Yahoo ugut saman Facebook kerana langgar hak paten

Thursday, March 01, 2012

Yahoo mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook kerana melanggar hak patennya, strategi yang telah berjaya dilakukannya ke atas Google sejurus sebelum enjin carian itu disenaraikan di bursa saham pada 2004.

The New York Times melaporkan, Yahoo menuduh Facebook melanggar 10 hingga 20 hak patennya berhubung pengiklanan di dalam talian, bidang yang dipeloporinya sebelum ditenggelamkan oleh Facebook dan Google.

Yahoo menuntut Facebook membayar yuran lesen atau berdepan tindakan undang-undang.

Ancaman itu dibuat beberapa minggu sebelum Facebook dijangka disenaraikan di bursa saham, sesuatu diramalkan menjadi penyenaraian syarikat teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dengan nilai syarikat antara AS$75 bilion (RM225 bilion) dan AS$100 juta (RM300 juta).

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI