QZ8501: TLDM jumpa mayat ke sembilan dari 39 orang 8 Januari 2015

Thursday, January 08, 2015

QZ8501: TLDM jumpa mayat ke sembilan dari 39 orang
8 Januari 2015

Sebuah daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, menemui mayat seorang wanita hari ini.
  
Dalam mesej melalui Twitter Panglima TLDM Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata: "KD Perak menemukan mayat seorang wanita pada jam 11 pagi ini di Sektor 1. Mayat dalam proses untuk diserah kepada BASARNAS."

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata, ia adalah mayat kesembilan yang ditemukan kapal Malaysia dalam operasi SAR, yang memasuki hari ke-12 hari ini, sejak Penerbangan QZ8501 mengalami nahas pada 28 Disember.   

Penerbangan QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 28 Disember lepas ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia berkata, setakat ini, 39 mayat penumpang pesawat malang itu telah dijumpai dan daripada jumlah itu, 16 telah dikenal pasti Pasukan Pengenalan Mangsa Bencana Polis Indonesia. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI