Biodata Caliph Buskers (Kumpulan Muzik Jalanan Orang Kurang Penglihatan)

Monday, January 19, 2015

Biodata Profil Kumpulan Caliph Buskers

Nama Ketua Vokalis: Azmi Saat
Asal: Johor Baharu
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Vokalis Caliph Buskers dan penyanyi jalanan
Status: OKU (Kurang Penglihatan)
Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur
Kumpulan: Caliph Buskers

Ahli Caliph Buskers
Azmi Saat - Bassis/Vokalis
Nirwan - Guitaris
Zaki - Guitaris/Vocalis
Fendy Cajon /Vocalis,
Rubiana- Shaker/Vocalis



Penyanyi Azmi Saat ialah vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers iaitu sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan.

Caliph Buskers membuat persembahan busking di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Caliph Buskers berpeluang menyanyikan lagu Romancinta dari kumpulan Mojo di atas pentas AJL29. Persembahan Romancinta dari Caliph Buskers berjaya mendapat 'standing ovation' sekaligus meraih Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 29.

Bukanlah sesuatu yang asing buat Azmi Saat dan Caliph Buskers kerana mereka pernah membawakan lagu ini di hadapan khalayak penonton di hadapan kawasan pusat beli-belah Sogo.

Latar belakang Caliph Buskers

Caliph Buskers baru ditubuhkan setahun lalu terdiri daripada 6 anggota

Terdiri daripada Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.
Mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, yang masing-masing berkebolehan bermain alat muzik dan memiliki suara yang merdu.

Merupakan kumpulan muzik jalanan yang emilih lokasi yang dianggap cukup strategik, di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Bekerja enam hari seminggu dari Sabtu hingga Khamis, manakala Jumaat hari rehat , biasanya mereka hanya menghiburkan orang ramai selama tiga jam bermula pukul 12 tengah hari.

Mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM60 dalam masa di atas dengan menyanyi lebih 30 lagu yang kebanyakan lagu popular masa kini

Bukan hanya mampu bermain alat muzik dengan baik, kesemua ahli kumpulan Caliph Buskers juga memiliki suara yang merdu.

Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.

Dua daripada mereka bermain muzik secara sambilan kerana mempunyai pekerjaan tetap.

Facebook Caliph Buskers
Facebook: https://www.facebook.com/caliphbuskers



Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI