Kisah Sumbang Mahram - Bapaku Suamiku

Thursday, January 22, 2015

Kisah Sumbang Mahram - Bapaku Suamiku

Great Lakes (Amerika Syarikat): Remaja perempuan yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri.

Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.

Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.

Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah.

Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya.

Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu.


Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama.

Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu.

“Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.

“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.

Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey.

“Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.

Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.[myMetro]

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI