Kes keganasan wanita byk tak dilapor di Kelantan

Thursday, March 08, 2012

Kes keganasan wanita dan keluarga di Kelantan banyak yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa bila ia melibatkan keluarga sendiri, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Wan Ubaidah Wan Omar.

10 peratus sahaja kes keganasan dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk polis, hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berbanding kes sebenar.

Perkara ini jelas membimbangkan dan langkah seperti mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita Sinar Harapan diambil untuk mengatasiny.

Berdasarkan perangkaan Pusat Sehenti Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), jumlah kes keganasan melibatkan wanita dilaporkan meningkat setiap tahun iaitu 228 kes pada 2007, 563 kes pada 2008 dan 656 kes pada 2010.

Pusat perlindungan wanita itu akan menempatkan wanita bermasalah yang dirujuk oleh pihak berkuasa termasuk hospital, mahkamah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberi perlindungan dalam tempoh enam bulan. – BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI