QZ8501: Waris belum terima pampasan

Friday, January 16, 2015

QZ8501: Waris belum terima pampasan

Surabaya: Kejadian nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah memasuki hari ke-20 namun sehingga ke hari ini, pengurusan AirAsia belum memberi sebarang pampasan atau insurans kepada waris mangsa nahas.

8 Januari lalu, Menteri Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia, Yuddy Chrisnadi ketika melawat Pusat Krisis AirAsia memberi tempoh tujuh hari selepas mayat mangsa dikenal pasti untuk urusan penyelesaian kompensasi namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang pampasan diterima ahli keluarga.


“Walaupun sepatutnya menerima pampasan selepas tujuh hari mayat dicam, namun setiap mayat mengambil masa yang berbeza untuk dikenal pasti.

“Sehingga ke hari ini, pampasan belum diberikan kepada ahli keluarga kerana ada di antara waris yang belum dikenal pasti sehingga kini,” kata Ketua Perhubungan Awam AirAsia Indonesia Danang Bintoroyakti.

Menurutnya, proses mengenal pasti waris sedang dijalankan dan pihaknya perlu mengesahkan dokumen supaya wang pampasan itu nanti diberikan kepada waris yang paling berhak menerimanya.

Danang berkata, wujud beberapa masalah dalam proses mengenal pasti waris berikutan ada juga keluarga yang semua warisnya maut dalam nahas ini.

“Kami terus mencari waris yang sesuai dan tepat dan pampasan akan diserahkan selepas semua proses ini selesai,” katanya. - detik.com

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI