Haiwan misteri Chupacabras penghisap darah kambing

Saturday, January 24, 2015

Haiwan misteri Chupacabras penghisap darah kambing

Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".

Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.

"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.


Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai  "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.

Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI