Khairul Fahmi Che Mat bakal beraksi menentang Arsenal

Monday, July 11, 2011

Khairul Fahmi Che Mat,penjaga gol sensasi negara, bakal diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menentang skuad Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.


Sebelum ini, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali sebagai ”Apek”, mengalami kecederaan setelah dirempuh pemain Lebanon ketika beraksi mewakili skuad Olimpik dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik yang mengakibatkan kecederaan bahu kanan.

"Dia kini telah sembuh dan berkemungkinan akan diturunkan Rabu ini. Ini akan menjadi medan ujian perlawanan persahabatan pertama selepas sembuh buat (Khairul) Fahmi menjelang pertemuan dengan Singapura dalam kelayakan kedua Piala Dunia nanti.

"Kesemua pemain lain juga dilihat mempamerkan aksi yang cergas. Namun, Safee Sali tidak akan beraksi menentang Arsenal nanti kerana masih dibelenggu kecederaan,” kata Rajagobal kepada pemberita di sebuah hotel di sini hari ini.

Selepas menentang ”The Gunners”, skuad Harimau Malaya akan menggalas cabaran menentang Liverpool pada 16 Julai sebelum bertandang ke Singapura pada 23 Julai dalam perlawanan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 Zon Asia.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai. – Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI