia Felda…Malaysia


Lagu Rasmi MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA
Tajuk : Melakar Inspirasi * Lagu : Harun Ahmad * Lirik : Anuar Abd. Manap

Persiapan hadapi Ramadan

Sunday, July 31, 2011 0 Komen

Tingkat ibadat sunat persiapan hadapi Ramadan

Berdepan suasana yang berlaku dalam negara memungkinkan kita terlupa kehadiran Ramadan beberapa hari lagi. Saat itu memang dinanti kerana Ramadan bulan anugerah Allah yang luar biasa keberkatan dan rahmatnya.

Mereka yang diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sewajarnya memanjat kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang meneruskan kehidupan pada bulan mulia yang penuh rahmat.

Sesungguhnya Ramadan benar-benar menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang puasa Ramadan kerana iman dan ikhlas maka Allah akan mengampuni dosanya yang sudah lalu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada dua perkara perlu diberi perhatian sebelum Ramadan. Pertama, persiapan menyambut dan mengimarahkannya. Jangan ambil mudah soal ini selepas hampir setahun kita meninggalkannya.

Apabila tidak bersedia dibimbangi kita meremehkan perintah wajib. Akibatnya sangat besar iaitu kelemahan menjalankan kewajipan hingga tersekat keredaan Allah atas kelalaian sendiri.

Keduanya, apakah kita akan berjaya memenuhi piawaian Ramadan yang dituntut mengisinya dengan mengerjakan amal ibadat. Yakinlah ganjaran berganda yang diperuntukkan. Bagaimanapun, dugaan tetap menanti.

Sebagai persiapan menyambut kehadiran Ramadan, sebaiknya membuat persiapan awal supaya tidak ada cacat celanya yang membawa kepada penyesalan selepas berlalunya sambutan itu.

Melakukan puasa sunat sebelum Ramadan adalah salah satu cara melatih dan membiasakan diri menghadapi Ramadan. Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang sebaik-baiknya kepada ummah apabila Baginda memperbanyakkan puasa sunat pada Syaaban.

Kita juga hendaklah sentiasa memperbaharui taubat kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap keturunan Adam itu banyak melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Ramadan juga menguji ketaatan sekali gus membiasakan diri dengan amal ibadah sehingga jiwa terdidik untuk melaksanakan segala perintah Allah. Sehubungan itu, mukmin digalakkan memperbanyakkan iktikaf di masjid untuk beribadah kepada Allah.

Segala virus penyakit mazmumah yang membiak dalam hati seperti angkuh, sombong, riak, pemarah, pendendam dan sebagainya dapat dihapuskan melalui amalan iktikaf. Gantikan dengan usaha mempererat silaturahim kerana ia tanda seseorang itu beriman dengan sebenar-benarnya.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Musa bin Imran pernah berkata: Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandangan-Mu? Allah menjawab: Barang siapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Banyak kelebihan bagi orang yang memaafkan kesilapan orang lain, bukan hanya ketenangan hidup di dunia malah akan mendapat kelebihan di akhirat. Apa yang lebih penting, sikap memberi maaf dan memohon maaf ini menjadi rimbunan menyejukkan jiwa untuk melaksanakan solat dan puasa.

Atta bin Abdullah Khurasani meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berjabat tanganlah antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan." (Hadis riwayat Muwatta Imam Malik)

Untuk menambah kerinduan dan semangat kita membuat persiapan menyambut kedatangan Ramadan, hendaklah kita mengingat dan merenung kembali pesanan Rasulullah SAW yang pernah Baginda sampaikan pada akhir bulan Syaaban.

Salman al-Farisi menyatakan Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada akhir Syaaban: "Wahai manusia, kalian telah dinaungi bulan yang agung, bulan penuh berkat, bulan yang dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai suatu kewajipan dan solat malamnya sebagai sunnah. Siapa saja yang bertaqarrub di dalamnya dengan sebuah kebajikan, ia seperti melaksanakan kewajipan pada bulan yang lain. Siapa saja yang melaksanakan satu kewajipan di dalamnya, ia seperti melaksanakan 70 kewajipan pada bulan lainnya. Ramadan adalah bulan sabar; sabar pahalanya adalah syurga. Ia juga bulan penglipur lara dan ditambahnya rezeki seorang Mukmin. Siapa saja yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang berpuasa, ia akan diampuni dosa-dosanya dan dibebaskan lehernya dari api neraka. Ia akan mendapatkan pahala orang itu tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun. Sahabat berkata: Kami tidak memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa puasa? Rasulullah SAW menjawab: Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka berpuasa meskipun dia hanya memberi sebutir kurma, seteguk air minum atau setelapak susu. Ramadan adalah bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka." (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dalam Shahih Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman).

Oleh Amran Zakaria

Ashraf Hafiz Aziz (Aleesha Farhana) meninggal dunia akibat masalah jantung

Saturday, July 30, 2011 0 Komen

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Senarai 10 orang terkaya Malaysia “40 Richest Malaysians”

Saturday, July 30, 2011 0 Komen

Senarai 10 orang terkaya Di Malaysia

1.Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
2.Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
3.Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
4.Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
5.Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
6.Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
8.Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
9.Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
10.Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta

Senarai di atas merujuk Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Program-program Ramadhan TV3 dan TV9 2011

Saturday, July 30, 2011 0 Komen

Program-program Ramadhan TV3 dan TV9

Tagline Seseci Fitrah dan Ramadhan di Hatiku, stesen tv popular TV3 dan TV9 tidak ketinggalan menyediakan program-program ilmiah dan keinsafan untuk dikongsi bersama menerusi program majalah, dokumentari serta drama.


Sesuci Fitrah

Jejak Rasul - Setiap Hari, jam 6.30 Petang

Singgah Sahur- Setiap Jumaat dan Sabtu, jam 12.30 Malam

Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara- Setiap Rabu, jam 6 Petang

Periuk Hangus- Setiap Rabu, Jam 10 Pagi

Biskut Apa- Setiap Sabtu, Jam 5.30 Petang

Bazaar Ramadhan @TV3- Setiap Sabtu, Jam 7.30 Malam.

5 Rencah 5 Rasa- Setiap Ahad, Jam 5.30 Malam.

Kalamullah- Setiap hari, Jam 5.30 Pagi dan 8.55 Pagi

Iktibar- Setiap Rabu, Jam 11.30 Malam

Kias Ramadhan-Setiap Rabu, Jam 11 Malam

Sirah Nabi- Setiap Isnin hingga Jumaat, Jam 9 Malam

Diari Sahabat-Stiap Isnin hingga Jumaat, Jam 9.30 Malam

Serambi Anak Soleh- Setiap Selasa, Jam 6 Petang

Samarinda 'Ramadhan Terakhir'-Setiap Selasa hingga Khamis, Jam 10.30 Malam.

Ramadhan Di Hatiku

Solat Isya' & Terawih dari Masjidil Haram, mekah- Setiap hari, Jam 1 hingga 3 Pagi

Tanyalah Ustaz Ramadan- Setiap hari, Jam 7 pagi

Mencari Resipi Temurun-Setiap Isnin dan Selasa, Jam 6.30 Petang

Ini Kisah ku- Setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 Petang

Jom Berbuka- Setiap Sabtu dan Ahad, Jam 7 Malam

Sirah Ameerah- Setiap Sabtu dan Ahad, Jam 7.30 Malam

Drama Jiman- Rabu, 8.30 Malam, 3 Ogos

Drama Sekilas Qalbu- Rabu, 8.30 Malam, 10 ogos

Perhimpunan Agung UMNO 2011 29 November - 3 Disember

Saturday, July 30, 2011 0 Komen

Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata, perhimpunan dimulakan dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti - Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri - pada 29 November.

"Perhimpunan Agung pula diadakan pada 1 hingga 3 Disember,” katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di sini.

Beliau berkata, sempena perhimpunan lima hari itu, satu forum antarabangsa bersama-sama delegasi luar negara akan diadakan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata mesyuarat MT hari ini memutuskan untuk menarik balik penggantungan enam anggota UMNO.

Empat daripada mereka ialah dari Bahagian Rantau Panjang, Kelantan iaitu Datuk Mohd. Zain Ismail (bekas Ketua UMNO bahagian); Ghazali Ismail (bekas Timbalan Ketua bahagian); Fauziah Che Wok (bekas Ketua Wanita Bahagian) dan Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda Bahagian) yang digantung keanggotaan selama tiga tahun pada September 2008. - Bernama

Pemuda gagal tukar nama Aleesya Farhana dimasukkan Ke Wad ICU

Friday, July 29, 2011 0 Komen

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah,kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Berita terkini: Mohd Ashraf meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.


Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad.

“Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius,” ujar Abdul Aziz.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi di sini telah menolak permohonan Mohd Ashraf untuk menukar status jantinanya daripada lelaki kepada perempuan antara lainnya kerana dia tidak dapat mengemukakan bukti klinikal bahawa kromosom di dalam badannya telah berubah setelah melakukan pembedahan jantina di Thailand.

Mohd Ashraf dalam permohonannya juga telah meminta agar namanya pada surat beranak, MyKad, lesen memandu, bank akaun dan juga diploma yang diperolehinya ditukarkan kepada Aleesha Farhana Abd Aziz.

Bagaimanapun Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa, di dalam penghakimannya berhujah tidak wujud statut yang sah untuk membenarkan permohonan Mohd Ashraf hanya bersandarkan semata-mata kepada pembedahan pertukaran jantina.

Katanya, jantina seseorang itu ditentukan ketika dia dilahirkan dan tidak boleh ditukar hanya kerana berlakunya pembedahan.

Mohd Ashraf Hafiz, yang berasal dari Seberang Takir dekat sini telah menjalani pembedahan pertukaran seks di Thailand pada Mei 2009.

Piala Dunia 2014: Malaysia seri 1-1 dengan Singapura

Friday, July 29, 2011 1 Komen

Malaysia tersingkir dari kempen pra-kelayakan. Harapan Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Jaringan pertama Malaysia disumbangkan oleh Safee Sali pada minit yang ke 57 menyebabkan lebih 85,000 penonton bersorak gembira. Malangnya kegembiraan penyokong Malaysia tidak bertahan lama apabila Singapura pula mendapat jaringan pada minit ke 72 hasil jaringan Shi Jiayi. Dengan keputusan seri itu, Malaysia tersingkir dalam siri kelayakan Piala Dunia 2014. Secara agregat, Singapura menang 6-4.

Malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) larang wanita Islam kerja GRO

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.

"Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK. - Bernama

4 warna Jalur Gemilang ramuan kejayaan negara

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini mengibarkan Jalur Gemilang dengan berkata, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan.

"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral di sini hari ini.

Ketika menggariskan empat prinsip itu, Najib berkata, prinsip pertama ialah ketika dalam apa jua keadaan rakyat mesti menyanjung perpaduan nasional kerana ia merupakan tonggak kepada negara, dan prinsip kedua pula untuk menjayakan negara, rakyat mesti mempunyai nilai untuk sama-sama berjuang dan berkorban untuk kepentingan negara.

Bagi prinsip ketiga pula, beliau berkata untuk mencapai apa sahaja pun, rakyat perlu menghargai nilai keharmonian dan keamanan dalam negara, manakala prinsip keempat, untuk mencapai wawasan negara, rakyat Malaysia mesti menunjukkan akal budi serta keluhuran jati diri yang merupakan satu daripada kekuatan untuk negara. - Bernama

Biodiesel alternatif bahan api fosil

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Bahan api bio atau biofuel ialah sumber tenaga dijana daripada tumbuhan atau minyak sayur, terbahagi kepada beberapa kategori antaranya bioetanol, biodiesel dan biohidrogen. Walaupun penyelidikan biofuel dilakukan lebih 100 tahun lalu di Eropah, penggunaannya tidak popular untuk kenderaan kerana kos bahan api fosil lebih murah. Bahkan pencipta enjin diesel, Dr Rudolph Diesel pada mulanya antara lain menguji minyak kacang untuk enjin rekaannya. Namun, peningkatan harga petroleum (atau gasolin) dan diesel secara mendadak ketika Perang Arab-Israel pada 1970-an mendesak saintis mencari alternatif sumber tenaga baru.

Hasil kempen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai bahan api fosil yang mencemarkan alam sekitar dan mengeluarkan gas beracun atau gas rumah hijau, bahan api bio mendapat tempat di kalangan saintis dan pengguna sejak beberapa dekad lalu. Kadar pelepasan karbon dioksida (CO2) yang tinggi mencemaskan dunia mengakibatkan suhu dunia semakin meningkat saban tahun membuka ruang kepada pengenalan Protokol Kyoto pada Disember 1997 yang menegaskan kepentingan menjaga alam sekitar.

Beberapa negara memberi tumpuan khusus kepada penyelidikan biofuel sama ada untuk menghasilkan bioetanol mahupun biodiesel, berdasarkan faktor geografi, sumber alam atau bahan mentah dan teknologi yang mereka miliki.

Bioetanol bermaksud campuran minyak petrol dengan etanol yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan manakala biodiesel pula bermakna gabungan antara diesel mineral dengan diesel yang dihasilkan daripada minyak tumbuhan atau sayur-sayuran.

Amerika Syarikat (AS) dan Brazil lebih cenderung menggunakan bioetanol, manakala Eropah lebih kepada biodiesel. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zahira Yaakob, berkata bioetanol biasanya dihasilkan menggunakan tebu, jagung, kacang soya, ubi kayu dan gandum. Selain itu bioetanol boleh dihasilkan menggunakan bahan berselulos seperti rumput dan biomas. Beliau yang juga Ketua Projek Pemprosesan Fuel/Biodiesel, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses fakulti itu, berkata biodiesel dihasil menggunakan minyak sayuran seperti minyak sawit, bunga matahari, sesawi (rapeseed), dan minyak jatropha curcas (pokok jarak).

Katanya, jagung, tebu dan soya ditukarkan kepada bioetanol melalui proses penapaian, manakala minyak kelapa sawit dan jatropha ditukarkan kepada biodiesel melalui proses transsterifikasi.

"Brazil menjadikan tebu dan jagung komoditi utama pertanian mereka. Oleh itu, kajian biofuel negara berkenaan lebih banyak bertumpu kepada bioetanol. Bagi Malaysia, kajian biodiesel lebih banyak dikembangkan kerana negara ini adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Namun, ada juga penyelidikan bioetanol di sini menggunakan ubi kayu, bahan berselulos dan biomas.

"Malaysia juga memiliki potensi mengembangkan pokok jarak sebagai bahan mentah penghasilan biodiesel," katanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Walaupun penggunaan bioetanol dikatakan baik kepada alam sekitar, proses penjanaannya menimbulkan kontroversi kerana tebu, jagung, kacang soya dan gandum juga menjadi sumber makanan.

Pengeluaran biodiesel terutama daripada kelapa sawit pula mendapat tentangan NGO di Eropah dan negara ini kerana ladang sawit di Malaysia dan Indonesia membabitkan penebangan hutan tropika dan merosakkan ekosistem.

Aktivis alam sekitar di Eropah giat berkempen untuk melarang import biodiesel berasaskan sawit. Hasil tekanan NGO yang mendapat sokongan masyarakat, Kesatuan Eropah (EU) bercadang mengimport biofuel daripada sumber yang tidak menyebabkan kerosakan kepada ekosistem, alam sekitar dan bukan bersumberkan bahan makanan.

Selain isu alam sekitar, tindakan AS memberi subsidi besar kepada pengusaha jagung dan kacang soya untuk menjana etanol juga mendapat kritikan pelbagai pihak. Antaranya pemenang hadiah Nobel Keamanan 2006, Prof Muhamad Yunus yang mengatakan tanaman untuk mengeluarkan bahan api itu memberi tekanan kepada harga jagung dan kacang soya untuk makanan manusia pada peringkat global. Dalam bukunya, Building Social Business, Muhamad berkata, demi kepentingan bekalan makanan dunia, subsidi itu perlu segera ditarik.

Zahira berkata, pemprosesan minyak sawit sebagai bahan mentah biodiesel membabitkan banyak pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan gas metana. Oleh itu, Malaysia perlu juga meneroka sumber biodiesel yang tidak berasaskan bahan makanan seperti minyak jatropha curcas atau minyak jarak dan minyak masak terpakai. Kedua-dua minyak ini mengandungi asid oleik, linoleik, palmitik, dan stearik. Asid ini mudah ditukar kepada metil ester (biodiesel) melalui proses transsterifikasi.

Beliau berkata, proses pembuatan bioetanol pula membabitkan penggunaan enzim yang akan menukarkan kandungan kanji dalam tebu dan jagung kepada gula. Gula itu ditukarkan kepada bioetanol melalui proses penapaian. Bioetanol kemudian dipisahkan daripada air melalui proses penyulingan.

"Bagi penghasilan etanol, tenaga lebih banyak diguna kerana membabitkan proses penyulingan berbanding penghasilan biodiesel. Namun, kos penghasilan bioetanol 50 peratus lebih murah berbanding biodiesel," katanya.

Satu lagi sumber biodiesel ialah minyak masak terpakai. Dengan kaedah pengumpulan terancang, negara mampu menghasilkan sebahagian keperluan biodiesel bersumberkan minyak masak terpakai. Minyak masak terpakai dianggap bahan buangan dan bukan sumber makanan.

Penggunaan minyak masak terpakai sebagai sumber biodiesel juga mengurangkan pencemaran terutama kepada sistem perparitan, sungai dan tanah kerana minyak itu tidak lagi dibuang ke dalam longkang atau tempat pelupusan sisa.

Zahira berkata, pada dasarnya, penghasilan biofuel daripada minyak masak terpakai seperti penghasilan biodiesel menggunakan minyak sawit dan jatropha. Minyak masak terpakai perlu dirawat untuk menyahkan kekotoran dan asid lemak bebas sebelum proses transsterifikasi untuk menukarkannya kepada biodiesel dilakukan.

Kehadiran asid lemak bebas mengurangkan penukaran dan menyebabkan sabun terbentuk ketika proses transsterifikasi berlaku. Untuk menjadikan minyak masak terpakai bahan mentah berterusan, komuniti perlu diberi kesedaran untuk membantu mengitar semula minyak itu.

"Penghasilan biodiesel daripada minyak masak terpakai belum dikomersialkan di Malaysia kerana kekangan pengumpulan walaupun banyak penyelidikan dilakukan ke atas sumber berkenaan," katanya.

Industri di Asia bukan punca pemanasan global

PENGGUNAAN biofuel bertujuan mengurangkan pengeluaran gas beracun kerana pembakaran bahan api mineral seperti petroleum, diesel atau arang batu terbukti menghasilkan gas rumah hijau yang mencemar udara.

Saintis perlu memainkan peranan untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa pemanasan global bukan diakibatkan perindustrian di negara ini kerana jumlah pengeluaran gas beracun di Malaysia atau rantau ini agak kecil untuk memberi kesan pada peringkat global.

Perubahan iklim dialami dunia sekarang akibat pengeluaran gas rumah hijau sejak kira-kira 100 tahun lalu, bukan oleh perindustrian di Malaysia atau rantau ini yang bermula kira-kira 30 tahun lalu.

Kajian saintis Barat menunjukkan perubahan iklim berlaku akibat perindustrian dan pencemaran alam sekitar oleh perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat.

Penduduk negara ini dan pentadbir perlu faham mengenai kesan perubahan iklim dan mencari jalan untuk mengurangkan kesan perubahan iklim serta menyesuaikan diri dengan perubahan berkenaan.

Antara kaedahnya ialah bertukar kepada ekonomi yang mengeluarkan karbon rendah dan lestari seperti penggunaan biofuel.

Saintis, pentadbir dan orang ramai juga mesti sama-sama mencari jalan untuk mengurangkan kepekatan karbon dioksida dalam udara.

Penggunaan biofuel di Malaysia dan negara lain di rantau ini patut disambut baik kerana akan menjadikan udara lebih sihat di bandar besar walaupun kesannya agak minimum untuk mengurangkan kesan pemanasan pada peringkat dunia.

Peranan lain yang boleh dimainkan orang ramai untuk mengurangkan pencemaran oleh pembakaran petrol dan diesel ialah mengelakkan penggunaan kenderaan persendirian di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan asap kenderaan di tiga bandar berkenaan mengakibatkan kepekatan gas ozon permukaan yang berlebihan di Putrajaya dan Shah Alam hingga menjejaskan kesihatan penduduk dan merencatkan pertumbuhan pokok.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Madya Dr Mohd Talib Latif, berkata kualiti udara tidak sihat di Putrajaya dan Shah Alam itu dicatat pada Januari hingga April iaitu ketika angin Monsun Timur Laut bertiup setiap tahun.

Katanya, kualiti udara di kedua-dua lokasi itu kadang kala berada pada kadar tidak sihat kerana proses pergerakan nitrogen dioksida (NO2) dan juga bahan organik meruwap yang tinggi dari Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang, menjadi punca pembentukan lapisan ozon permukaan.

Sumber alternatif

* Bioetanol biasanya dihasil menggunakan tebu, jagung, kacang soya, ubi kayu dan gandum. Selain itu bioetanol boleh dihasilkan menggunakan bahan berselulos seperti rumput dan biomas.

* Biodiesel pula dihasil menggunakan minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, bunga matahari, sesawi (rapeseed) dan minyak 'jatropha curcas' (pokok jarak).

* Jagung, tebu dan soya ditukarkan kepada bioetanol melalui proses penapaian, manakala minyak kelapa sawit dan jatropha ditukarkan kepada biodiesel melalui proses transsterifikasi.

* Satu lagi sumber biodiesel ialah minyak masak terpakai. Ini disebabkan masyarakat Malaysia banyak menggunakan minyak masak dalam penyediaan makanan mereka berbanding negara Barat yang hanya menggunakan minyak masak secara minimum dalam makanan mereka.

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

Jabatan Warisan Negara sah Putri Anis keturunan Puteri Saadong

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Jabatan Warisan Negara mengesahkan dakwaan seorang gadis dari Kelantan, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, bahawa beliau adalah waris ketujuh Puteri Saadong, kerabat Raja Jembal, yang memerintah Kelantan suatu waktu dahulu.

Pengesahan ini adalah hasil kaji selidik yang dijalankan oleh jabatan tersebut selama beberapa bulan yang mendapati segala bukti yang dikemukakan oleh gadis tersebut adalah benar dan berasas.


Bagaimanapun, jabatan tersebut setakat ini belum membuat pengesahan rasmi berhubung perkara itu.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara jabatan itu, Siri Neng Buah pada program Bicara Warisan Legenda Puteri Saadong, di sini, baru-baru ini.

Jun tahun lalu, Tengku Putri Anis, 25, menggemparkan negara apabila muncul mendakwa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong, kerabat Raja Jembal yang menjadi legenda Kelantan.

Gadis tersebut mendakwa, kehadirannya ke negeri itu dan pengakuan kepada umum adalah sempena mengakhiri apa yang disebut sebagai sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut menimbulkan banyak persoalan dan spekulasi mengenai kesahihannya sehingga Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) tidak mengiktirafnya.

Menyedari pertikaian tersebut dan bagi mencari kesahihannya, Jabatan Warisan Negara segera menjalankan kaji selidik mengenainya dan mendapati dakwaan itu berasas.

Menurut Siri Neng lagi, bukti-bukti yang dikemukakan oleh gadis tersebut amat jelas menunjukkan dakwaannya adalah benar berdasarkan salasilah keluarganya,.

''Setelah mengkaji carta salasilah keluarganya dan bukti yang dipamer berupa pakaian diraja serta perhiasan lain, semuanya adalah benar.

''Walaupun perkara ini belum dimuktamadkan, secara peribadinya saya beranggapan dakwaan Putri Anis adalah benar," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan keluaran Isnin.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa dakwaan gadis tersebut tidak wajar dijadikan isu kerana ia sudah tidak mempunyai sebarang kepentingan lagi.

Sebaliknya, dakwaan itu adalah sekadar membuktikan dirinya pewaris kerabat Raja Jembal dan sebagai simbolik berakhirnya sumpahan membabitkan tujuh keturunan Puteri Saadong di bumi Kelantan.

Senarai pencalonan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24)

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) akan berlangsung pada 19 November 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

Berikut ini senarai pencalonan yang diterima untuk FFM24 sehingga 25 Julai lalu.

Astro Show/Double Vision

1. Sini Ada Hantu

Skop Production

1. Khurafat

2. KL Gangster

MDAG Marketing

1. Libas

Metrowelth

1. Kembar Siang

2. Kongsi

3. 321 Cinta

4. Sekali Lagi

5. Flat 3A

KRU Studios

1. Hikayat Merong Mahawangsa

2. Karak

Lineclear Motion Picture

1. Ratu The Movie

2. Raya Tak Jadi

Tayangan Unggul

1. Cun

2. Tolong Awek Aku Pontianak

Tayangan Unggul/Hanmania

1. Seru

Cineworks

1. Dilarang Masuk

Excellent Picture

1. Senjakala

Primeworks Studio

1. Penunggu Istana

2. Nur Kasih The Movie

3. Klip X 3GP

Galaksi Seni

1. Momok Jangan Panggil Aku

White Merpati Ent.

1. Rasuk

Cinematic Picture

1. Karipap-Karipap Cinta

Empat Semudra Plantation

1. Al-Hijab

Genius Parade

1. Sumpahan Puaka

Artistik Picture

1. Toyol Nakal

Pengedaran J.A.S

1. ...Dalam Botol

Tarikh dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadan 2011

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Tarikh Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadan 2011

31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah merupakan tarikh melihat anak bulan bagi menentukan tarikh dan hari permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia.

Tempat melihat anak bulan menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia adalah seperti lokasi berikut:

Pontian Kecil di Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
Bukit Melawati (Selangor);
Pulau Angsa (Selangor);
Bukit Jugra (Selangor),
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
Pantai Pasir Panjang (Perak);
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
Pulau Perhentian (Terengganu);
Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).




Fosil buaya purba 70 juta tahun ditemui

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Sejenis spesies buaya berusia 70 juta tahun bergigi besar dan mempunyai kepala seperti anjing telah dikenalpasti di sebuah pekan kecil di Brazil.

Fosil Pissarrachampsa sera yang dipercayai saintis memakan dinosaur, ditemui di dalam mendapan batu kapur di Minas Gerais oleh pekerja perbandaran.

Pissarrachampsa sera

Ketua penyelidikan, Hans Larsson dari Universiti McGill, Quebeck berkata, buaya darat yang mempunyai kepala pelik itu mendedahkan banyak tentang buaya baka Baurusuchia yang telah pupus itu.

"Buaya amfibia zaman moden mempunyai kepala yang rendah dan leper.

"Penemuan terbaru ini memberikan kita maklumat yang lebih mendalam tentang anatomi kepala baka kumpulan Baurusuchia yang pelik dan telah pupus itu," katanya.

Tambah Larsson, berdasarkan kajian mereka, ekologi baka spesies buaya tersebut berkemungkinan sama seperti anjing liar zaman sekarang.

Berdasarkan bilangan dan saiz gigi yang ditemui, pasukan penyelidik percayai buaya karnivor itu memakan haiwan bersaiz sepertinya antara 15 kaki hingga 20 kaki - dinosaur dan buaya-buaya lain.

Mereka dipercayai mempunyai penglihatan stereoskopik yang mampu mengesan mangsa dan tidak berebut seperti buaya hari ini. - Agensi



Pesta Jom Makan Durian Restoran Jejantas Sungai Buloh

Wednesday, July 27, 2011 0 Komen

Orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ”Pesta Jom Makan Durian” di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini dengan hanya bayar RM8.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama

Anders Behring Breivik pembunuh Norway kejam

Monday, July 25, 2011 0 Komen

Anders Behring Breivik, 32 seorang fanatik Kristian berhaluan kanan yang membunuh sekurang-kurangnya 92 orang di Norway menganggap tindakannya sebagai sangat kejam tetapi perlu, kata peguamnya.

Dalam kenyataan pertamanya menerusi peguam sejak dia ditangkap, Anders Behring Breivik menyatakan kesediaan untuk menjelaskan tindakannya di mahkamah pada sesi yang dijadual diadakan esok berkaitan permohonan untuk melanjutkan tempoh penahanannya.



"Dia percaya tindakannya sangat kejam tetapi pada fikirannya tindakan itu perlu diambil," kata peguam, Geir Lippestad kepada stesen televisyen bebas, TV2.

Katanya, anak guamnya mengaku melepaskan tembakan dan meletupkan bom.

Lippestad yang bercakap malam tadi tidak memberi butir lanjut mengenai motif Breivik.




Breivik membenci 'golongan marxis budaya', mahu 'perang salib' dilancarkan bagi menyekat penyebaran Islam, dan dia juga menggemari senjata api dan sukan angkat berat selain menyiarkan pandangannya di laman web, kata pegawai.

Rakaman video yang disiarkan di laman web YouTube menunjukkan beberapa gambar Breivik, termasuk dia berpakaian penyelam sambil mengacukan senjata automatik. - Reuters

Bunga Ixora (jejarum) tanaman hiasan eksotik

Monday, July 25, 2011 0 Komen

Bila nama Ixora disebut ramai yang mengaitkannya dengan MPV pertama nasional Proton Exora. Ironinya, nama MPV itu bukan sempena nama bunga Ixora walaupun ada yang cuba mengaitkannya, lebih-lebih lagi sebutannya hampir sama.

Ixora atau bunga siantan, juga dikenali sebagai jejarum. Nama jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum kembang seakan jarum peniti, manakala di India bunga ini dikenali sebagai jasmin India barat.


Bunga yang tumbuhan banyak di Asia dan kini boleh didapati di kawasan tropika di Amerika Selatan dan Tengah termasuk Florida di Amerika Syarikat menjadi hiasan pelengkap landskap kediaman dan kota berkenaan.

Selain ixora, bunga ini juga dipanggil sebagai bunga jarum-jarum, rangan, kheme, ponna, chann tanea, techi, pan, santan, bunga pecah periuk, semarak hutan dan geranium hutan.

Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, selain pilihan utama sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.

Pokoknya biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.

Pokok Ixora merah dikatakan berasal dari pulau Jawa dan spesies yang terbesar dalam keluarga ini. Daun ixora merah juga lebih besar dibandingkan dengan jejarum lain.

Dilaporkan ada lebih 400 spesies ixora di seluruh dunia dan paling banyak dijumpai di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Bagi negara empat musim dan sub tropika ia biasanya berbunga pada musim panas tetapi di kawasan tropika ia berbunga sepanjang tahun, tidak mengikut musim. Ia boleh dibiakkan daripada keratan batang atau biji benih. Ia memerlukan cahaya matahari yang cukup dengan kadar air yang sederhana.


Ixora merah sering digunakan penganut Hindu dalam upacara keagamaan dan sudah lama menjadi ramuan dalam perubatan tradisional India terutama merawat penyakit berkaitan keputihan dan cirit-birit.

Akar pokok ini juga dikatakan menjadi ramuan masalah muntah, sedu dan anorexia manakala bunganya menjadi ramuan masalah cirit-birit dan keputihan melampau.

Daun dan batang lembutnya sesuai mengatasi masalah kulit, terkehel, melecur, luka atau tercalar manakala air rebusan bunganya sesuai meredakan tekanan, masalah berkaitan haid dan kesan alahan akibat mengandung.

Di benggala, akar pokok Ixora menjadi ramuan merawat masalah sakit perut manakala di IndoChina rebusan akar pokok ini dapat mengatasi masalah kencing kotor.

Spesies Ixora

* Ixora finlaysoniana dikenali sebagai bunga eksotik kerana bunganya putih berbau harum dan tumbuh renek. Ia banyak dijumpai di Thailand.

* Ixora bukan hanya mempunyai nama indah tetapi rupa yang cantik.

* Anda boleh rasakan kemanisan madu bunga Ixora hanya dengan menyedut hujung bunga.

* Bunga Ixora juga dijadikan ramuan perisa dalam makanan tradisional di Asia Tenggara seperti wajik. baunya yang manis dan sedikit harum menjadikan ia penghias rambut dan pewangi bedak.

* Spesies lain Ixora

Ixora albersii

Ixora brevipedunculata

Ixora calycina

Ixora coccinea

Ixora degemensis

Ixora foliosa

Ixora johnsonii

Ixora jucunda

Ixora lawsoni

Ixora malabarica

Ixora marquesensis

Ixora moorensis

Ixora nigerica

Ixora ooumuensis

Ixora pudica

Ixora raiateensis

Ixora raivavaensis

Ixora saulierei

Ixora setchellii

Ixora st. johnii

Ixora stokesii

Ixora temehaniensis

Ixora umbellata

Pija Shafiza pemenang termuda Poskad Untuk PM

Monday, July 25, 2011 0 Komen

Seorang murid tahun lima muncul antara enam pemenang pertandingan menulis poskad dan esei pendek dalam talian yang dianjurkan sempena hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke-58, semalam.

Pija Shafiza, 11, dari Perlis ialah pemenang termuda pertandingan tersebut yang berkongsi kemenangan bagi kategori esei pendek bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39, dan Lemuel Ong Chin Shan, 18.

Pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi ADR pada 18 Julai lalu.


Menurut kenyataan penganjur, bagi kategori poskad kreatif pula, salah seorang pemenangnya juga pelajar iaitu Md. Amirul Md. Amidon, 15, dari Putrajaya.

"Dua lagi pemenang bagi kategori sama ialah Anizah Sahrin, 32, (Sabah) dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, (Kuala Lumpur)," jelas penganjur dalam laman web http://www.poskaduntukpm.com.my/result.

Tambah penganjur lagi, semua pemenang akan menerima hadiah berupa telefon pintar iPhone 4 yang akan disampaikan pada satu majlis tidak lama lagi.

Takraw Dunia: Skuad lelaki negara mara ke final

Sunday, July 24, 2011 0 Komen

Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan Singapura 3-0 pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2001 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Pada perlawanan itu, Malaysia mengenepikan saingan Singapura dengan kiraan mata 15-7, 15-13 dan 15-4.

Malaysia dijangka menentang musuh tradisi, Thailand pada perlawanan pusingan akhir yang akan berlangsung petang ini. - Bernama

Anugerah `Lelaki Baik' untuk lelaki baik di Kelantan

Saturday, July 23, 2011 0 Komen

Lelaki Kelantan yang mempunyai ciri-ciri baik dan boleh diteladani semua pihak kini dicari kerajaan negeri ini bagi dicalonkan untuk mendapat anugerah `Lelaki Baik'.

Lelaki yang dikategori baik itu termasuk mereka menjaga ibu bapa atau isteri yang sedang sakit, selain membesarkan anak bersendirian selepas kematian pasangan.

Gambar Hiasan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar, berkata Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan anugerah `Lelaki Baik' itu bagi menghargai jasa dan pengorbanan dilakukan lelaki terhadap keluarga mereka.

Beliau berkata, anugerah itu bertujuan menjadikan lelaki yang berbakti kepada keluarga, dijadikan ikon masyarakat.

"Dalam pencarian ini, kami akan turun ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan calon sesuai untuk anugerah terbabit sebelum membuat saringan bagi menentukan mereka yang layak menerimanya," katanya selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centra, di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah tidak terhad kerana bergantung kepada jumlah calon layak menerima pengiktirafan itu.

Sementara itu, kerajaan negeri juga akan memberi anugerah kepada penyampai radio Sinar FM, Salleh Yaacob sebagai penghargaan lelaki contoh berpoligami.

"Kita lihat Salleh tidak mempunyai masalah dengan empat isterinya, malah hidup bahagia walaupun berpoligami.

Kita akan menjemput beliau bersama empat isterinya untuk menerima penghargaan ini dan berharap menjadi contoh kepada lelaki lain yang ingin berpoligami. Sehingga kini jenis penghargaan masih belum ditentukan," katanya.

Suruhanjaya Diraja rumus Teoh Beng Hock bunuh diri

Friday, July 22, 2011 0 Komen

Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock merumuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.

Mengikut rumusan suruhanjaya itu dalam laporan setebal 124 muka surat yang didedahkan kepada media hari ini, tindakan itu didorong oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai-pegawai SPRM pada malam 15 Julai 2009 dan awal pagi keesokan harinya.

Lima anggota panel yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong bersependapat dan bersetuju sepenuhnya bahawa Beng Hock, 30, jatuh dari tingkat 14 dalam keadaan sedar berdasarkan kecederaan yang dialaminya.

Mereka sebaliknya menolak pendapat pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa Beng Hock dipukul dengan objek tumpul kerana lelaki itu tidak mungkin berjalan ke tingkap dalam keadaan sedar jika mengalami kecederaan yang teruk di kepala.

Begitu juga teori ditolak keluar dari tingkap kerana pergelutan pasti berlaku sedangkan tiada kecederaan mempertahankan diri selain tiada asid deoksiribonukleik (DNA) asing pada badan mahupun pakaian Beng Hock.

Keterangan Pornthip tentang kesan merah jambu cerah pada tengkuk Beng Hock akibat dicekik juga amat spekulatif dan tidak boleh diterima dan suruhanjaya berpendapat ia adalah disebabkan kesan bedah siasat pertama.

Ia disokong oleh keterangan pakar patologi forensik dari Britain, Profesor Peter Vanezis bahawa tiada pendarahan dalam mata akibat lemas serta tidak terdapat keretakan pada tulang tengkuk.

Suruhanjaya juga tidak mempercayai kesan koyakan pada tali pinggang disebabkan Beng Hock tergantung padanya, sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam kes jatuh dari tempat tinggi akibat daya yang dikenakan kepadanya.

Daripada aspek psikiatri, suruhanjaya merumuskan cubaan untuk mengkhianati ketuanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ean Yong Hian Wah memberikan tekanan kepada Beng Hock memandangkan hubungan mereka yang mesra dan saling menghormati.

Ini ditambah faktor penyumbang lain seperti dinafikan hak untuk tidur, persekitaran yang tidak selesa dan asing serta berada dalam tekanan bagi jangka masa panjang.

Ekoran itu, Beng Hock mengalami perubahan keadaan minda dalam beberapa jam daripada kumpulan berisiko rendah kepada kumpulan berisiko tinggi untuk membunuh diri.

Ia berikutan keraguan, konflik emosi keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam dan tidak dapat ditanggung selain gagal menemui strategi untuk mengatasi tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya.

Keadaan itu menyebabkan Beng Hock putus harapan, rasa terjebak dan tewas kepada kekecewaan selain beranggapan satu-satu cara untuk melepaskan diri dengan melompat keluar dari tingkap yang mudah diakses walaupun ia bermakna mengambil nyawanya sendiri.

Menyentuh nota selamat tinggal yang dijumpai di dalam beg sandang Beng Hock, suruhanjaya tidak mempercayai kesahihannya berikutan kegagalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal untuk segera mengemukakannya kepada Mahkamah Koroner.

Ia ditambah dengan kelemahan pandangan oleh pakar pemeriksa dokumen, Wong Kong Yong selain perbandingan tidak dibuat dengan tulisan asal Beng Hock.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi, suruhanjaya percaya bahawa bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim terlibat secara aktif dalam soal siasat dengan membiarkan pegawainya melaksanakan arahannya bagi mendapatkan hasil pada malam tersebut walau apa pun halangan.

Malah, beliau ialah individu bertanggungjawab atas perkara yang berlaku di SPRM sepanjang tempoh Beng Hock disoal siasat serta berada di situ.

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan SUWARNI MOKHTAR
~ Utusan

Aktres Olivia Wilde berpisah dengan suami Putera Itali

Thursday, July 21, 2011 0 Komen

Aktres Olivia Wilde mengakhiri perkahwinannya dengan Putera Itali, Tao Ruspoli selepas sembilan tahun bersama kerana pelakon itu tidak mampu lagi berpura-pura bahagia dengan perkahwinannya itu.

Bintang filem Tron Legacy itu berpisah dengan Ruspoli pada hujung tahun lepas dan memulakan kes penceraian pada Mac lalu.

Olivia tegas dengan keputusannya untuk berpisah yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dia merasakan keperluan untuk berpisah setelah menyedari banyak usaha untuk mengekalkan perkahwinan tersebut gagal.

"Selepas berusaha mengubah perhubungan ini mengikut cara hidup yang kami lalui, saya menyedari ia bukan perubahan secara semula jadi.


"Apabila perhubungan memerlukan perubahan untuk memperbaiki keadaan, ia akan hilang seri dan penyatuan kami adalah kerana keadaan sekeliling. Saya tidak fikir kasih sayang seperti itu akan kekal," katanya kepada majalah Marie Clarie.

Tambah Olivia, ibu bapanya telah berkahwin selama 35 tahun dan mereka pernah menyatakan kepadanya supaya berusaha untuk kekal bahagia.

"Kami telah berusaha dan ia tidak membuatkan kami bahagia.

"Mungkin kerana sifat romantik saya yang tidak masuk akal. Saya mempunyai cara tersendiri dalam kehidupan saya termasuk kerjaya, hubungan, pemakanan dan percintaan. Saya tidak boleh hanya berpura-pura," jelas Olivia. - Agensi

Perak kecualikan lesen bazar Ramadan

Thursday, July 21, 2011 0 Komen

Kerajaan negeri Perak memutuskan peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri Perak akan dikecualikan daripada memohon lesen perniagaan sepanjang bulan puasa tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pengecualian itu bagaimanapun akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan lebih RM800,000 seperti yang dikutip 15 pihak berkuasan tempatan di negeri ini pada tahun lalu.

"Ini merupakan satu berita gembira buat umat Islam khususnya untuk peniaga-peniaga bazar Ramadan di negeri ini.

"Kelulusan ini dibuat bagi memudahkan mereka berniaga di sepanjang bulan puasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Utusan

Blog, Facebook, Twitter bukan kewartawanan sebenar

Thursday, July 21, 2011 0 Komen

Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat, namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat.

Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata, berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak dan serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional.

"Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi.

“Oleh itu, laporan berita oleh wartawan mesti disemak dengan teliti oleh editor sebelum disiarkan, berbeza dengan media baru yang tidak memerlukan sebarang pengawasan,” kata beliau kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk ”Keadilan dan Kewartawanan: Islam dan Nilai-nilai Kewartawanan di Malaysia dan Indonesia” di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan.

Steele, yang fasih berbahasa Indonesia, menulis dalam ruangan mingguan “E-Mail from America” bagi akhbar Surya Daily di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. – Bernama

Tunjuk tingkah laku positif cara berkesan didik anak

Wednesday, July 20, 2011 0 Komen

Ibu bapa memikul amanah Allah antaranya mendidik anak menjadi manusia berjaya.

Suasana masyarakat yang sangat materialistik memberi cabaran hebat kepada ibu bapa mendidik anak menjadi mukmin yang berperanan dalam Islam. Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu." (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Ibu bapa perlu sedar mereka sedang menyediakan generasi baru yang mesti menjadi insan yang memberi kesan positif terhadap insan lain.

Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa mempengaruhi tarbiah anak. Anak melakukan apa yang mereka lihat dan mengingatinya untuk dicontohi. Apa yang nyata, anak melihat ibu bapanya menipu tidak akan belajar menjadi orang yang jujur.

Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati dalam perbuatan, perkataan serta tingkah laku kerana mereka adalah teladan kepada anak. Bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Ia merujuk perilaku negatif ibu bapa yang menjadi ikutan anak.

Kita ingin perkara baik dilakukan anak yang menjadi biasan kepada ibu bapa supaya kena dengan pepatah, di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Ibu bapa hari ini perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah dalam usaha mendidik serta membesarkan anak supaya menjadi insan yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Banyak riwayat merujuk kisah teladan Rasulullah SAW mentadbir dan menguruskan rumah tangga antaranya:

* Mempromosikan dan menghayati hidup beragama dalam rumah tangga.

* Mewujudkan suasana keluarga yang sihat

* Mewujudkan sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut dan kasih sayang

* Memahami tahap keperluan anak mengikut proses pembesarannya.

Hakikatnya pencegahan kes juvana dan gejala moral lain bermula di rumah. Bagaimanapun sumbangan penting pihak berkuasa seperti polis amat besar dalam mencegah jenayah.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah al-Anfal, ayat 27)

Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Tuesday, July 19, 2011 0 Komen

Fakta-fakta ini mungkin tidak anda ketahui atau tidak pernah ambil peduli.

MICKEY MOUSE


Pada 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat daripada peminat.

GULA-GULA GETAH

Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis.

MENGUKUR

Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya.

IKAN YU

Ikan yu kehilangan gigi lebih daripada 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam saja.

Melancong di Taiwan

Tuesday, July 19, 2011 0 Komen

Hampir setiap hari gempa bumi berlaku di negara ini dan kira-kira 300 gegaran dalam setahun pula adalah bersaiz sederhana serta kadangkala besar, namun penerangan ringkas pemandu pelancong kami yang menimbulkan kebimbangan seketika tidak mematahkan semangat untuk meneroka keindahan bandar Taipei di Taiwan ini.


Menurut Michelle yang fasih berbahasa Inggeris, kebanyakan gegaran yang berlaku setiap hari adalah kecil, mungkin sekadar 1 hingga 2 skala Ritcher, dan sukar dirasai kerana berlaku di kawasan pedalaman, malah tidak menyebabkan kerosakan.

Taiwan yang terletak berhampiran pertemuan dua lapisan kerak bumi kerap dilanda gempa bumi dan kajian seismologi menunjukkan pergerakan itu berpunca daripada satu garisan rosak di antara Plet Filipina serta Plet Eurasia yang selari dengan Taiwan dan Jepun, hingga menyebabkan gegaran di bawah kerak bumi.

Gempa bumi paling buruk pernah melanda negara itu yang memiliki 23 juta penduduk berlaku pada September 1999, berukuran 7.6 pada skala Richter dan menyebabkan 2,400 maut, manakala kali terakhir Taiwan dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter yang melanda selatan negara itu, pada Mac 2010.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Taiwan yang juga pulau kecil dengan keluasan 36,000 kilometer persegi itu meskipun didedahkan dengan fakta sebenar kerana hampir setiap bangunan atau jambatan yang menghubungkan jalan raya di bandar Taipei dibina khusus untuk menghadapi gegaran gempa bumi.

Kesempatan menaiki lif terpantas di dunia yang diiktiraf Guinness World Book of Records pada 2004 iaitu Menara Taipei 101 setinggi 101 tingkat atau 508 meter itu, membuktikan kecanggihan teknologi pembinaan bangunan mampu berdepan bencana alam mendatang.

Struktur bangunan yang terletak di Hsin Yi Road itu direka bentuk untuk menampung gegaran gempa bumi paling kuat bagi tempoh 2,500 tahun dan mampu menahan tiupan angin sehingga 60 meter sesaat, malah sebuah bola besi (damper) berwarna emas seberat 660 metrik tan diletakkan di tingkat 88 bangunan yang berfungsi menahan gegaran ketika berlaku gempa bumi.

Bola besi sebesar dua kereta Perodua Kancil itu yang memiliki saiz diameter 5.5 meter, diperbuat daripada 41 lapisan besi setebal 12.5 sentimeter (sm) adalah yang terbesar di dunia dengan kos pembinaannya NT$132 juta (Taiwan Dolar).

Selepas membayar harga tiket NT$400 iaitu bersamaan RM40, saya menaiki lif Taipei 101 yang hanya mengambil masa 37 saat dari tingkat lima hingga tingkat 89 dan melihat paparan grafik digital di sebelah kanan yang menunjukkan pergerakan lif berserta tempoh untuk tiba di ruang tinjau.

Mereka yang mahu menghirup udara atau merasai angin kuat di paras lebih tinggi, boleh menaiki tangga ke tingkat 91 dan merakam gambar keindahan bandar Taipei di semua sudut, selain terpegun melihat ketinggian menara telekomunikasi yang mencakar langit.

Selepas puas meneroka menara tertinggi di Taiwan itu, saya berkunjung ke lokasi tumpuan pelancong iaitu di pasar malam Shilin yang terletak 20 minit perjalanan menggunakan teksi dari Hotel Ambassador iaitu penginapan rombongan media Malaysia yang menerima jemputan pengeluar komputer nombor satu di Taiwan, AsusTek Computer Inc (Asus).

Yang menarik di pasar malam yang dibuka setiap hari umpama Petaling Street di Kuala Lumpur ialah selain menjual barangan cenderahati, pelbagai fesyen pakaian atau makanan, Shilin menawarkan pengunjung aktiviti hiburan seakan-akan `fun fair' kecil seperti menembak belon dan membaling dart, malah tidak ketinggalan melihat aksi orang ramai cuba mendirikan botol kaca kosong dengan gelung besi yang diikat dengan tali.

Pasar malam di celah bangunan dan tepi jalan raya itu yang dibuka sehingga jam 1 pagi, turut menjual pelbagai aneka makanan, termasuk jenis eksotik seperti darah ular, biawak dan lidah anjing, malah ada gerai menjual telur katak, menyebabkan kawasan itu berbau dengan pelbagai jenis masakan.

Paling tak tahan ialah ketika saya melalui kawasan menjual tauhu busuk yang meloyakan tekak, namun suasana di Shilin ini sungguh berbeza berbanding ketika saya berkunjung ke sebuah pasar malam di bandar Taipei iaitu pasar Shida yang lebih teratur dan tidak sesak.

Bagaimanapun, untuk tiba di pasar Shida dengan menaiki tren MRT, saya perlu membayar NT$20 (RM2) dan bersama rakan media lain terpaksa menukar tren lain untuk tiba di stesen Taipower Building sebelum berjalan kaki 10 minit untuk menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran India.

Sebenarnya tidak sukar mencari makanan halal di bandar raya ini kerana ada beberapa restoran sama ada dikendalikan golongan Cina Muslim atau peniaga India yang mempunyai status halal, namun masalahnya kebanyakan restoran ini tutup awal iaitu sekitar jam 9.30 malam selain anda perlu tahu lokasinya yang tersorok.

Adalah lebih baik meminta bantuan pemandu pelancong menulis nama kedai dalam tulisan Cina pada sekeping kertas untuk diserahkan kepada pemandu teksi yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan jangan lupa membawa kad hotel yang tertera alamat bagi memudahkan anda pulang ke hotel.

Harga dua keping roti nan tanpa ayam tandoori di restoran Taj Indian di Fuxing Road, Taipei misalnya NT$80 (RM8) manakala nasi beriani ayam NT$250 (RM25) sepinggan dan minuman seperti teh-o pada harga NT$25 (RM2.50) memang mahal tetapi apabila sudah lapar, soal harga diketepikan.

Yang unik ialah restoran berkenaan dihiasi pelbagai jenis ukiran mahupun lukisan menggambarkan budaya golongan India sambil pengunjung dihiburkan dengan tayangan klip video lagu Hindustan, manakala pelayannya adalah rakyat Taiwan.

Bagi yang gemar membeli-belah, pasar Shilin perlu menjadi tempat persinggahan wajib kerana sepanjang laluan itu, pelbagai jenis fesyen baju tidak kira kemeja-T, kasut sukan gaya terkini dengan jenama terkenal mahupun aksesori bagi wanita ditawarkan malah watak permainan maya yang menjadi kegilaan ramai iaitu Angry Birds paling banyak boleh ditemui.

Namun, agak kelakar juga ketika saya sedang sibuk mencari saiz baju dengan seorang peniaga wanita, tiba-tiba dia bersama rakannya yang menggunakan kereta roda bertempiaran lari kerana mendapat `info' bahawa penguat kuasa sedang menjalankan operasi.

Sudahnya, saya terpaksa mengekorinya sambil memegang baju yang dipilih di tepi lorong sunyi untuk membayarnya dan situasi itu dapat dilihat berlaku hampir sepanjang malam berada di pasar penuh sesak itu apabila peniaga berkenaan menyorong kereta masing-masing secara tiba-tiba dan kembali semula berniaga di tempat asal.

Bagi mereka yang fasih berbahasa Mandarin menjadi satu kelebihan kerana kebanyakan peniaga akan memberi diskaun istimewa banyak kepada mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa itu dan kesempatan ini digunakan saya dengan meminta bantuan wakil Asus dari Malaysia, Chua Chong Hwee untuk menjadi jurubahasa.

Harga pakaian misalnya kemeja-T boleh diperoleh pada kadar serendah NT$100 (RM10) sehelai manakala kasut sukan berjenama terkenal dengan fesyen terkini pula berharga NT$1300 (RM130) sepasang. Mata wang Taiwan dolar didatangkan dalam nota 100, 500 dan 1,000 manakala syiling bermula daripada nilai 1, 10, 20 dan 50.

Bandar Taipei yang memiliki kepadatan penduduk kira-kira dua juta itu memiliki sistem pengangkutan awam cekap termasuk tren kereta api laju dan tren MRT yang memiliki stesen henti luas serta selesa manakala kawasan tanah di sepanjang sungai digunakan sepenuhnya untuk mewujudkan tempat beriadah kepada penduduknya.

Metro Ahad
Oleh Badrila Jamlus

Teater Muzikal Bahaman,12 -18 Januari 2012, Istana Budaya

Tuesday, July 19, 2011 0 Komen

Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang dengan kerjasama produksi Antara Teroka Sdn Bhd (ATSB) memilih untuk mengangkat perjuangan Datuk Bahaman ke pentas teater untuk menjadi pembakar semangat pada generasi akan datang. Ia bakal dipersembahkan melalui orkestra secara langsung serta penggunaan kostum kurun ke-18 rekaan pereka fesyen dari University Lim Kok Wing.

Teater Muzikal Bahaman adalah sebuah epik mengenai perjuangan seorang wira iaitu Bahaman. Beliau adalah wira Pahang yang juga pemilik nama sebenar Inderapura. Bahaman yang mengetuai sekumpulan pejuang bangsa ketika itu mara menentang penjajahan British yang mula bertapak di bumi Pahang.

Perjuangan Bahaman dan kawan-kawannya, Mat Kilau, Mat Lela dan lain-lagi tercatat sebagai salah satu perjuangan membela bangsa dan tanah air daripada pencerobohan musuh.

Teater Muzikal Bahaman ini dibarisi pelakon hebat termasuklah Dato’ Rahim Razali, Dato’ Baharuddin Omar, Almy Nadia, Radhi Khalid, Razali Hussein, Geofrey Perin Williams, Julia Ziegler, Feeda Ibrahim dan ramai lagi.

Jumlah kos dianggarkan akan menelan belanja sebanyak 1.8 juta.

Selain itu juga, ia turut mendapat khidmat dari koreographer rancangan ‘Mari Menari’, Belalang (Mohd Zulfarqar) untuk tarian, manakala dari segi lagu dan muzik, mereka memilih komposer terkenal Pak Ngah iaitu Datuk Suhaimi untuk menggubah lagu.

Konsep lagu yang ingin diketengahkan untuk pementasan ini, beliau menjawab, “Konsep muzik akan berteraskan elemen tradisional negeri Pahang. Alat muzik gamelan, lagu rakyat negeri Pahang serta nazam dan syair adalah 3 elemen yang akan diterapkan untuk konsep muzik pementasan ini nanti.

Kebanyakkannya adalah lagu-lagu baru. Kecuali beberapa lagu rakyat yang memang diperlukan. Ini adalah teater muzikal, jadi lebih kurang 30 buah lagu yang akan kita garabkan. Kalau boleh, saya mahu semua pelakon dapat menyanyi lagu tersebut sendiri.”

Teater Muzikal Bahaman akan menjalani latihan bermula Oktober ini dan akan dipersembahkan pada 12 hingga 18 Januari 2012 di Istana Budaya.

(Al-Fatihah)Dr Lo'Lo Ghazali meninggal dunia kerana kanser paru-paru

Sunday, July 17, 2011 0 Komen

Dr Lo'Lo Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa mewakili PAS telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang akibat barah paru-paru yang dihidapinya.

Takziah diucapkan kepada waris saudara arwah.


Titiwangsa MP Dr Lolo Dies

KUALA LUMPUR, July 17 (Bernama) -- Titiwangsa Member of Parliament Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali of PAS who was receiving treatment for cancer died at 10.13pm Sunday at the Selayang Hospital here. She was 54.

PAS vice president Salahuddin Ayub confirmed her death when contacted by Bernama.

News of her death was posted on Dr Lo'Lo's Twitter account at 10.30pm.

The posting also said that arrangements were being made to bring her remains to the Al-Akram Mosque in Dato Keramat here.

-- BERNAMA

Sejarah roller coaster

Sunday, July 17, 2011 0 Komen

Sejarah roller coaster

Permainan roller coaster dikatakan bermula dengan luncur ais di Rusia yang dibina pertengahan kurun ke-17 di negara tersebut dengan fokus utama di St. Petersburg pada 1784. Struktur bangunan meluncur itu dibina daripada kayu gergaji yang diselaputi ais setebal beberapa inci di bahagian permukaan. Penumpang akan memanjat tangga di bahagian belakang bukit ais dan meluncur menggunakan papan mengikut ketinggian bukit.

Catatan sejarah bercerita mengenai Catherine The Great (Permaisuri Rusia) yang mengarahkan pembinaan roller coaster, kemudian dinamakan Russian Mountain di Garden of Orienbaum, St. Petersburg pada 1784.

Biar pun lasak, namun roller coaster di zaman awal pembinaannya dibina daripada kayu dengan reka bentuk yang agak terhad. Kini logam menjadi bahan utama roller coaster dengan reka bentuk lebih canggih dan menguji kreativiti malah boleh saja disifatkan sebagai mengundang kegilaan bukan sedikit.

Les Montagnes Russes dan Promendes Ariennness merupakan dua roller coaster terawal dibina di Perancis, Roller coaster ini mempunyai kereta kayu dengan roda yang disambung pada trek kayu.



Tentu ramai yang tidak tahu roller coaster juga pernah digunakan di lombong arang batu. Mauch Chunk Railway mempunyai trek sepanjang 60 kilometer dengan maksimum had laju melebihi 100 batu sejam dibina untuk tujuan tersebut.

La Marcus Thompson dikenali sebagai The Father of The Roller Coaster telah membina roller coaster kayu pertama di dunia dikenali sebagai La Marcus Thompson Switchback Railway. Beliau merupakan orang berpengaruh dalam sejarah pembinaan roller coaster.

Carl Bacon dan Ed Mogan telah membina roller coaster Matterhorn Bobsleds di Disneyland, Anaheim, California menggunakan trek logam berbentuk tabung yang pertama pada tahun 1959.

Bacon juga telah membina roller coaster berbentuk corkscrew di Knots Berry Farm Beunna Park california 1968.

Pada tahun 1990an hypercoaster telah dibina dengan ketinggian melebih 61 meter oleh syarikat Arrow Dynamics of Clearfield yang kemudiannya memonopoli industri hypercoaster.

Pada 1999, sebuah roller coaster dengan ketinggian melebihi 73 meter dengan kelajuan 80kilometer sejam telah dibina di Valencia California.

Kazou Yamada orang pertama membina stand up roller coaster pada 1990-an di Jepun. Penumpang perlu berdiri ketika menaiki roller coaster itu.

Petikan artikel oleh NORAINI ABD. RAZAK

Baju kuning Bersih jangan pakai - Polis

Sunday, July 17, 2011 0 Komen

Tidak salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Baju Kuning Bersih

Beliau berkata, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan ‘Crime Awareness Team’ (CAT) di Dataran Nilai di sini, malam tadi.

Khalid berkata, jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang,” katanya. — Bernama

Kisah Cinta Farah AF2 dengan suami,Johan Johari

Saturday, July 16, 2011 0 Komen

Farah AF2 banyak berahsia tentang hubungan cintanya dengan suaminya,Johan Johari namun dia bersedia menceritakan semuanya di hari pernikahan.

Cerita Farah, dia dan suami mula berjumpa pada tahun 2005 pada sebuah majlis di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Di pendekkan cerita, Farah mula terpikat dengan senyuman Johan apabila mereka selalu berselisih di Hotel Equatorial di situ yang biasanya menjadi lokasi percutian Farah dan keluarga, tambahan pula kawan Johan merupakan penganjur acara itu.

Farah AF2 bernikah

"Saya rasa seperti jatuh cinta pandang pertama dengan Johan dan mula teringatkan dia selepas pulang dari acara itu.

"Suatu malam, saya nampak dia berbual dengan abah di kedai makan. Selepas itu, saya menyamar menghubungi Johan menerusi telefon setelah mencuri nombor telefon daripada abah," cerita Farah.

Selang lebih sebulan menyamar, penyanyi lagu ‘Antara Dua’ itu menceritakan mengenai identitinya dan mereka mula berkawan sehinggalah bercinta empat bulan selepas itu.

"Pada tahun 2008, Johan melamar saya dan kami mengikat tali pertunangan pada tahun lepas.

"Saya tak sangka hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin sedangkan pada mulanya saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh setelah mendengar pengalaman orang lain.

"Namun hati saya kuat mengatakan dia jodoh saya apabila mendapati dia sangat sabar dan lebih menyayangi diri saya seadanya. Walaupun pernah sekali saya mendiamkan diri selama enam bulan, dia tetap setia menghubungi dan menghantar SMS kepada saya," ujar pengacara ‘Ustazah Pilihan’ ini.

Sementara Johan pula tertarik dengan sikap Farah yang menghormati dan pandai mengambil hati keluarganya serta mendengar kata.

"Saya tidak terlalu mengenali Farah sebelum ini walaupun dia sudah bergelar artis. Selepas mengenalinya baru saya menonton Farah di televisyen.

"Selepas ini, saya tiada halangan untuk membenarkan Farah meneruskan karier seninya. Dia akan mengikut tinggal bersama-sama saya di Pulau Pinang dan apabila mempunyai komitmen kerja baru dia akan berulang-alik ke Kuala Lumpur," kata Johan.

3 kempen khas kesedaran wanita kerajaan Perak

Friday, July 15, 2011 0 Komen

Prihatin dengan pelbagai isu membabitkan wanita, kerajaan Perak menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita mengambil langkah proaktif untuk menanganinya menerusi tiga kempen khusus.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata tiga kempen berkenaan ialah Kempen Rumah Harmoni bertemakan 'Keluarga Tanpa Keganasan', Kempen Wanita Bermaruah bertemakan 'Akhlak Mulia' dan Kempen Wanita Sihat bertemakan 'Keluarga Tanpa Diabetes'.

Katanya, Kempen Rumah Harmoni bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai, keluarga dan ibu bapa mengenai pentingnya mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan mengelak berlaku keganasan rumah tangga di kalangan suami, isteri, anak serta datuk dan nenek.

"Oleh itu, perlu wujud perasaan kasih sayang antara suami isteri, ibu bapa dan anak, sesama adik beradik, antara cucu dengan datuk dan nenek kerana nilai sebegini semakin terhakis dalam masyarakat sekarang," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.

Ketiga-tiga kempen berkenaan dijadual dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di sini, hari ini.

Hamidah berkata, Kempen Wanita Bermaruah pula untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada gadis dan remaja mengenai kepentingan menjaga akhlak serta mengelakkan perbuatan terlanjur sehingga melahirkan anak luar nikah.

"Kita juga akan mengadakan program TOT (latihan untuk pelatih) untuk kaunselor sekolah menengah, warden asrama dan kaunselor hospital mengenai teknik dan pendekatan untuk mendekati wanita dan remaja serta memberitahu mereka mengenai kepentingan menjaga maruah diri," katanya.

Beliau berkata, Kempen Wanita Sihat bertujuan menyedarkan wanita akan kepentingan mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan, sekali gus mengelak kencing manis.

Katanya, ketika ini apa yang membimbangkan ialah penyakit berkenaan bukan lagi dihidapi oleh golongan tua, tetapi semakin ramai kanak-kanak turut menghidapnya.

"Justeru, menerusi kempen ini kita mahu memberitahu wanita bagaimana menjaga tabiat pemakanan, mengamalkan senaman, juga mengurangkan pengambilan makanan berisiko bukan saja untuk diri mereka, tetapi juga dalam keluarga," katanya.

Hamidah berkata, ketiga-tiga kempen itu yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini juga diadakan pada peringkat daerah dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) di setiap kawasan Parlimen.

Katanya, Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita Negeri Perak akan menyalurkan peruntukan diperlukan kepada MPWK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk menjalankan program serta aktiviti pada peringkat akar umbi.

Statistik Kes Demam Tinggi Terkini

Thursday, July 14, 2011 1 Komen

Sejumlah 448 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu ke-27 iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Julai 2011, meningkat 34 kes, berbanding 414 kes dengan tiga kematian pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, lima negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya dengan Selangor meningkat sebanyak 35 kes, Negeri Sembilan (17), Johor (10), Pulau Pinang (9) dan Kedah (empat).

"Satu kematian (akibat) denggi dilaporkan di Klang, Selangor pada minggu lepas membabitkan seorang warga asing yang mengalami demam, keletihan dan muntah-muntah selama empat hari. Dia meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital akibat komplikasi denggi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, jumlah lokaliti wabak denggi turut meningkat iaitu 105 lokaliti wabak dengan 22 daerah telah dilaporkan minggu lalu, berbanding 102 lokaliti dengan 17 daerah, pada minggu sebelumnya.

"Lapan daripadanya merupakan lokaliti kawasan panas, iaitu enam di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor Baharu," katanya.

Dr Hasan berkata, walaupun wabak denggi sudah berlarutan melebihi sebulan tetapi kawasan panas itu masih kotor dengan tempat pembiakan nyamuk, iaitu empat daripadanya masih mempunyai kadar pembiakan aedes yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, kementerian meminta semua pihak supaya mempertingkatkan aktviviti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga 9 Julai lalu, 10,887 kes demam denggi telah dilaporkan, berbanding 25,301 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu, menurun 14,414 kes (57 peratus). Sebanyak 19 kematian dilaporkan pada tempoh yang sama berbanding 62 kematian tahun lalu, menurun sebanyak 77 peratus.

Beliau berkata, walaupun terdapat penurunan kes pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, pemantauan Kementerian Kesihatan menunjukkan trend peningkatan kes denggi sejak tiga minggu lepas di Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

"Analisis Kementerian Kesihatan bagi lima tahun sebelumnya menunjukkan bulan Jun hingga September merupakan bulan-bulan di mana kes denggi yang dilaporkan adalah tinggi," katanya.

Sementara itu, Dr Hasan berkata, tiada kes penyakit Chikungunya dilaporkan pada minggu lalu dan jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini ialah 17 kes, menurun 98 peratus berbanding 716 kes bagi tempoh yang sama, tahun lalu. - BERNAMA

Kejutan buat angkasawan di ISSl, Lagu ‘Rocket Man’ Elton John

Thursday, July 14, 2011 0 Komen

Lagu ‘Rocket Man’ nyanyian Elton John dimainkan bagi ‘mengejutkan’ krew kapal Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dimana kapal angkasa ulang-alik Atlantis berlabuh pada misi terakhirnya.

Lirik lagu yang berdasarkan cerita pendek mengenai perasaan seorang angkasawan dalam misi ke planet Marikh karangan penulis, Rad Bradbury turut memuatkan mesej dari Elton John.

Mesej itu berbunyi, "Selamat pagi, Atlantis, saya Elton John. Kami berharap anda mencapai kejayaan melalui misi anda. Terima kasih kepada semua pekerja di NASA yang bertungkus-lumus dalam misi ulang-alik ini sejak tiga dekad lalu."

Empat angkasawan misi Atlantis STS-135 Amerika Syarikat dan enam krew Ekspedisi 28 di ISS ketika ini sedang dalam operasi memindahkan peralatan dan bekalan dari modul pelbagai guna Raffaello. - AFP

Laman PLKN sesak: Semak selepas 12 malam (www.khidmatnegara.gov.my)

Wednesday, July 13, 2011 0 Komen

Mereka yang ingin menyemak Pemilihan Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerusi laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) diminta berbuat demikian selepas 12 tengah malam.

JLKN dalam satu kenyataan berkata saranan itu bagi mengurangkan kesesakan trafik waktu puncak yang kini dialami laman web tersebut sejak dibuka untuk semakan PLKN semalam.

"Capaian yang terlalu tinggi pada satu-satu masa ini terutama waktu puncak ke atas server jabatan mengakibatkan server terpaksa membatalkan sebarang capaian baru sehingga sesi sedia ada dimatikan," kata kenyataan itu.

JLKN juga berkata laman web itu merekodkan capaian yang tinggi sebanyak 47,762 capaian semalam dengan status semakan sebanyak 56,430.

Bagi mengatasi masalah itu, JLKN juga menyediakan laman web baru iaitu www.khidmatnegara.gov.my, namun masalah kesesakan tetap berlaku.

JLKN berkata, semakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga menghadapi masalah serupa. - Bernama

Intan Nurladyana kembali berlakon filem seram, Flat 3A

Tuesday, July 12, 2011 0 Komen

Intan Nurladyana kembali dengan filem genre seram iaitu Flat 3A arahan Azhari Zain.

Pemilik nama sebenar, Intan Nurladyana mengakui semakin menghampiri tarikh tayangan filem itu pada Khamis ini, semakin kuat debaran dirasakan. Dia memegang watak Fiqah, gadis kampung yang berhijrah ke bandar dan bekerja di kilang demi sesuap nasi.

Di Kuala Lumpur, Fiqah mempunyai teman lelaki dan mereka terlanjur tetapi tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya menyuruh Fiqah menggugurkan kandungannya.

Kata Intan, wataknya sebagai Fiqah paling mencabar sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan apabila terpaksa bermain dengan emosi yang berbeza kerana Fiqah terjerumus dalam lembah yang tidak bermoral sehingga diganggu hantu.


“Saya akui watak Fiqah lebih mencabar daripada watak yang saya pegang dalam filem Jangan Pandang Belakang kerana dalam filem Flat 3A, Fiqah melakukan perkara tidak bermoral dan salah di sisi agama iaitu terlanjur dengan teman lelakinya. Saya terpaksa menjiwai watak Fiqah yang terjerumus dalam lembah tidak bermoral dan cuba menyelami hatinya.

“Bukan senang untuk kita memahami perasaan seorang wanita yang terlanjur dengan teman lelakinya dan sanggup pula menurut permintaan menggugurkan kandungan hanya kerana sayangkan dia.

“Terdapat pelbagai emosi yang saya perlu tonjolkan ketika melakonkan watak Fiqah. Saya bermain dengan emosi sayang pada teman lelaki, perasaan takut diganggu makhluk halus, perasaan bersalah kerana menggugurkan kandungan dan tertekan kerana dosa yang dilakukan.

“Kadangkala ketika penggambaran, saya rasa susah untuk menunjukkan ekspresi pada wajah kerana mood untuk menjiwainya hilang. Bukan kerana hilang fokus tetapi mungkin disebabkan watak Fiqah yang agak rumit,” katanya.

Bagi yang merindui penampilannya sebagai Nadia bersama Sam dalam Adnan Sempit, Intan baru saja selesai menjalani penggambaran untuk sekuel filem itu. Intan juga sekali lagi digandingkan dengan Sam dalam filem komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim.

Kalau debaran Intan begitu kuat menjelang tayangannya, apatah lagi buat pasangannya dalam filem itu, Adey Syafrien, 23, kerana belum sampai setahun menceburi dunia lakonan sudah diberi kepercayaan memegang watak utama dan digandingkan pula dengan pelakon popular seperti Intan.

Ketika mereka berdua digandingkan untuk fotografi ini, Intan yang menggayakan busana tajaan Old Blossom Box, mengakui tidak menghadapi masalah digandingkan dengan jejaka bertubuh sasa berasal dari Sabah. Bagi Intan, Adey seorang pelakon yang profesional dan boleh pergi jauh dalam industri seni.

Keserasian mereka berdua mula dipupuk ketika menjalani latihan selama dua minggu sebelum memulakan penggambaran. Malah Intan bersyukur kerana tidak mengalami ‘gangguan’ yang teruk ketika penggambaran Flat 3A.

Adey yang juga adik ipar pelakon Eizlan Yusof, adalah Top 5 pencarian CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2010. Katanya, peluang membintangi Flat 3A umpama mimpi jadi nyata.

“Saya umpama bayi yang baru belajar untuk merangkak, ternyata menerima cabaran besar apabila bersetuju memikul tanggungjawab memegang watak utama dalam filem ini.

“Memegang watak Anas, teman lelaki Fiqah (Intan), watak ini bagi saya memang berat kerana perwatakan Anas jauh berbeza dengan sikap sebenar saya.

“Perwatakan saya yang sebenar ialah seorang periang, banyak bercakap dan suka menyakat tetapi Anas adalah seorang yang panas baran, jarang senyum dan kalau pun senyum kerana menutup pergolakan yang terjadi dalam dirinya.

“Anas seorang yang suka memberontak dan merasakan tidak ada seorang pun yang menyayangi. Walaupun dia dari keluarga berada, Anas tidak pernah merasai kasih sayang ayahnya. Walaupun panas baran, dia sangat menyayangi Fiqah dan sanggup berkorban apa saja untuknya,” katanya.

Kata Adey, sebagai orang baru, sangat berdebar menantikan tayangan filem itu. Akui Adey, lakonannya masih kekok tetapi sudah mencuba yang terbaik dan berharap diterima penonton.

“Sebelum melakonkan watak ini, saya terlebih dulu membuat kajian mengenai sikap seseorang yang panas baran. Saya turut melihat bagaimana melakonkan watak panas baran ini di YouTube,” katanya.

Filem Flat 3A yang mula ditayangkan kepada umum Khamis ini, mengisahkan Fiqah yang yang bekerja di sebuah kilang, terlanjur dengan teman lelakinya, Anas lalu mengandung anak luar nikah.

Pada mulanya, Fiqah membantah permintaan Anas untuk menggugurkan kandungan itu tetapi akhirnya akur kerana Anas memukul dan memberikan ubat untuk menggugurkan kandungan itu.

Konflik bermula apabila Fiqah mengikut kawan baiknya, Ratna berpindah ke Flat 3A. Mereka tidak mengetahui rumah itu adalah tempat tinggal seorang dukun, Kang Suman yang dipercayai membunuh kanak-kanak kecil bernama Fatin. Bermulalah kejadian dia diganggu roh kanak-kanak kecil.

 

ZONFINITI