Ahli kanan Geng Mamak didakwa

Friday, January 16, 2015

Ahli kanan Geng Mamak didakwa

Ipoh: Seorang ahli kanan Geng Mamak didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret, di sini hari ini atas tujuh pertuduhan membabitkan pelbagai kes jenayah pada Disember 2014.

Tertuduh Mohamad Yusof Abu Bakar, 50, didakwa melakukan kesalahan jenayah termasuk curi kereta mewah serta memiliki senjata bahaya dan barangan seperti gari, vest polis dan walkie-talkie.

Mohamad Yusof, berasal dari Kampung Station, Kuala Kangsar, dekat sini yang didakwa dengan enam tuduhan di Mahkamah Majistret dan satu tuduhan di Mahkamah Sesyen, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu serta minta dibicarakan.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan dan Haslinda A Raof menetapkan 25 February ini untuk sebutan semula kes, manakala Hakim Rihaida Rafie menetapkan 30 Januari ini untuk kes disebut semula.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI