Persatuan Jurufoto Media Malaysia

Saturday, July 02, 2011

Buat pertama kalinya dalam sejarah negara ini, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) dilancarkan hari ini bagi membela hak-hak dan kepentingan jurufoto media di Malaysia.

Pelancaran persatuan itu disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku penaung persatuan itu.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, beliau menyokong penubuhan persatuan itu yang menurutnya akan lebih memudahkan jurofoto media menuntut hak-hak mereka.

"Kalau kita berseorangan sukar bagi kita untuk membuat desakan, tapi kalau kita berkumpul menjadi satu maka kita akan dapat mengalahkan kuasa di dunia sekali pun,” katanya sambil merujuk kepada semangat bersatu-padu orang Melayu ketika menentang gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British yang menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu.

"Masa Malayan Union, orang Melayu pada ketika itu tidak ada jurugambar macam ini, amat miskin, tidak ada kelulusan universiti, tidak ada kebolehan apa pun, tapi kerana mereka bersatu padu, mereka dapat mengalahkan kuasa pada ketika itu, iaitu Great Britain,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua jurufoto media mengenai tanggungjawab mereka yang besar dalam merakam sejarah untuk tatapan dunia. — Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI