Wang ihsan RM500 untuk semua mangsa banjir

Thursday, January 08, 2015

Wang ihsan RM500 untuk semua mangsa banjir

Kerajaan bersetuju memberikan bantuan ihsan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu adalah komitmen kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat yang dilanda musibah itu dan akan diberikan secepat mungkin.

Beliau berkata, kadar itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri semalam untuk diberikan kepada mangsa berdaftar.

''Kadar itu adalah formula biasa yang kita gunakan sejak dahulu,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir bagi negeri ini di pejabat daerah di sini hari ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI