Statistik Kes Demam Tinggi Terkini

Thursday, July 14, 2011

Sejumlah 448 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu ke-27 iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Julai 2011, meningkat 34 kes, berbanding 414 kes dengan tiga kematian pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, lima negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya dengan Selangor meningkat sebanyak 35 kes, Negeri Sembilan (17), Johor (10), Pulau Pinang (9) dan Kedah (empat).

"Satu kematian (akibat) denggi dilaporkan di Klang, Selangor pada minggu lepas membabitkan seorang warga asing yang mengalami demam, keletihan dan muntah-muntah selama empat hari. Dia meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital akibat komplikasi denggi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, jumlah lokaliti wabak denggi turut meningkat iaitu 105 lokaliti wabak dengan 22 daerah telah dilaporkan minggu lalu, berbanding 102 lokaliti dengan 17 daerah, pada minggu sebelumnya.

"Lapan daripadanya merupakan lokaliti kawasan panas, iaitu enam di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor Baharu," katanya.

Dr Hasan berkata, walaupun wabak denggi sudah berlarutan melebihi sebulan tetapi kawasan panas itu masih kotor dengan tempat pembiakan nyamuk, iaitu empat daripadanya masih mempunyai kadar pembiakan aedes yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, kementerian meminta semua pihak supaya mempertingkatkan aktviviti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga 9 Julai lalu, 10,887 kes demam denggi telah dilaporkan, berbanding 25,301 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu, menurun 14,414 kes (57 peratus). Sebanyak 19 kematian dilaporkan pada tempoh yang sama berbanding 62 kematian tahun lalu, menurun sebanyak 77 peratus.

Beliau berkata, walaupun terdapat penurunan kes pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, pemantauan Kementerian Kesihatan menunjukkan trend peningkatan kes denggi sejak tiga minggu lepas di Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

"Analisis Kementerian Kesihatan bagi lima tahun sebelumnya menunjukkan bulan Jun hingga September merupakan bulan-bulan di mana kes denggi yang dilaporkan adalah tinggi," katanya.

Sementara itu, Dr Hasan berkata, tiada kes penyakit Chikungunya dilaporkan pada minggu lalu dan jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini ialah 17 kes, menurun 98 peratus berbanding 716 kes bagi tempoh yang sama, tahun lalu. - BERNAMA

1 Komen:

Datuknaga2012 on 4 March 2015 at 00:38 said...

Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia,

Kepercayaan kepada Tuhan dan Negara. Kes denggi ini meningkat memang ada sebab sebabnya yang pihak tertentu tidak dapat kesan punca utamanya. Nasihat daripada pihak atasan, jangkitan denggi bukan 100% puncak dari nyamuk. Nyamuk merata-rata di kampung, kenapa bahagian kampung kes tersebut tidak setinggi kes Selangor?
Daripada sudut tersebut kita bincang, nyamuk bila terminum kencing tikus atau sudah gigit tikus tersebut. Virus di darah atau badan nyamuk tersebut akan mengakibatkan virus itu kuat. Bila nyamuk tersebut gigit manusia, virus tersebut akan memindah virus itu ke dalam badan atau darah seseorang. Untuk bahagian Kementarian Kesihatan perlu mangkaji atau mendapat report tersebut dari pihak hospital mangsa kematian adakah darah mangsa mengandungi virus yang ada di dalam badan tikus tersebut.
Untuk meningkatkan kes denggi sepatuhnya kita kena musnah tikus dahulu. Daerah Selangor anda boleh dapati banyak tikus di longkang atau di merata tempat. Ini boleh mengakibatkan kes meningkat atau membawa kematian kepada rakyat tertentu.
Harap pihak berkuasa akan bertindak secapat mungkin untuk musnah tikus dahulu. Dalam cadangan yang saya kemukakan hari ini akan membawa impian kemewahan atau kehidupan yang selamat untuk bebas dari dijangkiti Nyamuk Aedes yang telah membawa muat kepada kita masa kini.

Pihak yang berkuasa....Cuba apa yg saya mendedahkan hari ini.

Terima Kasih....

Post a Comment

 

ZONFINITI