Keputusan Liga Perdana Inggeris MAN CITY vs Arsenal

Monday, January 19, 2015

Keputusan Liga Perdana Inggeris MAN CITY vs Arsenal

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris yang berlangsung, awal pagi ini (ISNIN, 19 JANUARI 2015 @ 1:54 AM)

MAN CITY..............0 ARSENAL............2

Arsenal (Santi Carzola,m-24,

Olivier Giroud m-66)

Santi Cazorla menyumbat satu gol dan merencanakan satu lagi untuk membantu Arsenal membenam Manchester City 2-0 dalam saingan menarik Liga Perdana Inggeris, awal pagi ini.

Pemain tengah dari Sepanyol itu menjaringkan gol pertama hasil sepakan penalti pada minit ke-24 dan kemudian mengumpan satu hantaran cantik kepada Olivier Giroud yang menanduk masuk gol kedua di Stadium Etihad.

Kemenangan penting ini menyuntik semangat dan kepercayaan baharu kepada anak didik Arsene Wenger untuk memulakan misi memburu slot empat teratas.



Tiga mata ini turut berjaya menebus rasa kecewa The Gunners yang dibelasah Man City 6-3 pada kunjungan terakhir mereka pada Disember 2013.

Keputusan ini menyaksikan barisan Manuel Pellegrini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Chelsea - lawan yang bakal mereka bertemu pada 31 Januari ini di Stamford Bridge.

Arsenal pula merapatkan jurang dengan pasukan tempat keempat, Manchester United dan 13 mata di belakang Chelsea.

Ini adalah kekalahan pertama Man City dalam 15 perlawanan dan kemenangan pertama untuk Arsenal di Etihad sejak kemenangan 3-0 pada Oktober 2010. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI