Harta karun di dalam kuil berbilion dollar

Tuesday, July 05, 2011

Komando India hari ini mengepung kuil Hindu zaman pertengahan di selatan India selepas menemui syiling emas dan batu permata bernilai berbilion dolar di bilik kebal kuil tersebut.

Menurut Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy, kira-kira 100 orang polis bersenjata mengawal Kuil Sree Padmanabhaswamy di ibu negeri Kerala, di sini.


"Harta bernilai 500 bilion rupee (RM33.6 billion) itu akan disimpan di kuil tersebut dan polis Kerala mengambil alih kawalan keselamatan daripada kakitangan kuil", katanya.

Sejumlah besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak, serta batu permata ditemui apabila lima bilik kebal dibuka minggu lepas, dan bilik kebal keenam dijadual dibuka hari ini.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Kerala, C.S. Rajan menganggarkan nilai harta karun itu boleh mencecah satu trilion rupee (RM66 bilion).

Rajan menganggotai sebuah panel tujuh ahli yang dilantik oleh Mahkamah Agung India untuk memantau pentaksiran harta tersebut.

Jelas beliau, bilik kebal ketujuh berdinding besi akan dibuka hanya selepas mendapat arahan baru daripada Mahkamah Agung.

Kuil itu dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan sumbangan oleh penganut Hindu disimpan di dalam tujuh bilik kebalnya sejak itu. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI