Tip mengelak dari menjadi mangsa jenayah internet

Wednesday, March 28, 2012

Keselamatan Siber: menangani ancaman jenayah internet
CyberSecurity Malaysia merupakan sebuah pusat hentian koordinasi bagi semua keselamatan siber kebangsaan. Berfungsi mengurangkan pendedahan ancaman terhadap sistem ICT dan rangkaian. Objektifnya ialah menyediakan langkah pencegahan, pendidikan, promosi mengenai langkah keselamatan siber di negara ini.

Menyediakan perkhidmatan yang dikenali sebagai Cyber999 mengendalikan kes-kes termasuk pencerobohan komputer peribadi, cubaan menceroboh misalnya spyware atau scanner.

Orang perseorangan atau pun organisasi boleh mendapatkan perkhidmatan Cyber999. Aduan akan dilayan mengikut nombor giliran dengan keutamaan kepada kes melibatkan ancaman nyawa atau kelumpuhan perkhidmatan. Namun semua masalah akan ditangani sebaik mungkin.

Tip mengelak dari menjadi mangsa jenayah internet

1. Dapatkan maklumat lebih lanjut megenai keselamatan membeli-belah dalam talian, chatting, e-emel dan mesej remeh (spam), dan penipuan dalam talian.

2. Maklumat mengenai keselamatan siber dan majalah keluaran CyberSecurity boleh dimuat turun melalui http://www.esecurity.org.my/bm/index.html.

3. Hadkan pembelian dalam talian. Pastikan laman web yang dilawati menggunakan piawaian keselamatan seperti SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital. Laman web menggunakan SSL memaparkan alamat seperti http://www.(Cth:http://www.maybank2u.com.my).

4. Baca penyata penafian (disclaimer) sebelum mengisi sebarang borang dalam talian. Sebarang urusan atas talian yang sah mesti disertakan penyertaan ini.

5. Pastikan laman web e-dagang yang anda ingin berurusan mengemukakan ciri keselamatan terkini. Sila hubungi pengendali laman web untuk kepastian.

6. Iklan melalui pop-up window boleh dihalang dengan mengaktifkan pop-up blocker atau dengan meletakkan alamat laman web yang tidak ingin dilawati di penetap pelayar internet (browser setting).

7. Bagi mengelak serangan virus anda boleh mengikut langkah berikut:

- Jangan gunakan disket, pendrive atau sebarang soran tanpa mengetahui puncanya. Amalan write-protect hendaklah dilakukan selalu bagi memastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam storan tersebut.

- Perisian cetak rompak tidak boleh digunakan sama sekali. Perisisan yang dimodifikasi dan dimasukkan virus dijual dengan harga yang amat murah.

- Jangan membuka emel yang mempunyai fail attachment jika tidak tahu penghantarnya.

- Gunakan perisian Anti-Virus dan mesti dikemaskini selalu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI