8 rentung kemalangan bas persiaran di Tapah elak langgar tayar

Thursday, January 15, 2015

Penumpang rentung kemalangan bas persiaran di Tapah elak langgar tayar
8 penumpang sebuah bas persiaran rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Tol Tapah awal pagi ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 22 penumpang lain cedera dengan 15 daripadanya parah.

Menurutnya, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan tersebut.

Kemalangan bas Tapah

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan.

“Ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri jalan lalu terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tambah beliau, mayat mangsa dan penumpang yang cedera telah dihantar ke Hospital Tapah.

Menurutnya, nahas berlaku ketika bas yang membawa 30 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tujuh-rentung-nahas-bas-persiaran-di-tapah-1.48163#sthash.fdikB7tN.dpuf

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI