Bantah merotan anak sebagai kesalahan jenayah

Monday, January 26, 2015

Bantah merotan anak sebagai kesalahan jenayah

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) terkejut dengan cadangan untuk menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, ia perlu dikaji semula dengan teliti dan lebih menyeluruh sebelum dilaksanakan di Malaysia.

“Gagasan terkejut dengan kenyataan berkenaan. Kami tidak boleh terima alasan hukuman perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC),” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai penggubalan akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-kanak 2001 yang turut mensabit kesalahan merotan anak, yang akan dibentang di Dewan Rakyat dan kini pada peringkat akhir untuk diperhalusi Jabatan Peguam Negara.

Rohani turut dilapor sebagai berkata, walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat tempatan, namun Perjanjian CRC yang memandang serius perkara itu perlu dipatuhi.

Syed Anuar mahu perkara itu turut dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI