PM Najib Batal Program WEF Untuk Hadiri Upacara Pengebumian Raja Abdullah

Friday, January 23, 2015

PM Najib Batal Program WEF Untuk Hadiri Upacara Pengebumian Raja Abdullah

Davos, Switzerland, - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi menghadiri upacara pengebumian Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata Najib akan meninggalkan Davos tepat pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dan akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dengan pesawat khas pukul 12 tengah hari ini.

Bagaimanapun, lawatan kerja Perdana Menteri ke United Kingdom akan berjalan seperti biasa bermula 24 Jan sehingga 26 Jan ini.

Raja Abdullah mangkat pada awal pagi Jumaat pada usia 90 tahun.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI