Keputusan rayuan kes liwat Anwar 10 Februari

Monday, January 26, 2015

Keputusan rayuan kes liwat Anwar 10 Februari

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Tarikh keputusan itu diumumkan hari ini dalam akaun Twitter Badan Kehakiman Malaysia.

Keputusan itu akan diumumkan pada 9 pagi.

Apabila dihubungi, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh itu. - Bernama

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI