Kanak-kanak mudah diumpan makanan/barangan kegemaran

Wednesday, March 14, 2012

Pegawai Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noriz Wanti Ahmad, berkata kanak-kanak berusia lingkungan empat hingga enam tahun mudah mematuhi arahan seseorang termasuk yang tidak dikenali untuk mengikut mereka sekiranya diumpan barangan kegemaran.
“Ia berlaku kerana faktor usia, kanak-kanak pada usia berkenaan tidak mampu membezakan antara perkara baik dan buruk selain mungkin tidak pernah menerima pendedahan daripada penjaga supaya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali.Namun, apabila menyedari mereka berada di tempat yang kurang selesa dan selamat berikutan berjauhan daripada keluarga, kanak-kanak boleh mengalami trauma. Jika ia berterusan maka ia mampu memberi kesan kepada psikologi mereka apabila dewasa kelak”
Dirang Nurul Nadirah

Noriz mengulas berkaitan kes mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang ditemui meninggal dunia selepas hilang sejak 1 Mac 2012. Dirang mungkin diumpan makanan kegemaran atau barangan permainan oleh individu tertentu sebelum dilarikan dan ditamatkan riwayatnya.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI