Semak keputusan SPM melalui mySMS 15888 | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

Khamis, Mac 15, 2012

Keputusan SPM 21 Mac 2012
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan diumumkan pada 21 Mac ini dan semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Calon juga menyemak melalui mySMS dengan menaip SPM jarakkan, nombor kad pengenalan, jarak, nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, semalam berkata, 468,808 calon menduduki SPM tahun lalu, membabitkan 412,028 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian (7,155).

Ia turut membabitkan 7,925 calon sekolah menengah agama negeri; sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian (10,750), sekolah menengah agama rakyat (1,737) dan calon persendirian 29,213.

“Semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.


0 Komen:

Catat Ulasan

 

ZONFINITI