Pertimbang mangsa banjir keluar simpanan KWSP

Wednesday, January 14, 2015

Pertimbang mangsa banjir keluar simpanan KWSP

Datuk Sohaimi Shahadan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman MoU antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) di Universiti Kuala Lumpur Jalan Pantai Remis Lumut di sini hari ini. FOTO: HANAFI KHAMIS/PEMBERITA: ROKIAH DAN SALIZAH

Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pertimbangan khas itu wajar diberikan kepada pencarum KWSP bagi memulihkan semula keadaan rumah yang rosak teruk akibat banjir.

“KWSP harus segera memikirkan satu mekanisme khas bagi memban­tu para pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa kerenah birokrasi kerana ini merupakan satu pilihan kepada golongan ini bagi menghadapi pasca banjir.

“Bencana banjir yang melanda negara kita khususnya di Pantai Timur dan beberapa negeri lain dilihat antara yang terburuk dan menyebabkan kerosakan harta ben­da di tahap maksimum,” kata­nya dalam Program PMB Bersama Anda, Ops Pasca Banjir 1.0 di Kampung Teluk Sentang, Kuala Krau, Temerloh kelmarin.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB, Nazim Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Tijari, Engku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Menurutnya, pe­nge­luaran simpanan Akaun Dua KWSP me­ru­pakan satu opsyen jangka pendek yang dapat membantu mereka membaik pulih kediaman, selain membeli peralatan asas seperti kelengkapan rumah untuk meneruskan kehidupan.

Sohaimi berkata, PMB Bersama Anda merupakan program tanggungjawab sosial korporat untuk mendekatkan organisasi tersebut kepada umum, selain mengukuhkan lagi jenama agensi berkenaan.

Beliau menambah, sebanyak 80 sukarelawan telah berganding bahu menjayakan program Ops Pasca Banjir 1.0 dan membantu membersihkan Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Sentang.

Para sukarelawan turut membantu membersihkan rumah seorang penduduk berhampiran yang terjejas teruk dalam banjir.

PMB menyumbang dua unit pengepam air jet kepada pihak sekolah dan penduduk setempat untuk membersihkan kawasan sekitar.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI