Mangsa Banjir Peminjam PTPTN boleh mohon penjadualan semula bayaran

Monday, January 26, 2015

Mangsa Banjir Peminjam PTPTN boleh mohon penjadualan semula bayaran

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbabit banjir diminta berhubung dengan cawangan perbadanan itu yang terdapat di seluruh negara bagi menjadual semula bayaran pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, penjadualan semula pinjaman perlu dilakukan bagi mengatasi bebanan yang mereka hadapi setelah terbabit banjir baru-baru ini.

"PTPTN bersedia menimbangkan jadual bayaran tersebut dan ia merupakan satu tanggangjawab perbadanan itu kepada peminjam yang menghadapi masaalah terutamanya mangsa banjir untuk melunaskan pinjaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan termasuk alat persekolahan dan wang tunai kepada pelajar di Parlimen Kuala Krau yang terbabit banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI