Cristiano Ronaldo jadi pengemis gemuk

Sunday, January 25, 2015

Cristiano Ronaldo jadi pengemis gemuk

Cristiano Ronaldo hebat di padang, kaya dan memiliki wajah kacak, bintang Real Madrid ini juga membuktikan dirinya merupakan seorang lelaki yang baik hati.

Penyerang yang baharu sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia itu, baru-baru ini sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata untuk melakukan kejutan ke atas peminatnya.


Kejadian itu berlaku di Row Zed, dan Ronaldo telah membuktikan dirinya seorang yang hebat. Dia bukan sahaja handal di padang, malah cukup bijak mengambil hati para peminatnya.

Kapten Portugal itu sering kali tampil di khalayak umum dengan memastikan para peminatnya akan mendapat autograf dan bergambar bersama, selain cukup sabar melayan kerenah orang ramai yang mengaguminya.

Rasa hormat para penyokong terhadap Ronaldo berterusan apabila bintang Real Madrid itu telah melakukan sesuatu yang tidak diduga demi memenuhi impian seorang peminat kecil.

Sebuah video, yang dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang penyanyi Sepanyol terkenal, Juan Pena telah memaparkan Ronaldo menyamar semata-mata untuk mencipta kejutan ke atas seorang budak lelaki dengan memberinya sebiji bola yang telah ditandatanganinya.

Watak pilihannya untuk menyamar? Seorang pengemis gemuk yang tiada tempat tinggal, sedangkan dalam kehidupan realitinya Ronaldo seorang bintang bola sepak yang kaya-raya.

Difahamkan, remaja lelaki tersebut tidak tahu bagaimana untuk memberikan reaksi yang sewajarnya. Namun, dia bukan satu-satunya peminat yang bertuah.

Pemenang anugerah Ballon D’Or tersebut turut melakukan kejutan sama di tengah-tengah pusat bandar Madrid yang sibuk, Plaza de Callao, sebelum orang ramai yang kemudian menyedari kehadirannya mengerumuni idola mereka itu.

Apa yang menjadi persoalan, mengapa Ronaldo bertindak demikian? Mungkin pemain itu memiliki masa terluang untuk dia melakukan kejutan dengan menyamar, hanya semata-mata bagi menggembirakan peminat kecilnya. – AGENSI

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI