UTP juara KarnivalWaja Diri

Thursday, March 22, 2012

Universit Teknologi Petronas (UTP) dinobatkan juara keseluruhan KarnivalWaja Diri Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Persatuan Seni Silat Cekak 1Malaysia (PSSCM) kali ke-5 apabila memenangi tiga daripada empat kategori Putera yang dipertandingkan.

Muncul juara kategori Adegan Tempur Berpasangan (Putera), UTP turut meraih kemenangan bagi kategori Adegan Umum Tangan Kosong (Putera) dan kategori Adegan Bermuzik (Putera) selain menyandang tempat kedua keseluruhan kategori Puteri.

Bagi kategori keseluruhan Puteri, juara disandang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang turut memenangi juara kategori Senaman Kaedah (Puteri) dan kategori Adegan Tempur Berpasangan (Puteri).

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula meraih kemenangan menerusi kategori AdeganTempur Berpasangan (Puteri), manakala Universiti Utara Malaysia bagi kategori Adegan Bermuzik (Puteri).

Dua anugerah iaitu Anugerah Khas Juri dan Anugerah Khas Pasukan Harapan pula masing-masing diraih Universiti Kebangsaan Malaysia (Puteri) dan UniversitiTeknologi MARA (UiTM) Melaka, Putera.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden Persekutuan Seni Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada majlis penutup karnival di Dewan CanselorTun Abdul Razak, UKM, Bangi, baru-baru ini. Hadir sama, Guru Utama dan Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah.

Sementara itu, Pengarah Program, HazrinaYusof Hamdani, berkata karnival berkenaan julung kali dianjurkan PSSCM UKM dan ia mendapat sambutan menggalakkan apabila 37 pasukan daripada 24 IPT awam dan swasta serta politeknik menyertainya.

Katanya, karnival itu bermatlamat membentuk jati diri dan keperibadian tinggi dalam kalangan penuntut silat cekak di IPT dengan menghayati konsep modal insan yang ditekankan PSSCM.

"Penganjuran bukan sekadar pertandingan semata-mata, sebaliknya ia wadah bagi mengumpul ahli silat cekak seluruh universiti di Malaysia selain berganding bahu dan bekerjasama memartabatkan silat sebagai satu budaya bangsa Melayu sendiri.

"Kejayaan karnival ini juga bukti komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memastikan kelancaran karnival sekaligus mencapai matlamat yang disasarkan," katanya.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI