Lirik Wanita - Dehearty

Monday, September 15, 2008

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

5 Komen:

Anonymous said...

lagu ni memang sesuai untuk wanita solehah di muka bumi ini. tapi sukar untuk kita menjumpainya di abad ini..

fife_cutez95 said...

hayatilah lagu ni dengan sepenuh jiwa dan renungkanlah wahai kaum hawa..

Hermoine Granger@cuTeZz!! said...

best gler1000000000000!!!!!

hamba Allah.. said...

ana suka lagu ni.....:)

Anonymous said...

very very very like this...
:")

Post a Comment

 

ZONFINITI