Mengelak radiator tersumbat

Thursday, March 15, 2012

Radiator digunakan untuk memindahkan tenaga haba dari satu medium yang lain untuk penyejukan atau pemanasan.

Sinonimnya, radiator digunakan dalam pelbagai fungsi seperti dalam kereta, bangunan dan barangan elektronik.

Bagi radiator kereta, ia adalah komponen untuk menyejukkan enjin. Namun begitu ada juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukan udara seperti Volkswagon Bettle model terdahulu.

Air dalam radiator berfungsi secara kitaran untuk menyalurkan haba sekali gus mampu menghalang enjin terlalu panas.

Dengan cara itu, dalam keadaan berhenti pun enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah terlalu panas.

Bagaimanapun, komponen itu perlu mendapat perhatian dan diselenggara dengan berkala.

Cara penyelenggaraan radiator:

Buka kunci hos di bahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan enjin.

Biar air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat.

Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

Hidupkan enjin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila enjin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna ada masalah di bahagian tertentu sistem penyejuk. Mungkin radiator tersumbat atau termostat tidak berfungsi.

Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu enjin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan berlaku kepanasan.

Sekiranya radiator tersumbat, ada kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas.

Jika radiator bocor, sila ke bengkel dengan segera untuk menukar sama ada baru atau terpakai.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI