Populasi rakyat Malaysia 35 juta menjelang 2020

Monday, July 11, 2011

Populasi Malaysia dijangka mencecah 35 juta orang menjelang tahun 2020, jika mengambil kira trend keluarga nukleus generasi kini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


"Kita tidak menetapkan sebarang sasaran. Namun, berdasarkan kadar dan trend pada masa ini, yang menyaksikan unit keluarga lebih kecil (berbanding generasi sebelumnya), kita sepatutnya mencecah jumlah 35 juta orang menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kependudukan Antarabangsa 2011 di sini hari ini.

Populasi Malaysia kini seramai 27 juta orang. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI