Pembalakan
 haram punca banjir

Wednesday, January 14, 2015

Pembalakan
 haram punca banjir

Kerajaan Pas Kelantan akui wujud penerokaan tanah

Kerajaan Pas Kelantan mengakui kewujudan aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan haram di negeri ini yang menjadi punca berlakunya banjir besar baru-baru ini.
AHMAD YAKOB

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau mempunyai maklumat mengenai aktiviti tersebut hasil tinjauan udara yang dilakukan dan sedang mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut diketepikan terlebih dahulu kerana fokus kerajaan negeri ketika ini adalah untuk memulihkan kehidupan rakyat yang terjejas akibat bencana itu.

“Sekarang ini kita ketepikan dulu. Kita pun ada maklumat, saya cari maklumat, saya naik helikopter dan tengok cuma tidak mahu utamakan perkara itu lagi. Kita sentiasa bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kerajaan mempunyai maklumat mengenai aktiviti haram tersebut.

Shahidan seperti dilaporkan berkata, maklumat yang akan didedahkan kepada umum diterima daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengandungi nama individu serta penaja termasuk ahli politik.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang bekerja keras membantu semua mangsa banjir terutama dalam menyediakan kediaman baharu kepada mereka.

Katanya, kesemua maklumat mengenai bantuan yang diperlukan telah disiapkan dan akan diserahkan kepada jawatankuasa bersama kerajaan Persekutuan yang telah dibentuk.

“Bulan ini kita fokuskan pemulihan rakyat khususnya rumah. Siapa yang boleh sewakan rumah, kerajaan akan bayar tiga bulan sekali gus,” tambahnya.~utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI