Kemalangan maut motosikal kuasa tinggi di Bentong

Sunday, January 18, 2015

Kemalangan maut motosikal kuasa tinggi di Bentong

Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 7 Jalan Berjaya Hill berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, hari ini.

Kejadian kira-kira 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200cc dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke pusat peranginan Berjaya Hill, dekat sini.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditunggang seorang lelaki.

"Akibat pertembungan itu, mangsa bersama motosikalnya tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan motosikal Kawasaki Z800 terbakar.

Penunggangnya yang masih belum dikenal pasti identitinya parah dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bentong.

~ Metro Ahad, 18 January 2015

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI