Ubat Herba Beracun: Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill dan Huo Li Bao

Saturday, July 02, 2011

Orang ramai diminta menghentikan penggunaan ubat herba iaitu Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill dan Huo Li Bao kerana mengandungi racun serta diharamkan Lembaga Sains Kesihatan Singapura.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kedua-dua ubat itu digunakan untuk sakit sendi. Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill mengandungi dexamethasone dan chlorpheniramine, manakala Huo Li Bao pula mengandungi piroxicam, chlorpheniramine, frusemide serta caffeine.

"Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill tidak pernah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Nombor pendaftaran dan hologram yang tertera padanya adalah palsu.

"Huo Li Bao berdaftar dengan syarikat di Pulau Pinang. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menjalankan ujian bagaimana ubat yang disahkan itu dicampur aduk bahan terlarang boleh dijual," katanya di sini, semalam.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI