Lebuh Raya Cheras-Kajang, pengurangan tol 50%

Friday, March 02, 2012

Pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang menikmati pengurangan bayaran tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Kerajaan membuat keputusan tersebut bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pengguna yang melalui jalan tersebut setiap hari.

Lebuh Raya Cheras-Kajang yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. mempunyai dua plaza tol masing-masing di Plaza Tol Batu 9 dengan kadar bayaran RM1 dan Plaza Tol Batu 11 (90 sen).

Bagaimanapun, bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, dimansuhkan berkuat kuasa tengah malam tadi.

Keputusan kerajaan ini akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI