Siti Fatihah tidak diculik,sukarela ikut teman lelaki

Thursday, March 22, 2012

Siti Fatihah, remaja berumur 15 tahun yang dipercayai diculik di depan adik-adiknya ketika membeli kad top up rupa-rupanya tidak diculik tetapi mengaku sukarela mengikut teman lelaki kerana tekanan emosi.

Remaja perempuan itu ditemui dua hari selepas kehilangannya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak. - UTUSAN

# Banyak remaja lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki sejak akhir-akhir ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI